Wednesday, 16 September 2020

Jempol lagi

Kali ni Jempol Bakery...pertama kali jumpa produk daripada bakeri ni.

Roti kaya ni dijual di stesen Petronas Jalan Tun Razak, sebelah Hotel Putra.

harga RM4.50 - ada lima ketul

Lama betul bakerinya, dah berusia 55 tahun. Alhamdulillah, masih bertahan di pasaran. HQ di Kedai Roti Haji Nasir di Bahau, Negeri Sembilan. Semoga terus maju, menyumbang produk buatan Muslim.
 
Sedap roti kaya nya, roti yg lembut, kaya pun banyak

Jom sokong BMF. Selamat Hari Malaysia...selamat bercuti..

Monday, 14 September 2020

Ayam Ketuk 3 Jempol

Dengar nama je dah curious...haha..Jempol ialah satu daerah di Negeri Sembilan.

Terjumpa kedai makan ni masa cari lunch di Jalan Pahang Barat. Ada kerja di sini, ni kisah sebelum masuk hospital.

Banyak pilihan sebenarnya, ada Restoran Haslam, Mee Bandung Muar, Secret Recipe, restoran mamak, Dapur Sarawak, kedai Ayamas dalam Hospital KPJ..tapi tertarik nak singgah sini sebab namanya yang unik.

Lokasinya di Jalan Sarikei, di sebelah restoran Dapur Sarawak, sebelah timur Hospital Tawakkal KPJ..

Jom tengok apa yang best..
 
Menu baru - ada ayam, ada baby sayang keli
 
Amaran pedas!! Hanya untuk yang berani sahaja
ada tiga jenis sambal

tiga jenis sambal - sambal ulek, sambal kacang & sambal ijo


Order set B - Ayam Jempol Original, kurang pedas

ada dua sambal - sambal kacang dan sambal ijo
ayamnya dibawah sambal-sambal tu
yang gelap tu ialah kobis goreng kicap

The verdict: Entahlah, tak berapa nak kena dengan tekak. Mungkin masa tu saya tengah sakit. Pertama kali makan sambal kacang, pelik sikit rasanya, takde cili langsung. Ada kacang yang dikisar kasar. Kobis goreng kicap tu pun pelik gak rasa dan rupa parasnya. 
 
Yang habis dimakan disini ialah keropok dan sup, yang lain bungkus, bawa balik. Mungkin lain rasanya kalau makan time badan sihat, will repeat one fine day.

Jika sampai area Hospital Tawakkal KPJ, bolehlah try this out.

Thursday, 10 September 2020

Dressing D-I-Y

Assalamualaikum semua...

Masih lagi cuti sakit, recuperating di rumah. Tahun ni nampaknya banyak sungguh rehat, cuti PKP sebulan lebih. tambah dengan cuti sakit, sebulan lebih juga. Alhamdulillah, perancangan Allah swt..

Masa mula-mula keluar hospital, setiap hari ulang-alik hospital untuk cuci luka (dressing). Doktor cakap boleh buat sendiri di rumah, barang-barang untuk dressing dah dibekalkan bawa balik. Sebelum discharge tu, nurse ada tunjuk ajar macamana nak buat dressing sendiri, step by step. 

Barang-barang untuk 'dressing'

cecair pencuci, Bactigras (kain net), ubat gel, syringe (picagari), pelekat 
 
Disposable dressing set, sterilised gauze dan pelekat

Tapi teman penakut, nak tengok tempat luka tu pun seriau. Selama 9 hari sanggup ambik grab ulang-alik ke hospital untuk dressing. Memang tak berani nak buat sendiri.
 
Tapi pada hari Isnin 31 Ogos haritu, dengan semangat waja, beranikan diri untuk buat dressing sendiri. Sebab tengok nurse di hospital tu macam senang je dia buat, tak berapa complicated sangat.
 
 persiapan untuk buat dressing di rumah
 
Sebab luka pun dah semakin ok, tak perlu nak flush guna picagari. Doktor cakap cuma ambik gauze dan tempek sikit-sikit atas luka, bubuh gel, bubuh bactigras dan tutup dengan gauze and seal. OK done. Alhamdulillah, mula-mula tu gabra juga, terkial-kial nak seal, terherot sana-sini pelekatnya, hentam sajalah, asalkan tak terburai gauze nya. Hari Jumaat ni, ada appointment, semoga semuanya baik-baik belaka..amiin..menunggu tisu baru tumbuh naik semula..
 
pokok sudah tumbuh..Alhamduiillah..