Thursday, 23 May 2019

Masjid Abidin @ Masjid Putih

Salam Ramadan ke 18. Sudah masuk fasa ke-3 bulan puasa. Dianjurkan pelbanyakkan berikhtikaf dan beribadah di masjid pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.
 
Bercakap tentang masjid, moh kita story tentang Masjid Abidin di Kuala Terengganu. 
 

Masjid Abidin Kuala Terengganu terletak di Kampung Masjid. Masjid Abidin dahulunya dikenali dengan nama Masjid Putih. Masjid ini telah dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II pada tahun 1793 - 1808. Ianya dibina daripada kayu. Masjid ini telah beberapa kali diubahsuai dan sekarang dibina daripada batu. Bagi menampakkan senibina Islam, ukiran-ukiran khat ayat-ayat suci Al-Quran, doa-doa dan awan larat dipasangkan di pintu masuk masjid dan di kisi-kisi masjid. 
 
Berjalan dari Pasar Kedai Payang ke YT Midtown Hotel, akan jumpa makam diraja di tepi masjid. 
 
pemandangan makam diraja 

Sampai di selekoh, nampak ada sebuah rumah klasik. Haruslah dimotret fotonya.
 
 rumah klasik di tepi masjid, kaler menarik


Masjid Abidin @ Masjid Putih


Pandangan depan dan sisi


pandangan depan


Pada hari Ahad berkesempatan solat Zohor di masjid ni. Ramai yang datang berjemaah. Alhamdulillah, kemah boh!
 
kaler yang lembut
 
Dekat masjid, otw ke hotel, ada sebuah gerai bawah pokok. Gerai ni jual air kelapa, bihun/mi bungkus, gorengan - pisang goreng, keropok lekor, nuggets. Masa makan tengahari hari Ahad tu, ramai sungguh pelanggan yang datang singgah.

sambutan ramai

Kami pun join the crowd, minum air kelapa, panas wehh Kuala Terengganu takde hujan langsung. Makan mihun/mi seringgit, buat lapik perut sebelum pekena ICT di Pantai Teluk Ketapang--citer hari Ahad.

Aktivit selanjutnya pada hari Sabtu, tungguu..

16 comments:

  1. Panas-panas, kalau dapat air kelapa memang best..
    Cantik rumah tu.. warna dia menawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg terbaik dapat air kelapa...tambah2 yg sejuk..
      rumah kaler lembut..

      Delete
  2. cantiknya senibina Masjid Abidin

    ReplyDelete
  3. pasni kalau dapat pi ke ganu lagi, boleh la try melawat di sini ^_^

    ReplyDelete
  4. MASJID PUTIH NI MUDAH NAMPAK TAPI XPERNAH MASUK LAGI

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, kalau ke KT, boleh singgah masjid ni..

      Delete
  5. Masjid color putih bersih sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  6. Putih bersih warna masjidnya, sejuk mata memandang..👍🏻✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..putih warna malar segar..lasting..

      Delete
  7. hari terik layan air kelapa memang win sangat2.. nikmat =D

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...