Tuesday, 22 September 2020

Sedapnya! Kari Laksa Ayamas

Assalamualaikum semua..

Hari Sabtu dua minggu yang lepas, buat 'hospital hopping' dari Hospital Pusrawi ke Hospital KPJ Tawakkal. Sebabnya teringin nak makan ayam percik Ayamas. Ada kedai Ayamas dalam Hospital KPJ Tawakkal, outlet yang terdekat dengan rumah.

Dah order ayam percik, tapau bawa balik, ternampak pulak kari laksa, Nampak macam sedap, order kari laksa, tak sabau, makan di sini...hehe..

a bowl of happines
cuma harga tak berapa nak happy - RM9.90 utk ala-carte
RM10.90 set sekali dgn minuman
 
Tapi oklah, memang sedap. Kuah karinya menepati citarasa, kuah yang tak berapa pekat, bebola ayam yang banyak, ditambah cebisan ayam Signature Roaster. Guna spagetti. Cuma sayurnya kurang, ada beberapa hirisan lobak merah..

laksa kari Ayamas

Mungkin ada mee kari yang sedap dan yang lebih murah harganya. Tapi bolehlah cuba kari laksa Ayamas ni. Bagi saya memang sedap. Recommended!

Friday, 18 September 2020

Kuala Kangsar : Resort di tepi sungai

Salam Jumaat.

Moh jalan-jalan ke Kuala Kangsar, bandar diraja negeri Perak.

Salah satu aktiviti popular di sini ialah berjalan-jalan, ambil angin, makan-makan di tepi Sungai Perak. Ada bot tambang, untuk ke seberang sana, ke Sayong.

 Sungai Perak. Jambatan Sultan Abdul Jalil di kejauhan


Persisiran Sayong Kuala Kangsar di seberang sungai

Sayong Resort ditepi sungai. Rumah Rehat KK diatas bukit, disebelah kanan

Sayong Resort nampak best, pemandangan Sungai Perak. Bilik penginapan pun nampak selesa, ada pilihan chalet, superior room dan deluxe room.

Gambar-gambar daripada booking.com


Bilik penginapan di Sayong Resort

Bila ada di Kuala Kangsar, jangan lupa mencuba kuih-muih tempatan seperti kuih dangai, putu perak dan apam daun pisang. Kuih-muih ni boleh dibeli di gerai-gerai yang ada di tepi sungai, orang kuale panggil 'lembah' dan di pasar minggu setiap pagi Ahad.

Kuih-muih tradisional Perak ni boleh juga didapati di D'Cafe, Sayong Resort.

 kuih dangai

 kuih putu perak

apam daun pisang
 
Teman pun tak pernah sampai di Sayong Resort ni. Penginapan menarik untuk mereka yang nak travel di Kuala Kangsar. Check it out.

Wednesday, 16 September 2020

Jempol lagi

Kali ni Jempol Bakery...pertama kali jumpa produk daripada bakeri ni.

Roti kaya ni dijual di stesen Petronas Jalan Tun Razak, sebelah Hotel Putra.

harga RM4.50 - ada lima ketul

Lama betul bakerinya, dah berusia 55 tahun. Alhamdulillah, masih bertahan di pasaran. HQ di Kedai Roti Haji Nasir di Bahau, Negeri Sembilan. Semoga terus maju, menyumbang produk buatan Muslim.
 
Sedap roti kaya nya, roti yg lembut, kaya pun banyak

Jom sokong BMF. Selamat Hari Malaysia...selamat bercuti..