Tuesday, 18 August 2020
Myriad of Colours
Sunday, 16 August 2020
Warded @ Pusrawi
Salam semua, salam hari minggu..
Masuk hari ni, dah 4 hari berkampung di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak.
Pergi hospital hari Khamis, terus masuk wad, operate pukul 6.00 petang.
Baru hari ni ada mood nak tengok blog...huhu..
flower & fruits basket from company
Makan apa hari ni..
Breakfast..roti wholemeal & butter..yoghurt..
Lunch..spagheti bologne, sup & buah betik..
Sekian saja, doakan saya cepat sembuh ye..
#sangat azab part dressing...
Monday, 10 August 2020
Hari Raya Haji yang tenang
Assalamualaikum...
Hari raya haji sudah seminggu berlalu. Nak abadikan hari raya yang sungguh tenang tahun ni. Kami tidak kemana-mana pada hari raya, aktiviti masak-masak, kemudian makan anak beranak, menantu, cucu. Pada petang Hari Raya, ada satu famili kawan adik yang datang beraya di rumah.

Juadah di hari raya - rendang ayam, agar-agar bandung, lemang, kek butter & kek coklat, lemang je beli, yang lain-lain masak sendiri
masing-masing lepak, layan handphone
Kemudian, adik nak buat sushi, bawa bahan-bahan dari Shah Alam..

sushi in the making

sushi cheese/mayo/crabstick/timun jepun/telur dadar
Sekian saja, cerita hari raya haji tahun ni. Minta maaf, tuan blog tak berapa sihat, mood untuk berblogging dah ke laut selat melaka, Mohon doa semoga saya sembuh sepenuhnya..amiin..