Tuesday, 21 January 2020

Dari Tingkat 80 Bangunan Tak Siap

Apa perasaan bila kena naik lif pekerja ke tingkat 80 bangunan yang belum siap?

Perghh..hati kecik langsung jadi kecut....takut weii..nampak je tenang, dalam hati tak keruan...zikir segala ayat kursi, ayat penggerak...Alhamdulillah, tak kena naik sampai tingkat 100..yang ni pun dah ketaq lutut...

menunggu lif bersama abam2 Bangla
 
mencari rezeki di perantauan
 
menuju puncak
 
 Alhamdulillah, selamat sampai di tkt 80


Dah sampai di tingkat 80, memang heaven lah tengok aerial view kotaraya KL
kereta, LRT dah macam set mainan..kecik je..



bandaraya Kuala Lumpur

Jalan Tun Razak
 
KL Sentral, Midvalley & Bangsar
 
full gear pakaian naik ke atas bangunan
untuk keselamatan

bangunan pejabat/hotel

Tak lama lagi nak siap, nanti ada glass floor, sky deck, bolehlah test samada fear is a factor di bangunan kedua tertinggi di dunia ni

Monday, 20 January 2020

Iklan dah di block

Harap-harap tak keluar lagi..


Boleh block iklan Adsense di sini..


Ada 600++ iklan, kena cari satu-satu...semoga berjaya..

Sunday, 19 January 2020

Penangan Drama Turki - Kiralik Ask

Merhaba....selam alaykum..

Ada satu masa dan ketika di tahun lepas, layan drama Turki yang tajuknya Kiralik Ask (Cinta untuk disewa)..sapa ada tengok citer nih? Teman jadi culture shock tengok budaya orang Turki dalam drama nih. Moden giler, budaya mat saleh yang sangat tebal, walaupun mereka tu semua orang Islam..I just cannot brain...

yang nampak Islamik sikit cuma masa mak heroin masak bubur asyura dan bubuh dalam bekas, nak bagi jiran-jiran. Satu lagi masa hero pergi ke kubur mak pak dia, kubur tu ada dua batu nisan, kat batu nisan ada tulis Al-fatiha. Dua tu je kot..yang lain-lain tu, kalah drama korea..dah macam drama omputih layaknya..

tapi ada sesuatu dalam drama ni yang buat saya terpengaruh iaitu..KUACI..haha..biar betik..dalam drama ni, heroin, abang dia dan dua orang lagi kawan baik dia..suka beno makan kuaci..tengok macam sedap je..

Sekali ternampak kuaci ni di 7-eleven, ada empat perisa. Saya bukan jenis suka makan kuaci. Tetiba teringin pulak...

perisa rempah, karamel & walnut

Beli yang ni, nak coba..

produk dari China, ada logo halal dari Shandong

Beli satu ni je. Sedap gak. Tapi makan kuaci ni, tak jadi kerja, kena concentrate makan dia je, nak buat kerja lain dah tak boleh..cukuplah sekali..