Sunday, 30 August 2020

Who wish me 'Happy Birthday'

Salam semua...happy long weekend, esok cuti lagi..yeayy..

Alhamdulillah, hari ni my birthday...siapa yang pertama wish me 'Happy Birthday'?

LHDN..Lembaga Hasil Dalam Negeri...haha...emel diterima pada pukul 1.04 pagi tadi..


  Sungguh tak sangka agensi kerajaan bagi ucapan Selamat Hari Lahir..terharu rasanya..pertama kali ni..tudia ucap bertambah rezeki supaya dapat menyumbang untuk negara..takpe, demi negara yang tercinta #tiber

Yang kedua, emel daripada MAKNA...Majlis Kanser Nasional..

 

Di hari ulangtahun ni, nak abadikan satu puisi...nice one but not by me..

Cinta & Hati

"Ya Allah..

Ajar hatiku untuk kuat apabila diuji..

Ajar hatiku untuk rendah diri apabila dipuji..

Ajar hatiku untuk istighfar selalu pada-Mu Ya Allah..

Terima kasih ya Allah..

Kerana kasih sayangMu dibalik setiap ujian..

Terima kasih ya Allah..

Untuk teguranMu dibalik setiap permasalahan

Terima kasih ya Allah..

Kerana mengingatkan diriku bila aku lalai dari tujuan

Terima kasih ya Allah

Kerana banyak mengajar diriku erti bersabar dalam diam.. 

 

Terima kasih kepada pencipta puisi CINTA & HATI ni, tak tahu siapa, baru perasan ada dalam memo hp..

 Till then, selamat bercuti..

Friday, 28 August 2020

Aset umat Islam WP tersergam indah

Assalamualaikum..

Tiap-tiap hari datang sini untuk dressing luka operation. Alhamduillah, without fail, dah masuk hari ke-7 selepas discharge. Hari ni ada appointment dengan doktor pakar.


Pembangunan komersil bersepadu - hotel and hospital, milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Berhadapan dengan Institut Jantung Negara (IJN).

Hotel Putra dan Hospital Pusrawi - aset komersil patuh syariah, mampu bersaing dengan nama-nama besar dalam bidang perubatan dan perhotelan.

 Hotel Putra (kiri) dan Hospital Pusrawi (kanan)

Hotel Putra (sumber: MAIWP)

Alhamdulillah, menawarkan pilihan kepada umat Islam.

Tuesday, 25 August 2020

Sesekali teringin - Jjajangmyeon & Ramen

 Korean food - jjajangmyeon

kureng sikit sebab banyak kuah, dah macam mi hailam, sepatutnya likat je

foodpanda hantar ke pejabat, naik basikal

Di rumah pula, ramen dan kimchi, sedap rupanya gabungan dua makanan ni

 mamee perisa tomyam

Alhamdulillah, Alhamdulillah