Salam semua. Harap semuanya baik-baik belaka. Lama tak update, kesibukan melanda..
Wrapping up aktiviti di hari Sabtu, sama hari dengan entry Kembali ke Lorong Panggung dan Muzium Telekom. Sesi jalan-jalan, walkathon, di kotaraya Kuala Lumpur, sambil snap gambar-gambar bangunan prewar (sebelum perang dunia).
Dari stesen LRT ke Muzium Telekom
Menyusuri Laluan Warisan, dari Jalan Tun Perak masuk ke Jalan Tun H.S. Lee.
Dari Muzium Telekom ke Pasar Seni
Di Pasar Seni
Dari stesen LRT ke Muzium Telekom
Menyusuri Laluan Warisan, dari Jalan Tun Perak masuk ke Jalan Tun H.S. Lee.
klasik sungguh bangunan ni
nice one...preservation
Sampai di Jalan Gereja, akan nampak mural di bangunan Allianz Insurance
Mural gambar budak dalam sampan
Di tepi Bangunan Ming, ada bangunan ni, tak tahu bangunan apa.
bangunan misteri
Di Jalan Raja Chulan, depan Muzium Telekom, akan jumpa mural ni.
tak tahu apa motif mural ni
Dari Muzium Telekom ke Pasar Seni
Dari Muzium Telekom, melalui jalan-jalan di pusat bandaraya untuk ke Pasar Seni - Jalan Hang Lekiu, Jalan Yap Ah Loy, Leboh Pasar Besar menuju ke Jalan Hang Kasturi.
warna-warni
Dah sampai di Pasar Seni @ Central Market
Di Pasar Seni
Lama sungguh tak jejak kaki di sini. Ada yang dah berubah, ada yang masih kekal. Kedai yang masih bertahan ialah kedai buku ni. Dari dulu sampai sekarang masih ada servis sewa buku.
bling-bling - kedai jual lampu Turki