Salam Jumaat.
Moh jalan-jalan ke Kuala Kangsar, bandar diraja negeri Perak.
Salah satu aktiviti popular di sini ialah berjalan-jalan, ambil angin, makan-makan di tepi Sungai Perak. Ada bot tambang, untuk ke seberang sana, ke Sayong.
Sungai Perak. Jambatan Sultan Abdul Jalil di kejauhan
Persisiran Sayong Kuala Kangsar di seberang sungai
Sayong Resort ditepi sungai. Rumah Rehat KK diatas bukit, disebelah kanan
Sayong Resort nampak best, pemandangan Sungai Perak. Bilik penginapan pun nampak selesa, ada pilihan chalet, superior room dan deluxe room.
Gambar-gambar daripada booking.com
Bilik penginapan di Sayong Resort
Bila ada di Kuala Kangsar, jangan lupa mencuba kuih-muih tempatan seperti kuih dangai, putu perak dan apam daun pisang. Kuih-muih ni boleh dibeli di gerai-gerai yang ada di tepi sungai, orang kuale panggil 'lembah' dan di pasar minggu setiap pagi Ahad.
Kuih-muih tradisional Perak ni boleh juga didapati di D'Cafe, Sayong Resort.
Pemandangan yg menenangkan
ReplyDeleteTenang tengok air sungai yg mengalir..
DeleteTidak tahu bila hendak pergi.
ReplyDeleteDahulu teringin hendak labu sayung.
Laa yeke na.. ummi org sne.. klu blik kg nt ummmi bli hantar kt na.. tp tula takot labuny susah nk pos..takot pecH.. tp boleb cube..heheh
DeleteLabu sayong cantik buat perhiasan dan jg utk diisi air..
DeleteNur Asyiqin dah offer nk belikan & pos..akk dah jarang balik kpg..
Terharu pula Ummi hendak poskan pada saya tapi menyusahkan Ummi pula. Terima kasih. Doakan saya berpeluang ke sana jadi dapatlah beli dan cuba segala makanan traditional di sana.
Deletesaya doakan moga NA dapat jalan2 di kuala kangsar, InshaaAllah..
DeleteLama tak balik kuale..
ReplyDeletesini ada jual putu perak juga..tapi macam tak sama yg kat kuale...
Oh...baru tau ada suami retis famous yg kahwin baru2 ni...orang kuale juga yer....hehehehehe..
kat KL ni tak jumpa putu perak mcm kat kuale..hehe..
Deletea'ah..anak YB Parlimen Kuale..
Kuih dangai asalnya
ReplyDeletedari perak ya
suka sgt kuih ni,
sedap
asal dari belah2 utara..Kedah rasanya...dari masa sekolah dulu, dah ada dijual kuih dangai ni di pekan kuale..
Deletethn lps on the way to Penang x singgah di KK. Nampaknya lain kali kena melawat tempat2 menarik di sana la..
ReplyDeletewelcome2..
DeleteINSYAA ALLAH TERINGIN NK KE SINI
ReplyDeletesila2..
Deletecantiknya kawasan, bilik pun besar, best ni!
ReplyDeletenampak best resort ni, lokasi pun best, river view..
DeleteWaa kaampung teman.. teman org perak.. jgn lupe laksa sarang .. klu sempat singgah kedai pelakon reza hasbi namany lepak kampung..hehe
ReplyDeletesatu kpg kita ye...inshaaAllah, boleh singgah kalau balik kuale..
DeleteIndah view alam dari lokasi Sayong resort. Interior kamarnya juga bagus dan tampak nyaman.
ReplyDeleteresort ditepi sungai, view yg cantik..kamarnya juga menarik..
DeleteCantiknya bilik di Sayong Resort tu. Moga dapat sampai ke sini. In shaa Allah nak singgah juga kalau jadi trip ke Perak Disember nanti.
ReplyDeleteMoga dapat jejak kaki di kuale..
DeleteKali pertama saya dengar ada bot tambang di Kuala Kangsar menarik. Saya pernah naik yang di Kuala Terengganu. Kuih muih tradisional tu teringin benor nak rasa.
ReplyDeletelejen ni bot tambang kuale...walaupun jambatan dah ada, bot tambang masih lg beroperasi...mai datang sini, jalan2, makan2..
DeleteLama tak Jalan-jalan Perak, dulu form 4 setahun sekolah SBP SERATAS di depan Lake Garden Taiping tu, ada kawan dari Kuala Kangsar bawa balik cuti rumah dia. Itu la kali terakhir ke Kuala Kangsar.
DeleteBot tambang..menarik jugak utk dicuba. Ambil pengalaman.
ReplyDeleteKuih putu perak & apam daun pisang..teringin jugak nak cuba.
kalau driving di PLUS highway, lencong ke tol kuala kangsar..weekend gateway..
Deletesaya duk taiping pn lama dah xpergi kuala kgsar..
ReplyDeleterasanya last pergi tahun lepas bulan 3 kot..
tu pn sebab anta adik ipar naik ktm dr sana..
terus singgah masjid cantik tu..utk solat :)
oo..Masjid Ubudiah...tempat2 menarik di kuale boleh cover dlm satu hari..
Deletedh lama x singgah kuala kangsar nih., ;p
ReplyDeletetak byk berubah..tapi oklah, utk jalan2, makan2..
DeletePernah sampai sekali kat kuala kangsar. Itupun singgah rumah kawan MIL. Tak sempat nak singgah merata KK. First time tengok dan tahu kuih putu perak tu.
ReplyDeleteputu perak ni ada inti kelapa putih dalamnya..memang sedap..lain dari putu yg inti gula merah..
Deleteitulah tak pernah jumpa. Mungkin banyak dijual di KK je atau perak.
DeleteSaya pun tak pernah jumpa org jual putu perak kt tempat lain..a'ah..mungkin kt KK je ada..
Deleteakak baru 2 kali sampai kat kuala kangsar
ReplyDeletepernah pergi tak kat tasik Raban
tak pernah gi tasik Raban..huhu..
Delete