Friday, 16 October 2020

What to eat in Istanbul?

Recommendation from Chef Baek Jong-won, a South Korean celebrity chef.

Hajat tak kesampaian nak jejak kaki di negara Turki, disebabkan Covid-19. Redho dengan perancangan Allah swt yang ternyata lebih baik dari perancangan hambaNya. InshaaAllah, semoga ada rezeki ke sana. Amiin...

Tak dapat pergi secara hakiki, jom kita jalan-jalan secara maya. Ikut Chef Baek jalan-jalan cari makan di Istanbul dalam program Street Food Fighter, season 2, episod 1.

 
Suka tengok food travelogue by Chef Baek ni sebab penerangan dia tentang makanan tu agak detail dan the producer take extra effort tunjuk cara makanan dimasak.

Apa yang Chef Baek makan di Istanbul? Jom kita tengok.

1. Doner kebab 
 
Makanan ikonik negara Turki. Selalunya dijual diluar kedai, di kaki lima, di tepi jalan.

doner kebab Turki

proses menghasilkan daging kebab yg gemok gedempol tu

 2. Iskender kebab

Kebab yang berasal dari Bursa, dicipta oleh seorang chef bernama Iskender.

mengekalkan tradisi lama - butter cair dituang akhir sekali di ruang makan

Iskender Kebab

Pernah makan iskender kebab ni di restoran Turki di Taman Tun, dalam entry Turki dan Naelofar. Kurang gemar, sebab rotinya lenjun dengan kuah. Rupanya tersilap cara makan, tengok cara Chef Baek ni makan, nampak sedap le pulak. 


3. Tavuk Roo (Nasi ayam Hainan) 

Bila tengok Tavuk Roo ni teringat nasi ayam hainan, lebih kurang sama tapi tavuk roo ada kacang kuda. Tavuk ialah ayam, roo pula 'diatas'.

  set nasi tavuk roo dengan minuman ayran

Chef Baek makan nasi dengan cili jeruk

 4. Freshly baked Simit 

Simit ialah Turkish national snack. Sejenis streetfood. Chef Baek pergi ke tradisional bakeri, tengok cara simit dibuat.

  tradisional bakeri

 simit

5. Kaymak

Kaymak dihasilkan dengan memisahkan lemak daripada susu. Chef Baek describe rasa kaymak ni 'out of the world', double, triple, lagi sedap daripada butter.

kaymak dimakan dengan roti

Kaymak yang Chef Baek makan ni dibuat daripada susu kerbau (water buffalo). Lagi sedap katanya, daripada susu lembu.

6. Menemen

Menemen macam scrambled egg - telur dengan tomato. Dimasak terus dalam periuk kecik dan dihidang dalam periuk yang sama.

periuk khas untuk masak menemen

7. Mildye Dolma 

 Nasi dalam kepah. Chef Baek makan tepi jalan je, dekat Grand Bazaar.

 Macam tak boleh berhenti..sedap, addictive katanya..

8. Dondurma Kadayif

Dondurma ialah aiskrim turki yang liat. Kadayif pula sejenis pencuci mulut yang manis, ada pistachio dan air gula.


 9. Kofte & Piyaz

Kofte ialah bebola daging. Piyaz ialah salad kacang kuda.

10. Cig kofte

Gig kofte yang sebenarnya diperbuat daripada daging lembu mentah. Tapi sekarang diperbuat daripada sayuran and is totally vegan.

11. Tantuni

Tantuni macam doner kebab tapi dagingnya digoreng.


12. Iskembe Corbasi

Corbasi ialah bubur dalam bahasa Turki. Iskembe corbasi ialah sup keting, organ dalaman lembu.

Itulah 12 jenis makanan yang Chef Baek makan di Istanbul dalam program ni. Semestinya ada banyak lagi makanan yang menarik di Istanbul. Best rancangan ni, highly recommended untuk ditonton! Tengok semua episod, season 1 & 2. 

Untuk Season 2 ni, Chef Baek ada pergi Penang juga. Makan nasi kandar di Line Clear, gi pasar malam cari durian..haha..makan cendol. Ada penerangan tentang cendol, siap pergi kebun pokok pandan. Ada juga penerangan tentang kuih pulut tai-tai. Produksi Korea ni betul-betul buat research. Puas hatilah tengok program ni.

Till then, semoga ada rezeki ke Turki..amiin..güle güle..

Wednesday, 14 October 2020

Warkah dari negeriku

Malam semalam, masa kemas-kemas meja, tengok ada sampul surat putih terselit dicelah-celah kotak. I've got a mail. Tengok cop..dari Ipoh, Perak..wahh..dari negeriku...siapakah gerangan yang sudi mengutus surat kepada ku?

surat misteri
 
Memang tak dapat nak agak siapakah pengirimnya. Jeng je jeng..rupanya kiriman dari blogger Shida Radzuan, tuan punya blog Dunia sebenar Shida...untuk Geng Kuat Komen..


Alhamdulillah dapat pelitup muka (mask) dan mask extender kait (crochet) warna kuning diraja..sweet je..
 
Thank you Shida, jazakillahu khairan khatira..akan guna hadiah ini sebaiknya....

Monday, 12 October 2020

Berniaga di KL

Salam hari Isnin..

Bila kawasan Klang kena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari Jumaat lepas, semua kena kuarantin. Sekolah ditutup. 

Kakak saya yang incharge kedai koperasi sekolah, kenalah menghabiskan kerepek yang dah dibeli secara pukal. Walaupun barang kering, boleh tahan dua minggu hingga PKPB habis, tapi kakak riki-riki kat whatapp group keluarga, kot-kot ada yang berminat nak beli kerepek. sambutan hangat..tiga jenis kerepek - kerepek kacang dal, kerepek bawang dan ubi pedas.

So, semalam kakak datang dari Shah Alam, open table di Kuala Lumpur.

kerepek kacang dal
 

aktiviti bungkus-membungkus

 

kerepek bawang

Alhamdulillah, ada jajan untuk dikrup-krap sambil layan movies.