Friday, 2 October 2020

Mengenalimu Ya Rasulullah

Assalamualaikum, salam Jumaat, Sayyidul Ayyam..
 
Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad, wa'ala ali Sayyidina Muhammad..
 
Di hari mulia, penghulu segala hari, ulangkaji mengenali penghulu kita, Nabi Muhammad saw, uswatun hasanah (أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ) - contoh teladan yang baik.
 
Perkongsian daripada whatsapp group, semoga Allah swt memberi balasan yang baik kepada usaha hamba Allah ini.

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

 
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). 
 
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. 
 
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. 
 
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. 
 
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). 
 
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). 
 
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
 

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

 

USIA 6 TAHUN

  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
  
USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, Abdul Muttalib meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. 
  
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
 
 
USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

 

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

 

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

 

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

 

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

 

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi. Makam Rasulullah SAW di Masjid An-Nabawi, Madinah.

 

Masjid An-Nabawi

 

sumber: whatsapp

30 comments:

  1. terima kasih diatas perkongsian sirah Rasulullah ini.

    ReplyDelete
  2. banyak pahala kongsi tentang ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah, menyambung usaha hambaAllah yg compile biodata ini..

      Delete
  3. Terkenang sewaktu sekolah rendah, Ustaz bercerita tentang kehidupan Rasulullah. Khusyuk mendengar ketika itu, sampai sekarang masih teringat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kisah hidup Rasulullah saw, tak jemu kita mendengarnya..

      Delete
  4. Ingatkan balik sirah Nabi Muhammad S.A.W.

    ReplyDelete
  5. refresh ingatan.. terima kasih

    ReplyDelete
  6. Terimakasih atas artikelnya
    Saya jadi ingat sejarah nabi SAW

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..moga kita sentiasa ingat kisah hidup Rasulullah..

      Delete
  7. Ringkasan mudah nak refresh sejarah kehidupan awal Rasulullah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada usaha memudahkan ulangkaji biodata Rasulullah..

      Delete
  8. Mudah2an kita adalah antara org yg mencintai Rasulullah saw.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih berkongsi sirah Rasulullah S.A.W.

    ReplyDelete
  10. Timakasih bantu cheq ulangkaji sirah Rasulullah S.A.W. 🧕🏻👍🏻

    ReplyDelete
  11. Done tulis nota dalam buku. Semoga beroleh balasan pahala setimpalnya kerana berkongsi ilmu. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..sama2..semoga sama2 kita beroleh kebaikan..

      Delete
  12. Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad
    wa'ala ali Sayyidina Muhammad

    sama samalah kita sentiasa berselawat ke atas nabi.
    Terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..semoga kita sentiasa mengingati Baginda..

      Delete
  13. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan..nohas
    cerita paling mengagumkan bg umat islam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..semoga lebih rasa cinta kita kpd Rasulullah saw..

      Delete
  14. wahhh bagus perkongsian ni nohas. Teringat belajar sirah masa sekolah dulu, jadi ingat balik

    ReplyDelete
  15. Ulangkaji balik sejarah Rasulullah SAW. Mekasih share, nohas.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!