Dalam kesibukan kerja bulan Januari lepas, sempat jugalah layan drama Korea, Cina dan juga Melayu...stress reliever. Jom tengok drama apa yang best...
1. Black Malaysia
BEST!!..suka drama Melayu yang best macam ni. Genre fantasi thriller. Suka semua lakonan dalam drama ni, lakonan orang dewasa, lakonan kanak-kanak..secukup rasa - lawak ada, misteri ada, aksi ada. Gandingan hero (Kamal Adli) dan heroin (Siti Saleha) dan Nabila Huda memang mantap..
Online drama adaptasi daripada drama Korea yang sama tajuk. Yang versi Korea tak tengok pun. Drama ni ada 8 episod semuanya, mungkin ada sambungannya sebab ending tergantung macam tu je..tak puas hati!! banyak persoalan yang belum terjawab..
Cerita mengisahkan heroin yang boleh nampak bayang-bayang hitam dibelakang seseorang yang akan mati dan hero pula seorang polis detektif yang dah mati tapi hidup semula setelah dimasuki roh orang bunian. Dari segi logik, memang tak logiklah dan ada unsur-unsur memesong akidah, tapi just enjoy the cerita, the plot..a gripping plot.
Drama ni cuma ada di website Viu, 4 episod free, lagi 4 episod kena bayar, murah je..RM10.00 sebulan..
Recommended..drama yang buat anda berfikir untuk merungkai misteri..
2. Kebaya Mek Hwa
Drama ni rupanya drama lama, terbitan tahun 2018. Baru tengok tahun ni sempena Tahun Baru Cina, ditayang di TV3, hari Sabu rasanya.
Dari wikipedia:
Drama ini menonjolkan keunikan kehidupan masyarakat peranakan Cina di Terengganu.
Mengisahkan Mei (24 tahun) tiba di Terengganu dalam menjejaki seorang
perempuan Cina Peranakan yang hanya dikenali sebagai Mek Hwa 60-an
berpandukan sekeping foto dalam sepucuk surat tinggalan bapanya, Goh
60-an bagi menunaikan hajat ayahnya yang tidak kesampaian.
Best drama ni..unik sebab tak banyak drama ber genre macam ni. Mungkin sebab dah pernah pergi Kampung Cina di Kuala Terengganu, bolehlah relate dengan drama ni. Mengimbau kenangan. Suka tengok budaya cina peranakan, cara depa cakap Melayu, makan nasi dengan tangan. Suka juga dengan budaya dan suasana kampung nelayan di tepi pantai.
Mek Hwa, kekasih bapa Mei
Restoran di Kampung Cina
nostalgia..alat kukur kelapa atas tong tu
Kampung Nelayan
Silalah tonton di youtube TV3, memang menarik..arahan Sabri Yunus.
3. Yanxi Palace : Princess Adventure
Sequel kepada drama cina yang meletop-letop di pasaran di tahun 2018 - Story of Yanxi Palace. Pernah buat entry tentang drama ni. Kali ni kisah anak-anak kepada Wei Ying Luo dan Fuheng Fuca. Semuanya 6 episod sahaja..
Anak Wei Ying Luo, Princess Zhaohua, seorang yang keras kepala, macam spoilt bret jugalah. Bertunang dengan putera Mongolia, Lhawang Dorji. Fukánggan, anak Fuheng, ikut jejak langkah bapa dia, jadi pengawal diraja, tapi fikiran dia diracuni oleh bapa saudara (adik angkat Fuheng), suruh balas dendam kepada Wei Ying Luo diatas kematian bapa dan emak dia. Princess Sinwa pula dengki dengan Princess Zhaohua, nak rebut Lhawang Dorji.
Memang kena tengok drama Story of Yanxi Palace, baru boleh faham kenapa dan macamana bapa dan mak Fuk'anggan ni mati. Fuk'anggan nak balas dendam dekat Wei Ying Luo, tapi guna Princess Zhaohua.
Menarik dan enjoyable drama ni..seperti biasa, costume dalam drama ni memang sangat cantik dan view Forbidden City yang merah bata..
4. Romantic Doctor, Teacher Kim 2
Yang ditunggu sudah tiba, Season 2 of Romantic Doctor, Teacher Kim. Seperti Season 1 juga, Season 2 pun sangat menarik ceritanya. Menonton medical kdrama macam ni memang beri kepuasan minda dan hati. Masih lagi belum habis tayangannya, 16 episod semuanya.
Hero utama masih sama, Kim Sabu (Dr Kim) dan dua doktor muda yang baru. Yang lain-lain masih lagi pelakon yang sama Season 1. Seperti biasa, scene di bilik bedah memang awesome dan superb.
