Tuesday, 12 February 2019

Hotel Tenera @ Bandar Baru Bangi

Hotel baru di Bandar Baru Bangi - Hotel Tenera. Tapi bukanlah baru sangat, dah setahun jugalah dibuka. Hotel patuh syariah oleh anak syarikat Felda.

Lokasi di Persiaran Kemajuan, Bandar Baru Bangi. Lepas toll Bangi, ambil kiri di bulatan pertama, akan nampak hotel ni dari jauh.

 Kompleks Hotel Tenera - hotel, apartment dan restoran makanan laut

Yang best di Hotel Tenera, ada pilihan samada nak duduk di hotel atau di apartment. Hotel - 302 bilik, Apartment - 200 unit. Semuanya dalam satu kawasan. 
 
Jom lihat-lihat hotel baru.

 bangunan hotel

Hotel lobby

Vanilla cafe & butik Siti Khadijah

butik Siti Khadijah

front office

ruang legar depan ballroom.
entrance berasingan untuk ballroom
sangat sesuai untuk resepsi kenduri kahwin, majlis-majlis keraian

grand ballroom

 VIP room disebelah grand ballroom

OK, jom melawat bilik hotel pula. Bilik hotel biasalah ada one-bedroom, double/twin sharing, family room, suites.

 laluan ke bilik hotel

solat kit

coffee/tea making facilities


Kemudahan lain yang ada di bangunan hotel ialah kolam renang di Level 4. Kolam renang ada dua - satu khas untuk wanita berhijab dan satu kolam renang biasa. Masa pergi haritu, Level 4 ni masih belum dibuka untuk orang ramai. Buat sementara waktu, boleh guna kolam renang di bangunan apartment.


All dining restaurant - Saffron Brasserie di Level 2 dan 10 bilik seminar di Level 3. Hotel yang bagus untuk berseminar, konference dan juga lain-lain event.
 
  pre-function area yang luas

Depan hotel ada restoran makanan laut - Selasih Garden Seafood Restaurant. Dibuka untuk makan malam sahaja. Boleh disewa untuk pelbagai majlis. 
 

OK, ke bangunan apartment pula. 
Gymnasium

Kolam renang di tingkat bawah

Apartment ada studio, 1-bedroom dan 2-bedroom apartment


Harga berpatutan, diantara RM220 - RM460 untuk bilik hotel dan RM220 - RM300 untuk apartment.  

Keseluruhannya, untuk majlis keramaian seperti kenduri kahwin, memang selesa buat di sini. Ruang legar yang luas, kawasan yang luas, parking pun banyak.

Dekat dengan pusat bandar Bangi, Bangi Sentral, Bangi Golf Resort dan Bangi Gateway. Hotel yang selesa untuk berehat di hujung minggu.

Check it out.

16 comments:

  1. WAH MEMANGCANTIK N HEBAT HOTEL MILIK FELDA NI SESUAI UTK PELBAGAI ACARA

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan luas, mmg selesa utk majlis keramaian..ada pilihan nk duduk hotel atau apartment..

      Delete
  2. cantik. suka sgt kalau hotel2 cam ni. rasa sangat2 selesa kan. tp kat Bangi je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg selesa, kwsn luas..baru hotel pertama di Bangi..

      Delete
  3. Wah! hotel patuh shariah pilihan yang bagus.
    Time pergi cousin wedding pernah lalu jer... depan hotel ni tak tahu pun ini hotel patuh shariah thanks for sharing ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome..ada pilihan utk org Islam..

      Delete
  4. Siap ada solat kit lagi tu..baguih betoi 👍✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time jumpa hotel yg bg solat kit..memang baguih..

      Delete
  5. This is a nice hotel and the interior design is awesome. Big thanks for sharing this with us.

    ReplyDelete
  6. I do agree that the design is awesome. Glad I find this nice hotel blog of yours.

    ReplyDelete
  7. Wah tak tahu pun ada hotel baru cantik menawan kat bangi. Buat bengkel kat situ mesti best.

    ReplyDelete
  8. nampak menarik kemudahan hotel ni. nampak selesa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kwsn luas - mmg selesa kalau buat majlis keramaian..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!