Monday, 14 September 2020

Ayam Ketuk 3 Jempol

Dengar nama je dah curious...haha..Jempol ialah satu daerah di Negeri Sembilan.

Terjumpa kedai makan ni masa cari lunch di Jalan Pahang Barat. Ada kerja di sini, ni kisah sebelum masuk hospital.

Banyak pilihan sebenarnya, ada Restoran Haslam, Mee Bandung Muar, Secret Recipe, restoran mamak, Dapur Sarawak, kedai Ayamas dalam Hospital KPJ..tapi tertarik nak singgah sini sebab namanya yang unik.

Lokasinya di Jalan Sarikei, di sebelah restoran Dapur Sarawak, sebelah timur Hospital Tawakkal KPJ..

Jom tengok apa yang best..
 
Menu baru - ada ayam, ada baby sayang keli
 
Amaran pedas!! Hanya untuk yang berani sahaja
ada tiga jenis sambal

tiga jenis sambal - sambal ulek, sambal kacang & sambal ijo


Order set B - Ayam Jempol Original, kurang pedas

ada dua sambal - sambal kacang dan sambal ijo
ayamnya dibawah sambal-sambal tu
yang gelap tu ialah kobis goreng kicap

The verdict: Entahlah, tak berapa nak kena dengan tekak. Mungkin masa tu saya tengah sakit. Pertama kali makan sambal kacang, pelik sikit rasanya, takde cili langsung. Ada kacang yang dikisar kasar. Kobis goreng kicap tu pun pelik gak rasa dan rupa parasnya. 
 
Yang habis dimakan disini ialah keropok dan sup, yang lain bungkus, bawa balik. Mungkin lain rasanya kalau makan time badan sihat, will repeat one fine day.

Jika sampai area Hospital Tawakkal KPJ, bolehlah try this out.

36 comments:

  1. Macam pelik hidangan tengok kobis goreng macam hangus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kobis goreng kicap...kobis dia lembut, tak crunchy..

      Delete
  2. oh ni area pej menantu kak firma arkitek...pernah lalu2 sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..ada pejabat arkitek kt area ni..bolehlah kak, singgah sini..

      Delete
  3. Berapa kali saya kena ulang tengok mana satu kubis goreng hehehe... Ingatkan tu ayamnya, nak kena check mata ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayamnya terselindung di bwh sambal2..hehe..kobis goreng kicap..

      Delete
  4. walaupun ammi org N9..tapi ammi tak pernah pun makan. Ammi tak duduk Jempol mungkin hahaha

    ReplyDelete
  5. dengar nama mengancam..ramai gak cakap kuah akcang sedap sebenarnya..tapi tu la tgk tekak juga..saya suka pedas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah kacang mcm kuah sate tu..sedap, saya suka..yg ni sambal kacang kaler kuning..tak pedas..huhu..

      Delete
  6. Kobis goreng kicap.. Pergh!! Lain dari yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, lain dari yg lain, kobis tu lembik je, tak crunchy..

      Delete
    2. dimasak lama agaknya, tu yang jadi lembik.. Kalau crunchy mesti best..

      Delete
  7. bila kita sakit,makan apa pun terasa tawar..takda rasa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..itulah kena gi lagi kedai ni..hehe..

      Delete
  8. oh mcm tu kot style masak restoran tu..mgkin tu yg unik rasanye ^_^
    nohas nnt email shida details ya..utk top komen bulanan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..cara masakan mcm tu..

      oo..ok..inshaaAllah..tq.

      Delete
  9. Replies
    1. Itulah..tertarik nk try sbb nama yg pelik..hehe..

      Delete
  10. Ayam kicap ketagih tuu....tak berani makan takut satgi jadi ketagih 😂

    ReplyDelete
  11. sekarang ni banyak betul kedai makan yg jual makanan pedas ye...kalau masa dulu2 mungkin berani tapi sekarang amik yg xberapa pedas je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni style kedai makan dari seberang..ayam penyet, geprek, gepuk..langsung jd ketuk..hehe..pilihan sambal yg pedas..

      Delete
  12. Acaner ni Mrs. A yang duduk Negeri 9 pun tak tahu ada masakkan orang Jempol cenggini hahahaa...
    Kat area office Mrs. A ni ada restoren Ayam Gepuk Pak Gembus memang dia bagi amaran kepedasan nak yang tahap mana 1 2 ke 3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..mungkin ada kt daerah Jempol..ayam gepuk tu sambal dia walaupun pedas tapi sedap..sambal bawang..

      Delete
  13. Ingatkan ayam tu di ketuk-ketuk macam ayam penyet tu....di penyet-penyet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mngkin ketuk2 manja je kot..tgk rupa paras mcm biasa je..

      Delete
  14. Mulanya nampak macam sedap je tengok menu tu. Tapi sambal kacang macam tak sesuai pulak disitu. Tak pernah pulak tengok menu orang nismilan makan dengan sambal kacang. Mungkin lain sikit style jempol kot. Kalau Fiza mungkin nak cuba yang amaran pedas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal kacang tu rasa tawar je..kalau bubuh cili mungkin sedap kot..sambal ulek tu yg pedas sekali..

      Delete
    2. Rasa tawar tu yang tak best tu. Ada rasa pedas sikit pasti boleh upgrade sikit rasa tu kan.

      Delete
    3. betul..kalau ada rasa pedas2 sikit baru best nak makan dgn ayam..

      Delete
  15. Bagusnya! Penyediaan sambal pelbagai, dari yang pedas hingga yang kurang pedas, Pelanggan pun senang nak pilih ikut kegemaran masing-masing.

    ReplyDelete
  16. 3 jempol tu maksudnya 👍👍👍
    Bukan nama tempat di neg 9 tu..tau
    Dulu sata pun x tau.tp member tu org johor, org jawa dia kata jempol tu maksudnya 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ya ke..hehe..maksudnya..bagus/terbaik..dlm bahasa jawa rupanya..
      tq for the information..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!