Thursday 2 January 2020

Let's Plan - Kita Rancang KL 2040

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru 2020..

Ada yang berazam nak beli rumah tahun ni?

Baca dalam blog Dorsett Pink, yang dia buat tesis PhD  tentang 'the provision of land use for affordable housing for middle income in Kuala Lumpur'. 

Teringat kepada kajian soal selidik oleh budak trainee kat office. Tentang faktor yang mempengaruhi Generasi Y untuk memiliki rumah mampu milik di Kuala Lumpur.


Kuala Lumpur sekarang menuju ke arah 'vertical living', kehidupan menegak, rumah bertanah sudah semakin kurang kecuali di kawasan di pinggir bandaraya, yang harganya..hanya mampu tengok je..

Masa untuk merancang lagi. Di sepanjang Jalan Sultan Ismail depan pajabat ni, berkibar bunting 'Let's Plan - Kita Rancang KL  2040'. .
 

Dengan tibanya tahun 2020, maka tamatlah perancangan Kuala Lumpur City Plan 2020.


Kini masa untuk melihat/mengkaji semula segala perancangan dan kegunaan tanah (land use) untuk pembangunan di Kuala Lumpur bagi jangkamasa 20 tahun akan datang. Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 @ PPKL2040. Menuju kepada Kuala Lumpur bandaraya lestari bertaraf dunia pada tahun 2040.

Yang penting dalam perancangan pembangunan ialah menentukan kegunaan tanah (land use), kepadatan (density) dan nisbah plot (plot ratio). Untuk pembangunan baru, keharmonian dengan pembangunan sediaada adalah penting bagi menampakkan keseragaman, kelestarian. Tidaklah nampak caca-merba, huru-hara. 

Bagi membantu rakyat bependapatan rendah dan sederhana di Wilayah Persekutuan memiliki rumah pertama, Residensi Wilayah (RUMAWIP) diperkenalkan. 9 perkara yang perlu anda ketahui tentang RUMAWIP.
 
Kerajaan negeri Selangor pula sudah tetapkan setiap pembangunan melebih 10 ekar, kena ada peruntukan bagi rumah mampu-milik iaitu Rumah Selangorku (RSKU). 

Semoga ramai lagi rakyat marhaen dapat memiliki rumah yang selesa.

24 comments:

  1. mujurlah abe kie duduk n kerja di kelate. harga tanah n rumah mampu beli lagi. Alhamdulillah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Kelantan, harga rumah & tanah masih lg reasonable..takdelah menggiler mcm di Lembah Kelang..rumah teres..juta-jutaan..

      Delete
  2. Merancang unutk kelastrian akan datang...

    Selamat Tahun Baru 2020 kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru 2020 to you too..

      utk kelastarian..tapi kekdg tak ikut jg kan..ada je pindaan sana-sini..

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan urusan 2020..

    ReplyDelete
  4. Huwaaa... Mrs. A pun memang mampu tengok ajelah rumah jejak tanah kat KL tu ya eh! macamlah duk KL.
    Di Seremban pun rumah jejak tanah dah takde yang nampak harganya dalam 150K.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah bertanah dah semakin mahal...huhu..design pun menarik & moden..

      Delete
  5. Tak mimpi pun nk beli rumah kt KL..harganya mcm tak masuk akal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..harga dah tersangat over...tak selari dgn pendapatan..

      Delete
  6. Kalau berkemampuan bolehlah beli rumah di KL, tapi majoriti harganya hanya mampu tengok aje. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. income ok, boleh beli..majoriti tak ok...hehe..

      Delete
  7. Rasanya saya kalau beli rumah takkan beli di KL. Kurang gemar rumah bertingkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada pilihan mmg nak rumah bertanah..

      Delete
  8. wak baru je jual rumah key ell.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal sekrg ni harga rumah..capital gain..

      Delete
  9. saya lama tak masuk KL, rasa macam sesak je dulu pernahlah tinggal sekejap ditengah2 chow kit tu. memang pada nampaknya KL sekarang. selangor pun sama dapat beli rumah dipinggiran bandar pun dah syukur sebab harga rumah sekarang memang mampu tengok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, syukur dapat beli rumah bertanah walaupun di pinggir bandar..KL, Selangor rumah dah semaakin mahal esp perumahan baru yg ada mcm2 facilities..

      Delete
  10. perancangan 20 tahun akan datang???? kalau masih panjang umur boleh la tgk suasana KL waktu tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..tk tau masih hidup lagi ke tak tahun tu..

      Delete
  11. kalau nak beli rumahh kat KL nun tatau nak kena gadai organ mana baru mampu hehe.. tapi rezeki rahsia Tuhan mana tahuuuu ada rezeki terpijak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kat KL ni, rumah mampumilik RumahWIP tu pun mostly harga RM300 ribu..rumah teres lg lah mahal..ya, betul..rezeki Allah yg tentukan..kita hambaNya kena berusaha & berdoa..

      Delete
  12. Sesiapa yg kayak Minta lah rumahwip Tu. Tapi jgn smpai pilih. Ada yg terlalu mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumahwip yg paling mahal RM300K..ramai jg kwn2 ofis yg beli..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!