Wednesday, 24 April 2019

Adakah sama Kampung Baru dengan Kampung Bukchon?

Dalam akhbar hari ni, kerajaan mengumumkan dana sebanyak RM6 hingga RM10 billion diperlukan untuk membeli 250 ekar tanah Kampung Baru, untuk dibangunkan secara terancang dan bersepadu.

Kampung Baru. hah! 

Desas-desus nak bangunkan semula Kampung Baru ni dah tersangat lama isunya. Rasanya dah berpuluh-puluh tahun, tapi tak selesai-selesai juga. Kalau kerajaan sekarang berjaya dalam perancangan tersebut, memang tabik lah.

Salah satu masalah di Kampung Baru ni ialah pemilikan berganda (multiple ownership). Dalam satu lot, ada yang sampai beratus-ratus pemilik. Tanah pusaka, turun-temurun. Pembangunan pula berterabur, macam tiada planning control, stressed built environment, caca-merba.
 

Pilihanraya umum silih berganti. Pernah satu ketika ada satu manifesto pilihanraya -''Kami akan mempertahankan tanah Kampung Baru walau seinci". Begitu hebatnya tanah Kampung Baru ni. Lokasi, lokasi, lokasi - ''hot-spot" di kotaraya Kuala Lumpur. 


Sebagai penilai, syarikat kami dah beberapa kali terlibat dalam kes Kampung Baru ni. Sejak tahun 90an lagi. Dulu pejabat pun di pinggir Kampung Baru. Di Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Memang nampak perubahan di seberang jalan, dulu dan sekarang. Kawasan Kampung Baru terdiri daripada Kampung Atas, Kampung Masjid, Kampung Periok, Kampung Hujung Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah.

Bila kena buat penilaian, kenalah meronda kampung, melawat kawasan, setiap lot dijelajahi, setiap bangunan dilawati dan diambil foto nya. Ada yang kena kejar dengan  samseng kampung. Betul tak fzyfuzzy @ KrabatKramat. Rumah-rumah di sini ada yang ok, tapi kebanyakannya so-so je. Nak kata semuanya rumah tradisional, tak juga.

Hari ni juga baca dalam whatsapp group, ada cadangan suruh kerajaan isytihar Kampung Baru sebagai Warisan Negara dengan mengambil contoh Kampung Bukchon (Bukchon Hanok Village) di Seoul, Korea Selatan. 

Sedutan dari artikel di whatsapp group:

Baca news, dikhabarnya Kerajaan sedang mengumpul dana berbillion dan berbincang nak beli tanah-tanah di Kampung Baru Kuala Lumpur untuk dimajukan.

Soalan saya, haruskah semua kawasan di ibu negara perlu dimajukan untuk dibina apartment, shopping mall dan bangunan pencakar langit?

Lalu, saya mengenang balik pengalaman menetap di Korea dulu.
 
Ada sebuah kampung di Seoul, namanya Bukchon Hanok Village, betul-betul terletak di pusat bandar Seoul Korea. Korea juga sebuah negara yang hebat, malah lagi hebat dari Malaysia dari segi pelbagai bidang.

Tidak pula saya tengok, Kerajaan Korea ingin buat bangunan atau apartment mewah di kawasan Bukchon Hanok Village ini. Nak kata kecil, kawasan Bukchon Hanok Village ini besar juga. Ikutkan nafsu, 4 5 buah Mall dan puluhan apartment boleh dibina. Menariknya, dijadikan pula, kawasan Bukchon Hanok Village ini sebuah WARISAN NEGARA.

Kampung lama masyarakat Korea yang masih lagi cantik terpelihara dari segi senibina dan tradisi. Sekeliling kawasan itu juga terkenal dengan tradition, culture and art yang kini menjadi tarikan pelancongan utama di bandar Seoul. Ekonomi disekitar kawasan itu juga pesat membangun dengan adanya Warisan Negara ini.

Saya harap Kampung Baru dijadikan sebuah warisan negara seperti mana Korea jadikan 'Kampung Hanok Bukchon' sebagai warisan negara Korea.

Bagi yang pernah jejak kaki di Bukchon Hanok Village, perbandingan ini memanglah sangat tak padan, jauh panggang daripada api. Bukanlah nak offend, nak merendah-rendahkan tempat sendiri, tapi inilah kebenarannya. Kalau Kampung Morten di Bandar Melaka dibandingkan dengan Bukchon, saya setuju. Sama-sama penuh dengan rumah-rumah tradisional.


Berada di Bukchon Hanok Village, rasa nak berlama-lama, sebab cantik kawasannya dengan rumah-rumah tradisional hanok tersusun indah. Suka tengok senibina hanok ditambah dengan rumah-rumah hanok yang diubahsuai kegunaannya menjadi kedai dan galeri.


Boleh rujuk entry Bukchon Hanok Village di sini.

Rumusannya: Apa nak buat dengan Kampung Baru? Nak dibiarkan saja seperti sediada? Nak jadi KLCC, TRX atau Midvalley, kedua? Sekarang ada usaha upgrade kawasan dekat Masjid Kampung Baru. Cantik.

