Wednesday, 29 January 2020

Banyaknya Jajan dari Siam

Masih lagi berkisar, berlegar-legar dalam kedai 7-eleven..hehe..

Semenjak kedai borong dekat office dah tutup, 7-E jelah yang dekat untuk beli jajan..comfort food..stress reliever..

Teman tengok dah semakin banyak snek dari negara siam, cantik packaging nya..daripada tak nak beli, terus sambar satu sebab suka tengok design dan warna yang menarik...

 why so cute?

lemon bercili
yang tepi kiri, asam masin (gambar lelaki tu) 
dah lama ada dlm pasaran, takyah fancy2, letak gambar muka 
orang tak hensem pun masih boleh bertahan dalam pasaran..hahaha..

Sebab cute, belilah satu, yang ni..hehe..

nenas bercili

cop halal dari Thailand

katanya spicy, nan hado - manis meleceh

beli juga yang ni..Siam mari juga

Banyak lagi snek dari siam...dah macam promoter 7-E pulak..hehe.
harga memang up sikit, maklumlah barang import


yang ni..potatoes chips berperisa nasi ayam, laksa & roti prata..yang ni bukan dari Siam..

ada juga perisa macam ni ya, tak tahu nak cuba ke idok
lain macam je

Beli keropok kentang yang ni..mencabar diri utk melihat tahap mana kepedasan cili Ghost Pepper nih
 
 pedas juga, but not so hot

Sekarang ni dah tak yah pergi Siam, nak minum benda ni, dah ada di Malaysia
 
Arabus Coffee

Lastly, the limited edition sempena CNY

nescafe mocha orange
 
oklah, rasanya setakat ni je kot promosi 7-E, pesanan penaja..junk food is not good for your health..

Tuesday, 28 January 2020

Bubur Nasi Berlauk - Jim's Porridge

Salam semua, dah dinner? makan apa? nasi?

Sesekali makan bubur nasi pun best, apatah lagi bubur nasi berlauk. Dah lama nampak tapi baru kali ni nak try..Jim's Porridge..di Medan MARA..

 kiosk Jim's Porridge di Medan MARA

tengok gambar ni pun dah terliuq

 harga basic = RM5.00, cute je logo, siap pakai kopiah 

lobak-lobak - ini wajib ambik, sedapppp
 
 pilihan lauk yang lain

sedap..berbaloi dengan harganya

Overall, memang sedap bubur nasi berlauk ni..saya cuma tambah 2 jenis lauk..

recommended, silalah singgah dan beli kalau ke Medan MARA..

Friday, 24 January 2020

Tanam Lalang

Ada ke orang nak tanam lalang? Apatah lagi di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur nih..

Ada, kome..jangan tak tahu..lalang boleh dijadikan landskap lembut. Contohnya di sini...

 Hotel The Chow Kit

Hotel The Chow Kit dulunya Tune Hotel. Lokasinya di simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail, dekat beno dengan ofis teman


Hotel ni adalah gaya-gaya vintage sikit, mungkin sebab tu kot depa buat landskap macam ni..semua tumbuhan dulu-dulu...

 ni kat bahagian tempat letak kereta

subur menghijau


ada benda ni kat tengah-tengah rumpun

ni di tepi Jalan Tuanku Abdul Rahman
tak taulah macamana DBKL boleh lulus landskap macam ni 

yang ni depan hotel, ntahlah..macam semak je
ke artistik, ke unik

tanaman dulu-dulu dalam pasu
 
Rasanya kalau takde landskap lalang ni, rasa kemas sikit kawasan ni. Apa-apa pun, enjoy the view, the greens..walaupun semak mata memandang..

Hotel ni walaupun nama dia Chow Kit, tapi harga foods dia tahap hotel 5-star. Teman tak pernah pergi, cuma tengok kat website je..katanya chef dari restoran di the Troika yang dekat KLCC nun..