Monday, 15 April 2019

Kembali ke Lorong Panggung

Assalamualaikum semua..kembali bertugas setelah cuti di hujung minggu. Dua hari hujan turun, menyegarkan bumi.

Hari Sabtu baru ni, saya kembali semula (revisited) ke Lorong Panggung, off Jalan Panggung. Di mana ya? di Chinatown KL, depan stesen MRT Pasar Seni.

Menjejaki semula. Sebab dalam bulan May 2014, saya ada datang ke sini dan ada juga buat satu entry - Jejak Warisan KL : Chinatown 2. Boleh baca di sini.

Tapi kenapa datang semula? Dulu lain, sekarang lain. Ada projek pemuliharaan bangunan kedai di lorong ni. Projek Kwai Chai Hong. Baru dirasmikan hari Khamis, 11 April 2019. Masa baca di akhbar The Sun pagi Jumaat dan malamnya Google pun ada up cerita yang sama, hati teruja nak pergi. Lorong Panggung..really rang the bell. 

Lorong Panggung ni lorong kecik je, memang tak perasan kalau tak intai-intai, jengok-jengok dari Jalan Panggung. Yang ada di sini, cuma bangunan buruk masa saya pergi tahun 2014. Walaupun buruk, nampak rustic dan menarik bagi saya, terasa transport back ke zaman dulu, zaman Yap Ah Loy..hehe..

 bangunan kedai di Lorong Panggung pada tahun 2014

Sekarang dah berubah. Meh ikut saya ke Lorong Panggung. Jom lihat apa yang ada di sana. kachiing!! masa ni dah pukul 5 lebih, lepas hujan..

Masuk ikut lorong ini. 
Ada mural petukang emas di dinding bangunan tu
 
dah masuk lorong, dah nampak dari jauh

bangunan yg buruk dan rustic dah dicat warna kuning dan biru
cantik ngakk? ada yg komplen kaler ni


kurang berkenan jg dgn kaler ni..too bright and too loud..
kalau tone down sikit ok la kot..

Takpe, kita tinggalkan bangunan ni, jom ke sebelah untuk keriangan berganda
  
 masuk di sini

Lorong Panggung is alternately known as Kwai Chai Hong in the Cantonese dialect and translates quite literally as "Ghost Lane" or "Little Demon Alley." - the malaymail

jambatan merah

tingkap kayu yang di restored

lampu jalan tertua di Malaysia
wujud sejak bekalan elektrik ada di Kuala Lumpur

 mural yang menggambarkan aktiviti di Lorong Panggung pada zaman dulu

kaligrafi cina

mural di bangunan atas
fire escape di belakang bangunan

lagi mural aktiviti
ada tuan rumah perempuan gaya Kungfu Hustle

 sapa yang tengok citer Kungfu Hustle Stephen Chow
mesti tau tuan rumah yang garang pandai kungfu ni 


suasana di lorong bawah

Menarik juga projek oleh Bai Chuan Management. Instagram-worthy. Masuk adalah percuma, dari 9 pagi hingga 6 petang.

Untuk keterangan lanjut, boleh baca artikel oleh the Malay Mail - Kwai Chai Hong: Neglected lane in KL's Chinatown restored

Sebelum balik, nak check bangunan yang ada setem tu ada lagi ke tak? ya, masih wujud lagi tapi macam tak terjaga.
bangunan pejabat pos lama

Lorong Panggung - satu lagi tempat menarik untuk dilawati di kotaraya Kuala Lumpur. Bertambah mudah sebab dekat dengan stesen MRT Pasar Seni. Tempat letak kereta pun banyak.

Check it out.

Thursday, 11 April 2019

Dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya

Dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya...

Apakah persamaannya? dua-dua bandar terancang, dua-dua banyak roundabout. Memandu di sini memang best..
 

Bandar Baru Bangi dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor semakin maju dan meriah aktiviti komersilnya. Kelihatan menjulang tinggi projek pangsapuri servis 38-tingkat - Sunway Gandaria, pangsapuri servis kedua di Bandar Baru Bangi selepas Evo SoHo Suites. Projek komersil sudah 'going vertical' - menegak, sedangkan bangunan-bangunan yang sediada di sini kebanyakannya sederhana tinggi. 

Memandu di Bandar Baru Bangi sangat selesa, jalan raya lebar, kondisi baik. Cuma dah semakin sesak, terutama di kawasan pusat bandar.

Dari Bandar Baru Bangi, ke Putrajaya pula, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Suka tengok bangunan-bangunan kerajaan bersenibina moden lagi cantik dan pelbagai. Belum lagi jambatan dan lampu jalannya yang menarik. A feast to the eyes..
  
bersih..sedap mata memandang..


Putrajaya..bandar satelit yang terancang, memang sangat nyaman memandu di sini. Jalan raya yang baik dan lebar lagi bersih membuat perjalanan anda licin bak sutera.
 

malam di Putrajaya- jambatan ke Precinct 5
 
Belum explore sepenuhnya kawasan Putrajaya ni. Datang sini sebab ada kerja dan mesyuarat persatuan NGO. In shaa Allah, mungkin nanti.

Wednesday, 3 April 2019

Kuih Beko & Air Khatira

Kuih Beko

sebutan béko, e tanda..

Kuih tradisional - bahan-bahannya cuma pulut, gula & kelapa parut

Jumpa di pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman

Dah makan, nak minum pula, ni dia...

Air Khatira Kaw..pasti mengingau!


Jumpa di bulan Ramadhan..In shaa Allah..