Friday, 2 October 2020

Mengenalimu Ya Rasulullah

Assalamualaikum, salam Jumaat, Sayyidul Ayyam..
 
Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad, wa'ala ali Sayyidina Muhammad..
 
Di hari mulia, penghulu segala hari, ulangkaji mengenali penghulu kita, Nabi Muhammad saw, uswatun hasanah (أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ) - contoh teladan yang baik.
 
Perkongsian daripada whatsapp group, semoga Allah swt memberi balasan yang baik kepada usaha hamba Allah ini.

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

 
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). 
 
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. 
 
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. 
 
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. 
 
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). 
 
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). 
 
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
 

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

 

USIA 6 TAHUN

  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
  
USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, Abdul Muttalib meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. 
  
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
 
 
USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

 

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

 

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

 

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

 

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

 

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi. Makam Rasulullah SAW di Masjid An-Nabawi, Madinah.

 

Masjid An-Nabawi

 

sumber: whatsapp

Monday, 28 September 2020

Makan Tengahari di Restoran De.Wan 1958

Minggu lepas, bos belanja makan tengahari di Restoran De.Wan 1958 by Chef Wan. Dah lama tak keluar makan2 department. Last bos belanja ialah tahun lepas di Rebung.

Restoran De.Wan di the Linc, Jalan Tun Razak
 
hiasan entrance - ada burung merak
 
kuih bulan
 
Chef Wan with the signature smile. Burung merak lagi
meja sebelah tu ada celebriti tengah makan dgn kawan2 dia
 
 
Untuk lunch kali ni, ambik family set untuk 4 - 5 pax (dine-in) tapi yang datang makan 8 orang. Memang cukup, malah berlebih sebab ada yang tak makan seafood tapi makan ikan je. So, jom tengok apa menu yang best..
 
dua jenis air - air bandung & laici soda
 
starter - sup ekor & mantou (pau manis)
 
starter juga - kerabu pucuk paku dgn kerang dan sate ayam/daging
 
sambal bendi rebus dan ayam si hitam manis

ketam kam heong

Menu lain - udang harimau gulai lemak nenas, sayur campur, ekor bakar percik with sambal kerisik, ikan jenahak bakar. Dua nasi yang special - nasi telur Terengganu dan nasi minyak bunga telang.
 
pencuci mulut - keliat labu
 

 Overall, memang sedap masakannya..secukup rasa. Harga untuk family set ni ialah RM578++, tak termasuk 2 menu tambahan iaitu ayam si hitam manis dan sayur campur. 

Alhamdulillah, thank you boss..

Thursday, 24 September 2020

Kudap-kudapan II

Hola..snack time!

Baru cuba roti Korea yang viral tu - Korean Cream Cheese Garlic Bread. Beli di bakeri di kawasan rumah, harga RM3.00 untuk saiz kecik. Kalau yang besar, harga RM5.00.

Entahlah, muak pulak rasanya, too cheesy. Banyak inti cream cheese nya. Banyak salah, sikit salah..haha..yang betulnya, kurang minat...hehe..
 
Yang ni pula kudapan krup krap, sedap dikunyah sambil layan movies
 
keropok udang perisa cili thai
 
Pertama kali jumpa jenama ni dan pertama kali rasanya jumpa keropok/makanan ringan dibuat di Malaysia timur, di negeri Sabah yang tengah 'hot' tu
 
dari Kota Kinabalu, Sabah

 Beli di stesen Petronas Jalan Tun Razak, sedap juga rasanya. Not so hot.

Sekian, jumpa lagi di lain entry, InshaaAllah.