Entah kenapa suka sangat medical drama ni. Enjoy it heart and mind. Semuanya baik-baik belaka, takde watak jahat, watak antagonis, takde dengki-dengki, takde tikam belakang, rebut-rebut jawatan. Semuanya tentang kerjaya sebagai doktor, persahabatan, bromance yang awesome, personal life, hubungan sesama team perubatan, secret admirer sesama doktor-doktor, kerenah pesakit, kerenah keluarga pesakit, slice of life dan dapat ilmu perubatan. Kisah PATI pun ada..haha..really enjoy this drama till the last episod. Secukup rasa - ada serius, ada komedi, ada sedih, ada geram.
Berkisar mengenai kehidupan doktor lima sekawan (4 lelaki, 1 perempuan), yang bersahabat baik sejak zaman belajar di universiti sehingga bekerja di hospital yang sama. Dengan pressure kerja sebagai pakar bedah & professor, mereka tubuh kumpulan muzik sendiri. Ada drummer, pianist, 3 guitarist. Suara pun sedap, lagu mantap. Setiap episod, ada lagu yang depa praktis, yang jadi OST drama ni.
Yang bestnya, dapatlah sikit-sikit ilmu dalam 5 bidang perubatan sebab mereka semua lain-lain department.
Ik-Joon : hepatology - banyak scene tentang penyakit hati, operation liver transplant
Jung-Won : pedaetric surgery - pembedahan bayi, budak kecik - yang ni lemah tengok
Joon-Wan : cardiothoracic surgery - bedah jantung
Yang Seok : obstetrics and gynaecology - bersalin & sakit puan
Song-hwa : neurosurgery - bedah otak
Lakonan semua memang superb, macam real doktor je, yang jadi pesakit, keluarga pesakit, pun mantap lakonannya. Scene bedah-bedah memang awesome. Banyak sungguh scene dalam bilik bedah dalam drama ni.
Katanya akan ada season 2. Tak sabaq ni. Season 1 ni ada 12 episod. Recommended. Menonton di netflix.
Selamat berhujung minggu.








