Thursday, 11 April 2019

Dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya

Dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya...

Apakah persamaannya? dua-dua bandar terancang, dua-dua banyak roundabout. Memandu di sini memang best..
 

Bandar Baru Bangi dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor semakin maju dan meriah aktiviti komersilnya. Kelihatan menjulang tinggi projek pangsapuri servis 38-tingkat - Sunway Gandaria, pangsapuri servis kedua di Bandar Baru Bangi selepas Evo SoHo Suites. Projek komersil sudah 'going vertical' - menegak, sedangkan bangunan-bangunan yang sediada di sini kebanyakannya sederhana tinggi. 

Memandu di Bandar Baru Bangi sangat selesa, jalan raya lebar, kondisi baik. Cuma dah semakin sesak, terutama di kawasan pusat bandar.

Dari Bandar Baru Bangi, ke Putrajaya pula, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Suka tengok bangunan-bangunan kerajaan bersenibina moden lagi cantik dan pelbagai. Belum lagi jambatan dan lampu jalannya yang menarik. A feast to the eyes..
  
bersih..sedap mata memandang..


Putrajaya..bandar satelit yang terancang, memang sangat nyaman memandu di sini. Jalan raya yang baik dan lebar lagi bersih membuat perjalanan anda licin bak sutera.
 

malam di Putrajaya- jambatan ke Precinct 5
 
Belum explore sepenuhnya kawasan Putrajaya ni. Datang sini sebab ada kerja dan mesyuarat persatuan NGO. In shaa Allah, mungkin nanti.

Wednesday, 3 April 2019

Kuih Beko & Air Khatira

Kuih Beko

sebutan béko, e tanda..

Kuih tradisional - bahan-bahannya cuma pulut, gula & kelapa parut

Jumpa di pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman

Dah makan, nak minum pula, ni dia...

Air Khatira Kaw..pasti mengingau!


Jumpa di bulan Ramadhan..In shaa Allah..

Wednesday, 27 March 2019

Rumah Kartun & Komik Malaysia

Sambung cerita kartun di kotaraya Kuala Lumpur..

Haritu cuti separuh hari, hari Rabu. Dah habis urusan, masih ada masa lagi, sebelum clock-in pukul 2.00 petang. 

Singgah di Rumah Kartun & Komik Malaysia di Taman Botani Perdana, dekat Bukit Aman. Muzium Kartun & Komik Pertama di Malaysia.

Rumah Kartun & Komik Malaysia ialah muzium untuk kartun, karikatur dan komik Malaysia. Ianya menempatkan galeri dan arkib bagi mendekatkan masyarakat kepada seni kartun dan komik negara. Rumah ini mula dibuka kepada orang ramai pada 1 April 2017. Rumah kartun ini menyelusuri sejarah perkembangan seni kartun dan komik sejak zaman silam bermula pada awal 1930-an sehingga ke karya mutakhir.

 
 Taman Botani Perdana

dari jauh, dah teruja

tempat dituju

photoshoot hotspots

 pandangan selatan

Masa tengah snap-snap gambar luar bangunan, tetiba ternampak satu kelibat manusia tengah berjalan menuju ke rumah ni. Macam familiar, rasanya kartunis Ujang. Siap tanya, ni UJANG ke? Dia angguk je, senyum, terus berlalu pergi. 

Dah puas snap gambar-gambar kat luar ni, jom lah masuk ke rumah kartun. Tengok apa yang ada kat dalam.

ke pintu masuk

Bayaran masuk cuma RM5.00 saja, sebagai sumbangan.


Waktu lawatan ke Rumah Kartun dan kedai cenderahati


Rumah ni kecik je. Alhamdulillah, pegi masa hari bekerja, cuma saya dan seorang perempuan India je yang datang melawat. Takdelah sesak dalam sini.

Ada pameran kartun-kartun lama dan baru. Memang mengimbau kenangan betul. Kebetulan hari tu, disambut oleh kartunis Pauh, dia yang bagi penerangan mengenai kartun-kartun yang dipamerkan. Kartun ni akan ditukar dari masa ke semasa, nak bagi peluang untuk siarkan karya semua kartunis.

 Bujal !! teringat Wak Dogol
komik femes zaman dulu-dulu

Salina

Rejabhad - kartunis veteran

kartunis sedang berkarya

 kartun dalam tulisan jawi

 Kartunis veteran

 Gila-Gila gambar AR Badul

Limited edition - Tupperware gambar kartun Lat

Ada kelas bagi yang berminat

Dah habis melawat rumah kartun, kita ke kedai cenderahati pula. 


Kedai ni takde kaitan dengan kartun, ni kedai cenderahati barang-barang kraftangan. Khas untuk pelancong. Cantik-cantik cenderahati di sini, nampak berkualiti produknya.


Yang ni menarik perhatian. Tak tau ni untuk dijual ke atau cuma hiasan.

 buah kelapa dicat kaler emas dan perak

Nampak ada kafe, terasa nak mengopi. Tak banyak pilihan, ada croissant dan muffin saja. Tapi minuman ada pelbagai pilihan, kita pilih nescafe 'Dolce Gusto'..dolce, sweet & soft..hihi..



Dah take a break, kita jalan lagi. Ke bangunan sebelah pula, Herbarium. Kecik je bahagian pamerannya. OK, sesi lawatan berakhir di sini.

Masa untuk bekerja!