Episod 8 yang paling meruntun jiwa, kisah dua orang ibu yang sangat kasihan. Seorang anak mati - brain dead, yang sorang lagi, anak jadi pembunuh sebab kena buli sebab selalu buat dialysis. Buah pinggang dia tak berfungsi sebab banyak makan ubat yang mak dia bagi, mak dia nak dia cemerlang dalam pelajaran.
Operation ambik organ-organ dalaman macam real je, nak donate ke sorang lagi tu...huhu..
5. The Tale of Nokdu
Hero utama masih sama, Kim Sabu (Dr Kim) dan dua doktor muda yang baru. Yang lain-lain masih lagi pelakon yang sama Season 1. Seperti biasa, scene di bilik bedah memang awesome dan superb.
Episod 8 yang paling meruntun jiwa, kisah dua orang ibu yang sangat kasihan. Seorang anak mati - brain dead, yang sorang lagi, anak jadi pembunuh sebab kena buli sebab selalu buat dialysis. Buah pinggang dia tak berfungsi sebab banyak makan ubat yang mak dia bagi, mak dia nak dia cemerlang dalam pelajaran.
Operation ambik organ-organ dalaman macam real je, nak donate ke sorang lagi tu...huhu..
5. The Tale of Nokdu
Cuti CNY 3 hari, marathon drama ni. Masa mula ditayangkan dulu, malas nak tengok, sebab ada satu lagi drama yang sama nama, Nokdu Flower. Cerita serius, cerita zaman jepun di Korea. Rupanya lain, yang tu Nokdu nama tempat, yang ni Nokdu nama orang.
Genre light sageuk, romantic-comedy, tapi plot sangat serius. Nak bunuh raja, komplot nak menggulingkan raja, nak cari identiti diri. Tiga-empat episod yang kelakar habis, masa hero menyamar jadi perempuan sebab nak masuk Widow Village..
Ada scene kawasan lalang yang cantik
Memang bestlah cerita ni..16 episod semuanya.
Ada yang dah tengok drama-drama ni?..kalau belum, silalah tonton, memang best!!
Kena menyabar tunggu Dr Kim 2 tu habis tayang semua episodes baru nak layan. Sebabnya nanti stress nak tunggu next episode.
ReplyDeletehehe..25/2 baru hbs..tk sabar nk tunggu..
DeleteDr Kim ada di stesen SBS. Tunggu episode habits baru nak tengok.
ReplyDeleteAkk layan kat tv je..lama lg nk habis..hihi..
Deleteyang lain dah tengok, yg no.3 tu belum ^_^
ReplyDeletepeminat drama korea jg nih..hehe..
DeleteWah Dr Romantik season 2....suka sangat tenguk citer korea style Doktor-doktor ni sebab macam real je dalam OT. Mana dapat ni...dounload kat mana ya.
ReplyDeletetengok kt tv je..boleh download di website asiantv, dramacool..
DeleteTerbaek :)
ReplyDeletedrama2 yg best..
Deletekebaya mek hwa je yang dah tengok yang lain tu belum
ReplyDeleteDrama kebaya mek hwa mmg best..yg lain2 tu best..byk episod..
DeleteSemua belum tgk hehe...
ReplyDeletebolehlah slow-slow tengok..esp Kebaya Mek Hwa..
DeleteAkak kalau nk tgk drama,tgk pelakonnya dulu..nabila huda,kamal adli,siti saleha..tak minat..
ReplyDeletesaya pun bukan minat pelakon2 tu semua..tapi jalan citer best, lakonan ok, on je tengok..
DeleteNak tgk cerita Kebaya Mek hwa lah..macam best aje
ReplyDeleterecommended..
DeleteDah tak sempat tenguk drama
ReplyDeletesekali-sekala...
Deletedah lama xtenguk tv tapi drama sabri yunus nk cuba tenguk
ReplyDeletekebaya mek hwa tu menarik ceritanya..
DeleteDR kim 2 tu best! tengah ongoing lagi.penat menunggu episod baru.hehe. tapi black versi malaysia not bad.
ReplyDeletebestkan dr kim 2, enjoy tengok drama ni...black versi malaysia pun best, yg 2 org ejen bunian tu kelakar..
DeleteMama suka juga tgk citer fantasy Dan pelik2
ReplyDeletekena tengok citer black malaysia..recommended..
DeleteCheq tengok BLACK hat Korea tu ja, hat Malay tu tak tengok lagi..nanti2 free sikit mungkin cheq akan layan juga 😄
ReplyDeletekena tgk yg versi malaysia..best..
DeleteNokduuuuuuuu !!! hahaha.. tapi tak tengok abes lagi.
ReplyDeletesy slow sikit tengok drama korea ni sbb tnggu da habis baru mula tngk.
srkng layan i wanna hear your song..
Nokdu yg kelakar..haha...
Deleteciter best mcm Dr Romantic 2 tu mmg kena layan sementara masih panas..hehe..