Wednesday, 20 November 2019

Hat Yai: Klonghae Floating Market

Selepas shopping di Kim Yong Market, balik hotel, simpan barang-barang, solat, kemudian keluar semula untuk ke Klonghae Floating Market. 

Floating market buka dari pukul 1.00 tengahari hingga 9 malam and cuma beroperasi dari hari Jumaat hingga hari Ahad je, so kenalah pergi hari ni, last day.

Tanya kat driver tuk-tuk Aloha Team, yang parking depan hotel, bincang-bincang, dapatlah tambang THB 550 (RM77) pergi balik. Masa ni baru pukul 1.10 tengahari. 

semua teruja nak naik tuk tuk
 
Driver tuk-tuk promote suruh pergi 3D Museum, Elephant Camp dulu, sebab masih awal, gerai kat floating market tak banyak yang buka lagi. Dia nak charge THB 700. Kami malas nak gi, cadangnya esok sekali harung pergi naik van.

Tuk-tuk berhenti di tepi jalan besar. Kena jalan kaki ke kawasan floating market.

 entrance ke floating market

jambatan menyeberangi sungai

floating market


Masa sampai di sini, tak ramai pengunjung lagi. Banyak juga gerai-gerai dah dibuka. Klonghae Floating Market ada dua bahagian, di sungai dan juga di daratan. Kita jalan-jalan di tepian sungai dulu.


 jual air minum

gerai ais krim kot, ntah tak tau

Pelbagai makanan ada di sini, rambang mata nak pilih.

gerai kerabu megi dan laksa siam kuah lemak

beli yang ni - kerabu megi THB40 (RM5.60)

kerabu megi yang sedap

makan di pondok

Lepas makan, kita naik ke atas, melawat gerai-gerai di darat pula


gerai-gerai makanan


gerai souvenirs

Ronda-ronda kawasan gerai-gerai jual baju


entrance ke kawasan gerai 
 
kawasasn gerai di daratan

Ternampak gerai kuih di seberang jalan. jom pi tengok.
pelbagai jenis kuih talam
 
kuih lapis, kuih kole kacang 
tak teringin lak nak beli..hehe.. 
 
Dah habis meronda, jomlah balik hotel

 pengunjung semakin ramai, masa ni pukul 2.48 petang


Langit kelihatan mendung menandakan hujan mau turun. On the way balik ke hotel, hujan turun, lebat juga. Alhamdulillah, kami dah selamat dalam tuk-tuk.

Balik hotel, rehat-rehat, pukul 6 petang, keluar dinner di Restoran Rahmatullah.

30 comments:

  1. Seronoknya jalan-jalan.
    Office Mrs. A ada buat Trip ke Hatyai tapi Mrs. A tak join pun banyak yang sendiri baik gi sendiri je muahahhaaa...

    ReplyDelete
  2. Awalnya pergi. saya pergi lepas maghrib... Sempat juga tgk persembahan atas pentas tepi terusan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nak bersesak dgn org ramai kalau gi lambat..hihi..bawa budak2, depa lari2 sana-sini..

      Delete
  3. orang TukTuk tu akan tunggu ke ? memang dia akan tunggu kan ? ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia bagi 3 jam utk jalan2, kemudian dtg ambik..

      Delete
    2. oookay. bagus la gituu kot dia tak mai balik..
      bayar dulu ke bayar kemudian ?

      Delete
    3. dah balik, sampai hotel, baru bayar...

      Delete
  4. Nak sangat ke sana tp org rmh ni asyik sebut nak drive, tak berani lah... Kena cari geng ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk jg jumpa kereta plet malaysia kt Hadyai..tengok mcm safe je drive kt sana, takdelah havoc mcm kt KL, tenang je..

      Delete
  5. BANYAK JUALAN ATAS FLOATING MARKET

    ReplyDelete
  6. adoiiii.. tergugat iman lah.. mmg nak kena puasa 3 4 bulan baru ke tpt macam ni. semua i nak rasa for sure.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rambang mata tengok makanan yg dijual...teringin nak rasa semua..hehe..

      Delete
  7. Terlioq cheq tengok kerabu meggi tu aduih 🤤😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kerabu megi tu..teringat-ingat sampai sekrg..huhu..

      Delete
  8. santai betul trip akak kali ni. Maybe sebab gi ngan famili. Selalu baca trip akak semua ekstrem. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. trip kali ni santai-santai je, ya..sbb gi ngan famili..hehe..

      Delete
  9. bestnya,, nanti nak pergi la sana kalau ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. floating market mmg tmpat yg wajib gi kalau ke Hatyai...recommended..

      Delete
  10. seronoknyaa jalan2 sambil shopping n makan!

    ReplyDelete
  11. syurgaaa makanan dan tempat menghabiskan duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul...banyak makanan yg halal & sedap2, rasa nak beli semua...

      Delete
  12. Nak sangat pergi sini dan explore apa yang menarik...insyaallah 1 fine day kena pergi jugak

    ReplyDelete
  13. Seronok baca cerita jalan-jalan akak sekeluarga ke Hat Yai ni. Banyak betul tempat-tempat menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jg tempat menarik di HatYai & Songkhla...utk tua & muda..

      Delete
  14. JM beli air minuman tu semata nak dpt bekas tanah liat bentuk doraemon hihih
    pegi sini semua jenis makanan nk try adehh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..menarik bekasnya..my anak saudara pun beli bekas yg sama..
      betul..rambang mata..ahli jemaah ramai, so boleh le rasa-rasa..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!