Saturday 30 May 2020

Medical K-drama : Hospital Playlist

Baru selesai menonton episod akhir drama medical Korea, Hospital Playlist.


Entah kenapa suka sangat medical drama ni. Enjoy it heart and mind. Semuanya baik-baik belaka, takde watak jahat, watak antagonis, takde dengki-dengki, takde tikam belakang, rebut-rebut jawatan. Semuanya tentang kerjaya sebagai doktor, persahabatan, bromance yang awesome, personal life,  hubungan sesama team perubatan, secret admirer sesama doktor-doktor, kerenah pesakit, kerenah keluarga pesakit, slice of life dan dapat ilmu perubatan. Kisah PATI pun ada..haha..really enjoy this drama till the last episod. Secukup rasa - ada serius, ada komedi, ada sedih, ada geram.

Berkisar mengenai kehidupan doktor lima sekawan (4 lelaki, 1 perempuan), yang bersahabat baik sejak zaman belajar di universiti sehingga bekerja di hospital yang sama. Dengan pressure kerja sebagai pakar bedah & professor, mereka tubuh kumpulan muzik sendiri. Ada drummer, pianist, 3 guitarist. Suara pun sedap, lagu mantap. Setiap episod, ada lagu yang depa praktis, yang jadi OST drama ni.

Yang bestnya, dapatlah sikit-sikit ilmu dalam 5 bidang perubatan sebab mereka semua lain-lain department. 

Ik-Joon : hepatology - banyak scene tentang penyakit hati, operation liver transplant
Jung-Won : pedaetric surgery - pembedahan bayi, budak kecik - yang ni lemah tengok
Joon-Wan : cardiothoracic surgery - bedah jantung
Yang Seok : obstetrics and gynaecology - bersalin & sakit puan
Song-hwa : neurosurgery - bedah otak

Lakonan semua memang superb, macam real doktor je, yang jadi pesakit, keluarga pesakit, pun mantap lakonannya. Scene bedah-bedah memang awesome. Banyak sungguh scene dalam bilik bedah dalam drama ni.

Katanya akan ada season 2. Tak sabaq ni. Season 1 ni ada 12 episod. Recommended. Menonton di netflix.

Selamat berhujung minggu.

14 comments:

  1. Saya tengok k-drama lama. Tak tahulah mengapa tak ikuti perkembangan macam orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama lama pun ada tengok jg, sekrg ni lbh suka tengok drama2 medical..hihi..

      Delete
  2. Aktor2nya emang keren, filmnya seperti nyata

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, bener...seperti nyata filmnya..bagus sekali lakonannya..

      Delete
  3. Berarti storynya benar-benar murni persahabatan dan kekompakan kerja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, story mengenai persahabatan & hospital life serta personal life of the 5 main casts..

      Delete
  4. Tak mcm drama doktor melayu..er doc mcmana keadaan ibu/isteri saya sebaik doc keluar dari OT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni, drama melayu takde yg genre medical drama, scene OT cuma scene kecil, bolehlah acceptable lah skrip mcm tu...

      Delete
  5. drama menarik n sarat ilmu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa puas menonton drama yg sarat ilmu dan kisah kehidupan..

      Delete
  6. Byk jugk kdrama berkaitan doktor sy tgok, tapi yg ni belum tgok, boleh masuk wish list

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni yg terbaru, ha'ah..byk medical kdrama, sekrg tengah layan Dr Stranger, kalau boleh nk tengok semua medical kdrama..hehe..

      Delete
  7. drama doktor-doktor ini memang best ditonton..
    Tambah bila lakonan diorang mantap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, suka drama doktor2..esp Kdrama..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!