Monday, 25 November 2019

Hat Yai : Pantai Samila, Songkhla

Dah sampai di Samila Beach, Songkhla. Pantai yang cantik dan bersih.

manusia, kuda dan patung kucing & tikus

cuma berjalan-jalan, bersiar-siar di tepi pantai, mengagumi kebesaran Ilahi

menunggu giliran nak bergambar dengan si patung mermaid

patung ikan duyung yang femes

the golden mermaid
segan lak nak zoom..hahaha..

Kalau baca dalam tripadvisor, ada orang komen, ada mitos mengatakan kalau pegang *** duyung ni, hidup kita akan jadi lebih aman. Dengar boleh, percaya jangan..jangan sesekali mencoba..

Ramai juga peniaga-peniaga souvenirs di sini

Aktiviti di sini- minum air kelapa yang murah ni
harga RM1.40 - RM2.10 sebiji

Friday, 22 November 2019

Hat Yai : Chabura Dim Sum | Masjid Songkhla | Pantai Samila

Salam Jumaat...sambung kisah trip Hat Yai..

Isnin, 11 November 2019

Hari ni kita jalan jauh sikit, ke utara Hat Yai, ke Songkhla. Sebelum tu singgah sarapan di Chabura Dim Sum. Hari ni kita naik van Thai bersama driver-cum-tourist guide, namanya Zul, orang Melayu Satun. Peramah orangnya..hehe..sepanjang jalan asyik bercerita tentang diri dia je, ntah nak percaya ke idok..iyo je lah..

 Chabura Dimsum, salah satu dimsum halal yang femes di Hat Yai

Nak makan dimsum, akan diberi satu tray dan juga nombor, pilih dimsum yang disukai. Selain dimsum, ada juga menu lain - sup-sup, goreng-gorengan. Mother order nasi goreng.

 pelbagai dimsum

Dah ambik dimsum, bagi tray kat pekerja, ambik nombor, tunggu di meja, nanti depa hantar

tempat mengukus dimsum


dimsum yang siap untuk dinikmati. 
Kureng sikit rasanya compared to dimsum di Malaysia

air teh tidak dilupa, sedap teh Thai

Nampaknya makan dimsum ni tak kejap perut (cakap orang utara), nak nasi juga. Order nasi goreng ayam kunyit.


nasi goreng ayam kunyit - terlebih masin ayam kunyitnya

Sarapan sudah, jom shoot ke Songkhla. Singgah ambik gambar di Masjid Besar Songkhla (Songkhla Central Mosque), kawasan ala-ala Taj Mahal, dengan kolam air yang panjang di depannya.


Masjid yang ramai pasangan dari Malaysia datang untuk menikah. Tak singgah pun masjid, terus ke Songkhla melalui pulau Ko Yo.



Lokasi Pulau Ko Yo di Tasik Songkhla, kena lalu dua jambatan. Dari jambatan pertama, dari jauh nampak patung Buddha warna emas tengah baring (Reclining Buddha). Nampak bahagian belakang patung ni, besar gilak.


source: internet

Masuk jambatan kedua pula, dari jauh nampak satu binaan besar bentuk siput. Belum siap lagi, kata Zul. Di Pulau Ko Yo ni femes dengan buah ciku. Teringin gak nak beli.  Di sepanjang jalan, nampak banyak gerai, tapi takde orang berniaga. Kosong semuanya. Mungkin waktu pagi, takde yang berniaga. Takde rezeki..

Perjalanan diteruskan ke jeti feri, untuk menyeberang ke Songkhla, nak pi Samila Beach.

 lokasi jeti feri dan Samila Beach, lalu depan pejabat konsulate Malaysia
skodeng orang nak daftar nikah..hehehe..

 Tambang feri cuma THB 20 je, tak perlu turun van, macam feri kat Penang. Selain kenderaan, ada juga pejalan kaki yang naik feri ni.

 feri dari seberang dah mai

dah masuk dalam feri

Zul suruh kitaorang karaoke sementara tunggu feri jalan..tak kuasa den..
 audio visual dalam van ni memang terbaik

feri dah bergerak

 menghampiri jeti di seberang

Alhamdulillah, selamat sampai di seberang Meneruskan perjalanan ke Samila Beach, yang femes, yang ada patung ikan duyung warna emas. Ikan ke manusia? Mitos, badan manusia, ekor ikan.

Samila Beach  yang cantik & bersih
patung kucing dan tikus, teringat kat Tom & Jerry..hihi..

Selamat bercuti di hujung minggu, dah start cuti sekolah..yuhuu.

Bersambung next entry. Khap khun khaa..

Wednesday, 20 November 2019

Hat Yai: Klonghae Floating Market

Selepas shopping di Kim Yong Market, balik hotel, simpan barang-barang, solat, kemudian keluar semula untuk ke Klonghae Floating Market. 

Floating market buka dari pukul 1.00 tengahari hingga 9 malam and cuma beroperasi dari hari Jumaat hingga hari Ahad je, so kenalah pergi hari ni, last day.

Tanya kat driver tuk-tuk Aloha Team, yang parking depan hotel, bincang-bincang, dapatlah tambang THB 550 (RM77) pergi balik. Masa ni baru pukul 1.10 tengahari. 

semua teruja nak naik tuk tuk
 
Driver tuk-tuk promote suruh pergi 3D Museum, Elephant Camp dulu, sebab masih awal, gerai kat floating market tak banyak yang buka lagi. Dia nak charge THB 700. Kami malas nak gi, cadangnya esok sekali harung pergi naik van.

Tuk-tuk berhenti di tepi jalan besar. Kena jalan kaki ke kawasan floating market.

 entrance ke floating market

jambatan menyeberangi sungai

floating market


Masa sampai di sini, tak ramai pengunjung lagi. Banyak juga gerai-gerai dah dibuka. Klonghae Floating Market ada dua bahagian, di sungai dan juga di daratan. Kita jalan-jalan di tepian sungai dulu.


 jual air minum

gerai ais krim kot, ntah tak tau

Pelbagai makanan ada di sini, rambang mata nak pilih.

gerai kerabu megi dan laksa siam kuah lemak

beli yang ni - kerabu megi THB40 (RM5.60)

kerabu megi yang sedap

makan di pondok

Lepas makan, kita naik ke atas, melawat gerai-gerai di darat pula


gerai-gerai makanan


gerai souvenirs

Ronda-ronda kawasan gerai-gerai jual baju


entrance ke kawasan gerai 
 
kawasasn gerai di daratan

Ternampak gerai kuih di seberang jalan. jom pi tengok.
pelbagai jenis kuih talam
 
kuih lapis, kuih kole kacang 
tak teringin lak nak beli..hehe.. 
 
Dah habis meronda, jomlah balik hotel

 pengunjung semakin ramai, masa ni pukul 2.48 petang


Langit kelihatan mendung menandakan hujan mau turun. On the way balik ke hotel, hujan turun, lebat juga. Alhamdulillah, kami dah selamat dalam tuk-tuk.

Balik hotel, rehat-rehat, pukul 6 petang, keluar dinner di Restoran Rahmatullah.