Thursday 18 April 2019

Medical Kdrama yang awesome!!

Annyeonghaseyo, yeorobun. 

Review Korean drama again. Kali ni drama bertema perubatan, cerita doktor-doktor. Apa yang boleh dirumuskan - medical kdrama memang daebak, sangat enjoyable untuk ditonton. Menggembirakan hati dan minda.

Adegan bedah-belah dalam bilik bedah, macam betul je. Yang best banyak ilmu yang boleh diperolehi dari drama ni bagi mereka yang menekuni. Terma-terma perubatan ada diberi penerangan. Kena sediakan buku nota kalau nak tulis istilah-istilah perubatan...hehe.

Disenaraikan lima medical kdrama yang terbaik mengikut penilaian saya.

1. Obstetrics & Gynaecology 


Top of the chart. Drama tahun 2010. Berkisar kisah-kisah emergency orang nak bersalin, baby baru lahir, kes kesuburan dan juga kemandulan di Jabatan O & G dan juga NICU (neonatal ICU). Senak perut tengok drama ni. Sangat menarik isu yang dipapar pada setiap episod. Disamping kisah heroin yang nak sorok kehamilan beliau sendiri, secret admirer sesama doktor dan pembantu perubatan.

Semua pelakon tak kenal, kecuali Song Joong Ki. Muda belia SJK dalam drama ni. Walaupun memaparkan isu-isu serius tapi unsur-unsur komedi tetap ada.

2. Live Up to Your Name, Dr Heo
 

Kisah time travel yang menarik. Pertembungan antara perubatan moden dan perubatan tradisional. Dr Heo ialah pakar akupuntur dari zaman Joseon terpelanting ke dunia moden Seoul dan bertemu dengan heroin, seorang pakar bedah jantung. Pertembungan dua pendekatan perubatan tapi yang best kedua-dua nya saling melengkapi.

Yang menarik ialah garapan di antara rekaan dan realiti. Dr Heo ialah doktor sebenar yang wujud pada zaman peralihan dinasti dan pemerintahan Jepun di Korea. Yang bestnya bila Dr Heo dan heroin boleh pergi-balik merentasi masa di antara dunia moden dan zaman silam. Sejarah benar Korea seperti askar Jepun yang berpaling tadah semasa perang ada juga di dalam drama ini.

Hero & heroin bergabung untuk keluarkan peluru dari badan budak tu
dengan peralatan primitif di zaman Dinasti Joseon

3. Doctors


Kisah dunia perubatan, persahabatan, setiakawan, percintaan, keluarga, kehidupan, digarap kemas dalam kdrama ni. Bagaimana heroin yang tercicir di alam persekolahan dan dibuang oleh bapa sendiri, bangkit untuk menjalani kehidupan yang baik dengan menjadi seorang doktor.

4. Romantic Doctor, Teacher Kim


Bagaimana seorang doktor pakar yang popular di Seoul terbuang ke satu hospital kecil di kawasan pendalaman melatih doktor-doktor muda yang ada masalah psikiologi. Walaupun kurang berkenan dengan lakonan hero (Teacher Kim) tapi cerita tetap best.

5. Beautiful Mind


Jang Hyuk memang terbaik lakonannya sebagai Dr Young Oh, seorang pakar bedah otak yang genius tapi takde perasaan (lack of empathy) disebabkan kesilapan pembedahan otak semasa dia kecil. Selain isu-isu perubatan pada setiap episod, drama ini juga ada unsur-unsur suspen sebab hero kena merungkai misteri yang berlaku di hospital, bermula dengan kehilangan jantung pesakit yang mati dalam bilik bedah. banyak adegan bedah otak..perghh..macam real.
 
adegan pembedahan otak

--------------------------------------------------------------------------------------

Amacam? ada teringin nak tengok? tengok kome, jangan tak tengok  Selain hiburan, boleh dapat banyak ilmu perubatan. Pengetahuan am.

Lain-lain medical kdrama seperti Yongpal, Doctor Stranger dan Good Doctor belum ditonton lagi. Doctor Prisoner sedang berlangsung tapi macam malas nak follow. Tunggu habis, baru tengok. Sedang tunggu Doctor's Room, drama terbitan SBS.

Bagi mereka yang baru nak start tengok drama Korea, saya cadangkan tontonlah drama-drama perubatan ni. Memang terbaik. 
 
Enjoy, folks.

32 comments:

  1. Teman tak layan sangat cerita korea nie... Kalau nak tonton pun, teman prefer bollywood... Tapi bukan semua filem la... Bergantung plot cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdrama genre perubatan ni mmg best, byk ilmu perubatan boleh dipelajari, utk pengetahuan am...last tengok citer Bollywood..movie Bajrangi Bhaijaan, suka plot cerita...Dilwale x tengok..

      Delete
  2. no 3 sampai 5 memang best.. Ohsem.. no 1 & 2 tak tengok lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. No. 1 & 2 tu highly recommended utk ditonton..sangat best!!

      Delete
    2. Okay.. akan cuba dicari.. hehehe..

      Delete
  3. alaaa tak sempat nk tgk.. tp bab scene operate tu nampak real

    ReplyDelete
    Replies
    1. scene operation utk semua drama ni mmg nampak real...rasa puas menonton..

      Delete
    2. kan tak nmpk macam drama melayu. hehehe

      Delete
    3. kalau drama melayu, tunggu depan pintu bilik bedah je..

      Delete
  4. kdrama kalau bab medical, nmpak macam betol2.. bukan macam drama malaysia.. pilot tapi x pernah nampak bawa kapal terbang. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar sekali..mmg nampak mcm betul2 je scene operation..

      budget mereka besar, ada byk sponsor..Air Asia pun sponsor..

      Delete
  5. wow...mmg awesome semua kdrama tu..tp yea la..nak ikut satu episod ke episod yg lain..mmg tk sempat..kita tgk mana yg dan jer la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer best takleh nak tengok sikit2..hehe..selalunya tengok sampai habis episod..normally 16 ep..

      Delete
  6. i love watching how cool they were in the drama

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa, they looked very cool during the operation's scenes..

      Delete
  7. Live Up to Your Name, Dr Heo. macam best je cerita2 cam ni.
    tapi tu lah.. sure addicted nnt . tak boleh tinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best cerita time travel ni..komedi pun ada. Drama ni dah habis tayang, kalau dah start tengok, mmg addicted. kalau boleh nak tengok kesemua 16 episod at one go..hehe..

      Delete
  8. Kaaan..drama medikal dari Korea ni memang tidak mengecewakan punyalah....depa punya research sebelum nak shoot scenes semua tu memang power, siap ada training period lagi utk pelakon2 yang kena pegang watak doktor tuu 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua scene operation dlm drama2 ni mmg sgt awesome....setaraf citer omputih, sbb tu kdrama ni peminat mereka seluruh dunia, ramai sangat international fans..

      Delete
  9. Wah Boleh la mama ikut recommendation Ni sebab mama x reti sgt nak Cari kdrma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama2 ni mmg tak mengecewakan bagi yg minat genre medical...

      tgh ulang Beautiful Mind, the best - fast-paced, tight-grip..

      Delete
  10. macam biasa.
    saya mudah terpengaruh dengan saranan movie akak.

    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua citer tu best..recommended..tapi ada yg slow-paced, tapi plot menarik..

      Delete
  11. Dalam list tu satu jer... Mrs. A dah tengok yang nombor dua.

    Semestinyalah suka dan addicted.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa..suka citer time travel mcm ni, tengok sampai 2x..

      Delete
  12. wahhh.. kalau ada link blh layan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tgk kt website viu atau myasiantv..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!