Sunday, 5 January 2020

Nasi Kandaq

Hi semua, selamat berhujung minggu. 

Masak apa hari ni? ke bawa keluarga makan-makan di luar? 
 
Semalam teman teringin nak makan nasi kandar. Sebelum masuk pejabat, singgah di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kat sini ada dua pilihan...Mohd Yaseem dan Kudu. Intai kat Kudu, tengok dah kena beratuq. kat Mohd Yaseem nampak lengang...jom, jom..melintas jalan.
 

Restoran Mohd Yaseem

 nasi di dalam kandar

pilihan lauk-pauk yang ada
ayam hitam takde???..huhu..

Ada sebenaq nya, dah order ayam goreng, masa depa nak bungkuih, ternampak ayam hitam dalam mangkuk, depa belum bubuh kat atas tu..takpe lah, takdak rezeki hari ni nak makan ayam hitam..

penyedap nasi kandaq..kasi pedas..hot, hot..

ada flow chart, kome...hehe..
sila ikut SOP..step by step..

ok, dah siap bungkuih, jom pi pejabat. Kita makan kat pejabat.

tudia...kuah menyelubungi nasi putih
papedom sebungkuih tepi tu
harga semua RM10.50 termasuk 6% SST

மிகவும் சுவையாக (sangat sedap dalam bahasa Tamil)

Till then, happy weekend.

Thursday, 2 January 2020

Let's Plan - Kita Rancang KL 2040

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru 2020..

Ada yang berazam nak beli rumah tahun ni?

Baca dalam blog Dorsett Pink, yang dia buat tesis PhD  tentang 'the provision of land use for affordable housing for middle income in Kuala Lumpur'. 

Teringat kepada kajian soal selidik oleh budak trainee kat office. Tentang faktor yang mempengaruhi Generasi Y untuk memiliki rumah mampu milik di Kuala Lumpur.


Kuala Lumpur sekarang menuju ke arah 'vertical living', kehidupan menegak, rumah bertanah sudah semakin kurang kecuali di kawasan di pinggir bandaraya, yang harganya..hanya mampu tengok je..

Masa untuk merancang lagi. Di sepanjang Jalan Sultan Ismail depan pajabat ni, berkibar bunting 'Let's Plan - Kita Rancang KL  2040'. .
 

Dengan tibanya tahun 2020, maka tamatlah perancangan Kuala Lumpur City Plan 2020.


Kini masa untuk melihat/mengkaji semula segala perancangan dan kegunaan tanah (land use) untuk pembangunan di Kuala Lumpur bagi jangkamasa 20 tahun akan datang. Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 @ PPKL2040. Menuju kepada Kuala Lumpur bandaraya lestari bertaraf dunia pada tahun 2040.

Yang penting dalam perancangan pembangunan ialah menentukan kegunaan tanah (land use), kepadatan (density) dan nisbah plot (plot ratio). Untuk pembangunan baru, keharmonian dengan pembangunan sediaada adalah penting bagi menampakkan keseragaman, kelestarian. Tidaklah nampak caca-merba, huru-hara. 

Bagi membantu rakyat bependapatan rendah dan sederhana di Wilayah Persekutuan memiliki rumah pertama, Residensi Wilayah (RUMAWIP) diperkenalkan. 9 perkara yang perlu anda ketahui tentang RUMAWIP.
 
Kerajaan negeri Selangor pula sudah tetapkan setiap pembangunan melebih 10 ekar, kena ada peruntukan bagi rumah mampu-milik iaitu Rumah Selangorku (RSKU). 

Semoga ramai lagi rakyat marhaen dapat memiliki rumah yang selesa.

Monday, 30 December 2019

Kompleks Kraf Kuala Lumpur - Part 2

Sambung jalan-jalan meneroka seni kraf negara di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Kita ke tingkat atas pula. Ada laluan jalan kaki naik ke tingkat satu. Ada pameran di dinding di sepanjang laluan. Ada juga gambar tokoh-tokoh seni kraftangan negara.

 Patung memakai Selayah Keringkam
Selayah ialah tudung kepala, Keringkam ialah nama bagi
benang emas yang digunakan untuk menyulam tudung

seni tekat benang emas
gemilang seni negeri Perak

 
benang-benang utk tekat

Industri tekat benang emas ni masih lagi ada di Kampung Changkat, Kuala Kangsar.

Berakhir sudah lawatan di Muzium Kraf. Sangat menarik untuk mengenali, menelusuri seni kraf dan tenunan yang ada di Malaysia. Masa saya pergi ni, ada rombongan budak tadika cina yang datang melawat muzium ni.

rombongan budak tadika
bagus..perkenalkan mereka dengan seni kraf

Dah habis melawat muzium, kita turun ke bawah pula, pusat jualan tak pergi.

Ada perkampungan kraf & pelukis


Bangunan Craft Delight

Jom ke perkampungan kraf dan pelukis pula. Tapi tak banyak yang buka.  

rumah pasu & seramik

 rumah pelukis

 bahagian workshop

 artist in the house

 rumah pelukis Amirudin Ariffin
  
rumah-rumah pelukis yang lain

Berjalan naik ke bahagian kanan bangunan pula. Menuju ke pintu utama di sebelah kanan.

pondok wakaf

 pintu sebelah kanan

menarik designnya

Bahagian kanan bangunan ni menempatkan butik produk batik. Cantik-cantik design nya, harga ada sikit mahal, maklumlah tempat tumpuan pelancong.


Tamat sudah melawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Menarik juga, menambah pengetahuan mengenai seni kraf yang ada di tanahair. 

Dah berjalan ke sana-kemari, terasa dahaga pula. Matahari semakin meninggi, cuaca semakin panas. Jom ke cafe yang ada di luar bangunan, tapi masih lagi dalam perkarangan kompleks.

 cafe di tepi jalan

pasu-pasu seramik

Artwood Corner nama cafe nya

nampak rustic - kaunter bayaran

tempat makan di tingkat bawah

makanan thai - teringin nak makan lap kai, lap nee, suki
apakah semua itu

ok, kawan-kawan, satu lagi destinasi menarik untuk dilawati di Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Dekat jer.