Monday, 12 October 2020

Berniaga di KL

Salam hari Isnin..

Bila kawasan Klang kena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari Jumaat lepas, semua kena kuarantin. Sekolah ditutup. 

Kakak saya yang incharge kedai koperasi sekolah, kenalah menghabiskan kerepek yang dah dibeli secara pukal. Walaupun barang kering, boleh tahan dua minggu hingga PKPB habis, tapi kakak riki-riki kat whatapp group keluarga, kot-kot ada yang berminat nak beli kerepek. sambutan hangat..tiga jenis kerepek - kerepek kacang dal, kerepek bawang dan ubi pedas.

So, semalam kakak datang dari Shah Alam, open table di Kuala Lumpur.

kerepek kacang dal
 

aktiviti bungkus-membungkus

 

kerepek bawang

Alhamdulillah, ada jajan untuk dikrup-krap sambil layan movies.

38 comments:

  1. En. Suami paling suka makan kerepek bawang, kalau balik pahang mesti angkut bawa balik pj.

    ReplyDelete
  2. Rasa macam lama gila tak makan kerepek bawang sebab biasa jumpa masa raya je. Tahun ni tak raya dan tak berjalan, tak jumpalah dia. Alhamdulillah sanak saudara membantu habiskan jualan. banyak sekolah dah tutup sekarang ni. Untuk peniaga kecil memang kena ada plan lain untuk melariskan jualan. Semoga yang terkesan semua tabah dan sabar. Semoga rezeki berpanjangan. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..betul, keadaan memaksa, kena ada plan B, C..kakak mmg almost setiap minggu, re-stock kerepek, budak sekolah suka beli..

      Delete
    2. tanpa kita sangka dan tanpa kita inginkan semua ni jadi. Apapun kena usaha dengan plan yang ada. kudapan yang sedap ramai orang suka. okay juga tu restock untuk jualan online sebab musim PKPB ni lebih ramai prefer beli online je :)

      Delete
    3. betul, kena jlnkan plan emergency..kakak repacking utk jualan di kedai koperasi sekolah..kerepek2 ni mmg sedap buat kudapan..hehe..

      Delete
  3. Tiga2 tu sedap! Tapi paling suka...kerepek kacang dal. Biasanya tiap tahun membeli di Azhar Food, Rengit.

    Insya Allah kalau kerepek gini sambutan sangat baik, ramai peminat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerepek2 ni yg laris di kedai koperasi sekolah my sis...suka kerepek ubi pedas..

      Delete
  4. wah ketiga-tiga best tu. Tapi saya suka kerepek ubi pedas. sekarang orang meniaga kerepek tak payah tunggu raya pun kalau di war-warkan laku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerepek mmg all time favourite & sentiasa ada dijual di pasaran...saya pun suka kerepek ubi pedas..

      Delete
  5. Harap terjual habis.
    Saya tidak kuat makan kerepek sangat.

    ReplyDelete
  6. Kerepek memang sedap buat kudap-kudapan. Kalau jenis kerepek kacang dhal dan kerepek bawang tu ramai peminatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg layan makan kerepek, especially masa tengok movies..hehe..dua2 kerepek tu sedap..

      Delete
  7. Ranggup nampak kerepek Bawang tu, kegemaran adik lelaki saya.

    ReplyDelete
  8. kerepek ni kalau kena gayanya, tak boleh berhenti makan :D ehe

    ReplyDelete
  9. sedap2 semua kerepek2 ni..
    last shida mkn time raya puasa dulu..
    sekali hadap je nih..sedap nohas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan masa layan movies, tak sedar tinggal separuh balang..hehe..
      a'ah..semua sedap..

      Delete
  10. Kakak beli pukal kat mana nohas kalau boleh taulah, teringin nak berbisnes juga ni.
    Kerepek ni mmg lejenkan, kalau masa raya org kuih raya dgn kerepek, kerepek lebih jadi pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak beli di Pasar Jawa Klang..rasanya kat Banting pun banyak jg yg jual kerepek secara borong..betul, masa raya, kerepek yg cepat habis..hehe..

      Delete
  11. sedap makan depan tv ...layaannnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betullll..tak sedar tiba2 habis sebalang..hehe..

      Delete
  12. Semoga kakanya dimurahkan rezeki even lepas pkp dah habis nanti ^^

    ReplyDelete
  13. PKPB pun SA tetap kena kerja..surat kebenaran pun dah keluar..bila la dapat berehat agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, surat pun dah dapat...dah terlebih rehat kot time PKP dulu..hehe..

      Delete
  14. saya suka kerepek bawang,Tapi kat sini susah nak jumpa orang jual. Nak buat sendiri leceh pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerepek bwg leceh gak nak buat, kena lapis, gulung & hiris nipis2..masa kecik2 dulu mak ada buat..ramai berjualan kerepek time raya..huhu..

      Delete
  15. alhamdulillah, masih ada rezeki..

    ReplyDelete
  16. Cheq pun suka kerepek bawang, membawang ja cheq tak suka 😂

    ReplyDelete
  17. kerepek2 ni syok juga makan sambil tengok drama ni. hehe moga kakaknya dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin..mmg layan mkn kerepek sambil tgk movies..tak sedar dh habis..hehe..

      Delete
  18. Saya suka kerepek bawang. :D

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!