Hello February..drama review time!!
Dalam kesibukan kerja bulan Januari lepas, sempat jugalah layan drama Korea, Cina dan juga Melayu...stress reliever. Jom tengok drama apa yang best...
1. Black Malaysia
BEST!!..suka drama Melayu yang best macam ni. Genre fantasi thriller. Suka semua lakonan dalam drama ni, lakonan orang dewasa, lakonan kanak-kanak..secukup rasa - lawak ada, misteri ada, aksi ada. Gandingan hero (Kamal Adli) dan heroin (Siti Saleha) dan Nabila Huda memang mantap..
Online drama adaptasi daripada drama Korea yang sama tajuk. Yang versi Korea tak tengok pun. Drama ni ada 8 episod semuanya, mungkin ada sambungannya sebab ending tergantung macam tu je..tak puas hati!! banyak persoalan yang belum terjawab..
Cerita mengisahkan heroin yang boleh nampak bayang-bayang hitam dibelakang seseorang yang akan mati dan hero pula seorang polis detektif yang dah mati tapi hidup semula setelah dimasuki roh orang bunian. Dari segi logik, memang tak logiklah dan ada unsur-unsur memesong akidah, tapi just enjoy the cerita, the plot..a gripping plot.
Drama ni cuma ada di website Viu, 4 episod free, lagi 4 episod kena bayar, murah je..RM10.00 sebulan..
Recommended..drama yang buat anda berfikir untuk merungkai misteri..
2. Kebaya Mek Hwa
Drama ni rupanya drama lama, terbitan tahun 2018. Baru tengok tahun ni sempena Tahun Baru Cina, ditayang di TV3, hari Sabu rasanya.
Dari wikipedia:
Drama ini menonjolkan keunikan kehidupan masyarakat peranakan Cina di Terengganu.
Mengisahkan Mei (24 tahun) tiba di Terengganu dalam menjejaki seorang
perempuan Cina Peranakan yang hanya dikenali sebagai Mek Hwa 60-an
berpandukan sekeping foto dalam sepucuk surat tinggalan bapanya, Goh
60-an bagi menunaikan hajat ayahnya yang tidak kesampaian.
Best drama ni..unik sebab tak banyak drama ber genre macam ni. Mungkin sebab dah pernah pergi Kampung Cina di Kuala Terengganu, bolehlah relate dengan drama ni. Mengimbau kenangan. Suka tengok budaya cina peranakan, cara depa cakap Melayu, makan nasi dengan tangan. Suka juga dengan budaya dan suasana kampung nelayan di tepi pantai.
Mek Hwa, kekasih bapa Mei
Restoran di Kampung Cina
nostalgia..alat kukur kelapa atas tong tu
Kampung Nelayan
Silalah tonton di youtube TV3, memang menarik..arahan Sabri Yunus.
3. Yanxi Palace : Princess Adventure
Sequel kepada drama cina yang meletop-letop di pasaran di tahun 2018 - Story of Yanxi Palace. Pernah buat entry tentang drama ni. Kali ni kisah anak-anak kepada Wei Ying Luo dan Fuheng Fuca. Semuanya 6 episod sahaja..
Anak Wei Ying Luo, Princess Zhaohua, seorang yang keras kepala, macam spoilt bret jugalah. Bertunang dengan putera Mongolia, Lhawang Dorji. Fukánggan, anak Fuheng, ikut jejak langkah bapa dia, jadi pengawal diraja, tapi fikiran dia diracuni oleh bapa saudara (adik angkat Fuheng), suruh balas dendam kepada Wei Ying Luo diatas kematian bapa dan emak dia. Princess Sinwa pula dengki dengan Princess Zhaohua, nak rebut Lhawang Dorji.
Memang kena tengok drama Story of Yanxi Palace, baru boleh faham kenapa dan macamana bapa dan mak Fuk'anggan ni mati. Fuk'anggan nak balas dendam dekat Wei Ying Luo, tapi guna Princess Zhaohua.
Menarik dan enjoyable drama ni..seperti biasa, costume dalam drama ni memang sangat cantik dan view Forbidden City yang merah bata..
4. Romantic Doctor, Teacher Kim 2
Yang ditunggu sudah tiba, Season 2 of Romantic Doctor, Teacher Kim. Seperti Season 1 juga, Season 2 pun sangat menarik ceritanya. Menonton medical kdrama macam ni memang beri kepuasan minda dan hati. Masih lagi belum habis tayangannya, 16 episod semuanya.
Hero utama masih sama, Kim Sabu (Dr Kim) dan dua doktor muda yang baru. Yang lain-lain masih lagi pelakon yang sama Season 1. Seperti biasa, scene di bilik bedah memang awesome dan superb.
Episod 8 yang paling meruntun jiwa, kisah dua orang ibu yang sangat kasihan. Seorang anak mati - brain dead, yang sorang lagi, anak jadi pembunuh sebab kena buli sebab selalu buat dialysis. Buah pinggang dia tak berfungsi sebab banyak makan ubat yang mak dia bagi, mak dia nak dia cemerlang dalam pelajaran.
Operation ambik organ-organ dalaman macam real je, nak donate ke sorang lagi tu...huhu..
5. The Tale of Nokdu
Cuti CNY 3 hari, marathon drama ni. Masa mula ditayangkan dulu, malas nak tengok, sebab ada satu lagi drama yang sama nama, Nokdu Flower. Cerita serius, cerita zaman jepun di Korea. Rupanya lain, yang tu Nokdu nama tempat, yang ni Nokdu nama orang.
Genre light sageuk, romantic-comedy, tapi plot sangat serius. Nak bunuh raja, komplot nak menggulingkan raja, nak cari identiti diri. Tiga-empat episod yang kelakar habis, masa hero menyamar jadi perempuan sebab nak masuk Widow Village..
Ada scene kawasan lalang yang cantik
Memang bestlah cerita ni..16 episod semuanya.
Ada yang dah tengok drama-drama ni?..kalau belum, silalah tonton, memang best!!