Jom revisit Kampung Baru. Banyak pilihan tempat makan, itu yang pasti!

Monday, 22 April 2019

Tetiba on 'RAYA' mode

Lunch time di Mydin Jalan Tuanku Abdul Rahman
22.04.19

sudah mula dijual
 
rasanya ramai yang dah tempah baju raya..ada tailor dah tutup order..

Ramadan lagi 14 hari..semoga sampai kita di bulan penuh rahmat & barakah..amin, amin ya robbalalamin..

Thursday, 18 April 2019

Medical Kdrama yang awesome!!

Annyeonghaseyo, yeorobun. 

Review Korean drama again. Kali ni drama bertema perubatan, cerita doktor-doktor. Apa yang boleh dirumuskan - medical kdrama memang daebak, sangat enjoyable untuk ditonton. Menggembirakan hati dan minda.

Adegan bedah-belah dalam bilik bedah, macam betul je. Yang best banyak ilmu yang boleh diperolehi dari drama ni bagi mereka yang menekuni. Terma-terma perubatan ada diberi penerangan. Kena sediakan buku nota kalau nak tulis istilah-istilah perubatan...hehe.

Disenaraikan lima medical kdrama yang terbaik mengikut penilaian saya.

1. Obstetrics & Gynaecology 


Top of the chart. Drama tahun 2010. Berkisar kisah-kisah emergency orang nak bersalin, baby baru lahir, kes kesuburan dan juga kemandulan di Jabatan O & G dan juga NICU (neonatal ICU). Senak perut tengok drama ni. Sangat menarik isu yang dipapar pada setiap episod. Disamping kisah heroin yang nak sorok kehamilan beliau sendiri, secret admirer sesama doktor dan pembantu perubatan.

Semua pelakon tak kenal, kecuali Song Joong Ki. Muda belia SJK dalam drama ni. Walaupun memaparkan isu-isu serius tapi unsur-unsur komedi tetap ada.

2. Live Up to Your Name, Dr Heo
 

Kisah time travel yang menarik. Pertembungan antara perubatan moden dan perubatan tradisional. Dr Heo ialah pakar akupuntur dari zaman Joseon terpelanting ke dunia moden Seoul dan bertemu dengan heroin, seorang pakar bedah jantung. Pertembungan dua pendekatan perubatan tapi yang best kedua-dua nya saling melengkapi.

Yang menarik ialah garapan di antara rekaan dan realiti. Dr Heo ialah doktor sebenar yang wujud pada zaman peralihan dinasti dan pemerintahan Jepun di Korea. Yang bestnya bila Dr Heo dan heroin boleh pergi-balik merentasi masa di antara dunia moden dan zaman silam. Sejarah benar Korea seperti askar Jepun yang berpaling tadah semasa perang ada juga di dalam drama ini.

Hero & heroin bergabung untuk keluarkan peluru dari badan budak tu
dengan peralatan primitif di zaman Dinasti Joseon

3. Doctors


Kisah dunia perubatan, persahabatan, setiakawan, percintaan, keluarga, kehidupan, digarap kemas dalam kdrama ni. Bagaimana heroin yang tercicir di alam persekolahan dan dibuang oleh bapa sendiri, bangkit untuk menjalani kehidupan yang baik dengan menjadi seorang doktor.

4. Romantic Doctor, Teacher Kim


Bagaimana seorang doktor pakar yang popular di Seoul terbuang ke satu hospital kecil di kawasan pendalaman melatih doktor-doktor muda yang ada masalah psikiologi. Walaupun kurang berkenan dengan lakonan hero (Teacher Kim) tapi cerita tetap best.

5. Beautiful Mind


Jang Hyuk memang terbaik lakonannya sebagai Dr Young Oh, seorang pakar bedah otak yang genius tapi takde perasaan (lack of empathy) disebabkan kesilapan pembedahan otak semasa dia kecil. Selain isu-isu perubatan pada setiap episod, drama ini juga ada unsur-unsur suspen sebab hero kena merungkai misteri yang berlaku di hospital, bermula dengan kehilangan jantung pesakit yang mati dalam bilik bedah. banyak adegan bedah otak..perghh..macam real.
 
adegan pembedahan otak

--------------------------------------------------------------------------------------

Amacam? ada teringin nak tengok? tengok kome, jangan tak tengok  Selain hiburan, boleh dapat banyak ilmu perubatan. Pengetahuan am.

Lain-lain medical kdrama seperti Yongpal, Doctor Stranger dan Good Doctor belum ditonton lagi. Doctor Prisoner sedang berlangsung tapi macam malas nak follow. Tunggu habis, baru tengok. Sedang tunggu Doctor's Room, drama terbitan SBS.

Bagi mereka yang baru nak start tengok drama Korea, saya cadangkan tontonlah drama-drama perubatan ni. Memang terbaik. 
 
Enjoy, folks.