Friday, 20 September 2019

Muzium Telekom

Salam Jumaat..

Hello! moshi-moshi!

Satu hari di hari Sabtu, teman ada pergi ke Muzium Telekom. Lokasinya di simpang Jalan Gereja/Jalan Raja Chulan. 

senibina campuran Neo-classical Greek dan moden
 bangunan bertiang Roman

Sebenarnya tujuan utama datang ke kawasan ni sebab nak ambil gambar bangunan diseberang jalan, di atas Bukit Mahkamah, untuk laporan kerja. kenapa pergi di hari Sabtu? sebabnya kawasan ni lengang, kurang orang pada hari cuti, so mudah nak snap gambar.

Malas nak drive masuk pusat kota raya, teman naik pengangkutan awam. Dari stesen Masjid Jamek, berjalan kaki ke sini, ikut Laluan Warisan.

  termasuk dalam Laluan Warisan


senibina yang menarik..tetiber ada unsur-unsur Roman

orang kaya zaman dulu ada telepon


jom masuk

ada bayaran kalau nak masuk ke dalam bangunan muzium
teman cuma jalan-jalan di luar saja

tempat photoshoot


Fakta tentang bangunan Muzium Telekom
Dibina pada 1928 sebagai ibu sawat Telefon Bateri Setempat, bangunan 3-tingkat ini menjadi model ibu sawat telefon pada masa itu, memandangkan lokasinya yang strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Menjelang tahun 1994, bangunan kolonial yang indah ini dibuka secara rasmi sebagai Muzium Telekom. Bangunan ini yang bertingkap simetri serta tiang-tiang lonia setinggi 2 tingkat telah diisytiharkan sebagai Bangunan Warisan Negara dan tanda tempat yang bersejarah.

bangunan kolonial yang cantik

Rugi juga tak masuk ke ruang pameran, mesti banyak informasi tentang benda ciptaan Alexander Graham Bell ni.  Evolusi telefon, dari analog ke telefon pintar.  Rasanya dah lama tak nampak telefon fixed line di rumah-rumah kediaman. Di pejabat masih lagi relevan, masih ada telefon atas meja.

Satu lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di kotaraya Kuala Lumpur.

26 comments:

  1. belum pernah sampai muzium ni..tp boleh la masuk bucket list..bawa anak-anak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik utk bw anak2 ke sini..byk information..

      Delete
  2. x sempat melawat ke sana sdgkan sy masih berada di KL sehingga 1997.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dibuka tahun 1994..masa tu informasi x meluas...kalau dtg KL, boleh singgah..

      Delete
  3. dah lama juga muzium ni kan since thn 1928.. menariknya.. insyaAllah boleh jadi tempat utk di lawati bila turun KL nti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan nya yg sudah lama, muzium ni dibuka tahun 1994...menarik utk dilawati, akk pun belum masuk tengok..hihi..

      Delete
  4. pernah lalu luar je.rasa nak pergi pulak. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk pun dah byk kali lalu-lalang depan bangunan ni tapi tak singgah2..ni pun sbb ada kerja area ni, kalau tk, rasanya tk pi jg..hihi..

      Delete
  5. Tempat yang menarik.. kalau datang sini, selain bergambar memang boleh dapat pengetahuan lah.. cantik dan berinformasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tmpt menarik utk photo shoot..betul, byk informasi kalau gi ruang pameran..

      Delete
  6. Berapa tiket dia?senang nak estimet bajet kut2 nak pegi, hehe

    ReplyDelete
  7. Cantik jugak design muzium nya. boleh jadi tempat photoshoot kawen! hehe

    ReplyDelete
  8. mesti cantik selfie kat telefon
    gergasi tu kan....
    thanks sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome...ya, hotspot utk photoshoot..hehe..

      Delete
  9. Canggih rupa tiang Roman tu, tetiba cheq teringat cerita Hercules 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiang Roman ni femes zaman dulu2, ada gak rumah banglo yg ada tiang roman ni...

      Delete
  10. CANTIK BANGUNAN SENIBINA ROMAN NI LAMA DH UJUDNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. haáh kak, dah ada sejak zaman British..dah 90 tahun tapi masih cantik..

      Delete
  11. Ada museum telekom rupanya..baru tahu..kalau JM pegi sini mesti blur..ce kalau pegi pasar seni ahahaha..cerah mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..akk pun kureng sikit nk gi muzium2 ni..kena baca2 tu yg malas..hihi..

      Delete
  12. Boleh masuk dlm list ni mama X penah sampai lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu tmpt menarik di KL..ramai yg buat rombongan sekolah..

      Delete
  13. Tak ramai yang tahu pasal muzium ni... sebab kedudukannya yg tersorok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lokasinya mmg terasing sikit..kena promosi lebih sikit..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!