Thursday 11 April 2019

Dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya

Dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya...

Apakah persamaannya? dua-dua bandar terancang, dua-dua banyak roundabout. Memandu di sini memang best..
 

Bandar Baru Bangi dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor semakin maju dan meriah aktiviti komersilnya. Kelihatan menjulang tinggi projek pangsapuri servis 38-tingkat - Sunway Gandaria, pangsapuri servis kedua di Bandar Baru Bangi selepas Evo SoHo Suites. Projek komersil sudah 'going vertical' - menegak, sedangkan bangunan-bangunan yang sediada di sini kebanyakannya sederhana tinggi. 

Memandu di Bandar Baru Bangi sangat selesa, jalan raya lebar, kondisi baik. Cuma dah semakin sesak, terutama di kawasan pusat bandar.

Dari Bandar Baru Bangi, ke Putrajaya pula, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Suka tengok bangunan-bangunan kerajaan bersenibina moden lagi cantik dan pelbagai. Belum lagi jambatan dan lampu jalannya yang menarik. A feast to the eyes..
  
bersih..sedap mata memandang..


Putrajaya..bandar satelit yang terancang, memang sangat nyaman memandu di sini. Jalan raya yang baik dan lebar lagi bersih membuat perjalanan anda licin bak sutera.
 

malam di Putrajaya- jambatan ke Precinct 5
 
Belum explore sepenuhnya kawasan Putrajaya ni. Datang sini sebab ada kerja dan mesyuarat persatuan NGO. In shaa Allah, mungkin nanti.

26 comments:

  1. Lama juga teman tak ke Putrajaya nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan2 kt sini pun best jg..kalau hari cuti, tk brp jem..

      Delete
  2. Tiru komen yang ada kat atas, lama juga cheq tak ke Putrajaya. Last time ke sana ada la kot dalam beberapa tahun yang lepas. Dah banyak berubah nampaknya 👍🏻✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. semakin byk event dan tempat menarik di Putrajaya..

      Delete
  3. Weh! tak roger2..boleh singgah opis kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi byk tempat, putrajaya, cyberjaya..tk sempat...
      In shaa Allah, lain kali kalau x pindah KL lagi..

      Delete
  4. Bandar baru Bangi membangun pesat skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dah bertambah tempat shopping - Bangi Sentral, Bangi Gateway...

      Delete
  5. Memang jamuan mata bila lalu jalan kat Putrajaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak benda nak tengok kat Putrajaya..hihi..

      Delete
  6. Putrajaya mmg bandaraya terancang yg cantik, bersih dan kemas. Tapi dah lama juga tak round2 kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg best di Putrajaya..tmpt bersih & cantik..

      Delete
  7. satuuuuu lagi kak !! banyak bumper hahaha.. x larat nak layan bumber =/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul..hehe..banyak bumper jg..

      Delete
    2. haha

      putrajaya darul bumper

      Delete
    3. haha..utk keselamatan..sbb jalanraya best, mesti ramai nak rempit..

      Delete
  8. suka juga drive di 2 bandar ni. memang tak jammed mcm kawasan lain.

    ReplyDelete
  9. BANGI KE PUTRAJAYA SELESA PERJALANANNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalanraya bagus, mmg selesa perjalanan..

      Delete
  10. lawa ke?
    hahaha
    dicemari dengan :
    1) banyak kon oren #putrajayadarulkon
    2) bangunan dah semakin kusam sbb dapat pbt hampeh.

    hahaha

    apa2 pun putrajaya ni mendamaikan kalau tak ada anasir2 jahat yang mengganggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantiklah jg drpd bandar2 lain..hehe..sbb bangunan/jambatan/lampu jalna pelbagai design..bangunan di Precint 1 kot yg kusam tu..kon oren ada jumpa..haha..

      Putrajaya mendamaikan..tenang je..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!