Aktiviti di Kuala Terengganu pada hari Sabtu diteruskan ke Pantai Batu Burok.
Balik dari Pasar Kedai Payang, berehat di hotel. Cuaca panas, depa cakap dah lama tak hujan. Pukul 3 lebih, baru nak cari makan. Hasrat hati nak makan nasi kerabu paling sedap di dunia (mokcik driver teksi airport yang cakap) tapi bila riki-riki, rupanya kedai buka pagi sampai tengahari, petang tutup.
Diskus-diskus, cadang nak gi Pantai Batu Burok. Tengok kat grab, ada food court di sini. Makan nasi campur. Dah makan, gi jalan-jalan di tepian pantai.
Ramai yang berjualan keropok lekor, gorengan, nira kelapa, pelbagai jajan. Pengunjung pun ramai, berehat bersama keluarga di hari cuti. Beli keropok lekor, makan di tepi pantai.
Banyak aktiviti di pantai ni, bermain layang-layang sudah semestinya. Boleh naik kuda, kereta kuda, kereta dari tong drum. Meriah!!
Kami cuma berjalan, menyusuri pantai. Sampai di kawasan A&W. Ada jualan ditepi jalan.
Diskus-diskus, cadang nak gi Pantai Batu Burok. Tengok kat grab, ada food court di sini. Makan nasi campur. Dah makan, gi jalan-jalan di tepian pantai.
untuk kanak-kanak
Ramai yang berjualan keropok lekor, gorengan, nira kelapa, pelbagai jajan. Pengunjung pun ramai, berehat bersama keluarga di hari cuti. Beli keropok lekor, makan di tepi pantai.
Banyak aktiviti di pantai ni, bermain layang-layang sudah semestinya. Boleh naik kuda, kereta kuda, kereta dari tong drum. Meriah!!
kereta kuda
layang-layang
let's fly the kite
kereta kuda lagi
Kami cuma berjalan, menyusuri pantai. Sampai di kawasan A&W. Ada jualan ditepi jalan.
aiskrim gulung
pernah tengok kt pesta makanan Thai
keropok lekor pun dicelup tepung
Berjalan lagi, sampai di deretan kedai makanan. Singgah di sini. Nak tapau makanan untuk dinner pula. Singgah di Kedai No. 4. Ada jual seafood celup tepung dan coconut shake setambung.
Apa yang setambung? coconut shake nya. Tudia, setambung. Yang tak best, air batu nya tak dikisar, tak diblend..coconut shake terengganu style..
harga RM7.00
pilihan ramai
Beli juga yang celup-celup tepung ni.
Dah beli, ambik grab ke hotel. Malam, dah tak keluar.