Friday, 16 October 2020

What to eat in Istanbul?

Recommendation from Chef Baek Jong-won, a South Korean celebrity chef.

Hajat tak kesampaian nak jejak kaki di negara Turki, disebabkan Covid-19. Redho dengan perancangan Allah swt yang ternyata lebih baik dari perancangan hambaNya. InshaaAllah, semoga ada rezeki ke sana. Amiin...

Tak dapat pergi secara hakiki, jom kita jalan-jalan secara maya. Ikut Chef Baek jalan-jalan cari makan di Istanbul dalam program Street Food Fighter, season 2, episod 1.

 
Suka tengok food travelogue by Chef Baek ni sebab penerangan dia tentang makanan tu agak detail dan the producer take extra effort tunjuk cara makanan dimasak.

Apa yang Chef Baek makan di Istanbul? Jom kita tengok.

1. Doner kebab 
 
Makanan ikonik negara Turki. Selalunya dijual diluar kedai, di kaki lima, di tepi jalan.

doner kebab Turki

proses menghasilkan daging kebab yg gemok gedempol tu

 2. Iskender kebab

Kebab yang berasal dari Bursa, dicipta oleh seorang chef bernama Iskender.

mengekalkan tradisi lama - butter cair dituang akhir sekali di ruang makan

Iskender Kebab

Pernah makan iskender kebab ni di restoran Turki di Taman Tun, dalam entry Turki dan Naelofar. Kurang gemar, sebab rotinya lenjun dengan kuah. Rupanya tersilap cara makan, tengok cara Chef Baek ni makan, nampak sedap le pulak. 


3. Tavuk Roo (Nasi ayam Hainan) 

Bila tengok Tavuk Roo ni teringat nasi ayam hainan, lebih kurang sama tapi tavuk roo ada kacang kuda. Tavuk ialah ayam, roo pula 'diatas'.

  set nasi tavuk roo dengan minuman ayran

Chef Baek makan nasi dengan cili jeruk

 4. Freshly baked Simit 

Simit ialah Turkish national snack. Sejenis streetfood. Chef Baek pergi ke tradisional bakeri, tengok cara simit dibuat.

  tradisional bakeri

 simit

5. Kaymak

Kaymak dihasilkan dengan memisahkan lemak daripada susu. Chef Baek describe rasa kaymak ni 'out of the world', double, triple, lagi sedap daripada butter.

kaymak dimakan dengan roti

Kaymak yang Chef Baek makan ni dibuat daripada susu kerbau (water buffalo). Lagi sedap katanya, daripada susu lembu.

6. Menemen

Menemen macam scrambled egg - telur dengan tomato. Dimasak terus dalam periuk kecik dan dihidang dalam periuk yang sama.

periuk khas untuk masak menemen

7. Mildye Dolma 

 Nasi dalam kepah. Chef Baek makan tepi jalan je, dekat Grand Bazaar.

 Macam tak boleh berhenti..sedap, addictive katanya..

8. Dondurma Kadayif

Dondurma ialah aiskrim turki yang liat. Kadayif pula sejenis pencuci mulut yang manis, ada pistachio dan air gula.


 9. Kofte & Piyaz

Kofte ialah bebola daging. Piyaz ialah salad kacang kuda.

10. Cig kofte

Gig kofte yang sebenarnya diperbuat daripada daging lembu mentah. Tapi sekarang diperbuat daripada sayuran and is totally vegan.

11. Tantuni

Tantuni macam doner kebab tapi dagingnya digoreng.


12. Iskembe Corbasi

Corbasi ialah bubur dalam bahasa Turki. Iskembe corbasi ialah sup keting, organ dalaman lembu.

Itulah 12 jenis makanan yang Chef Baek makan di Istanbul dalam program ni. Semestinya ada banyak lagi makanan yang menarik di Istanbul. Best rancangan ni, highly recommended untuk ditonton! Tengok semua episod, season 1 & 2. 

Untuk Season 2 ni, Chef Baek ada pergi Penang juga. Makan nasi kandar di Line Clear, gi pasar malam cari durian..haha..makan cendol. Ada penerangan tentang cendol, siap pergi kebun pokok pandan. Ada juga penerangan tentang kuih pulut tai-tai. Produksi Korea ni betul-betul buat research. Puas hatilah tengok program ni.

Till then, semoga ada rezeki ke Turki..amiin..güle güle..

42 comments:

  1. Kebab sana memang yummilicious.
    Tak dapat dilupakan.
    Diorang kalau buffet punya la banyaknya sayuran ada pilihan pastu dressing popular dengan Minyak zaitun je. Buah olive zaitun tu yang jeruk pun mana-mana ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa..teringinnya nak ke sana..harap2 ada rezeki lepas covid ni..huhu..

      Delete
  2. aduiii sedapnya tgk makanan semua tu.

    hihihi tu la 2020 ni semua kita melancong secara virtual

    ReplyDelete
  3. hahaha kita geng!!
    Suka gak tgk rancangan mr baek tu..
    Tgk dia makan, perghh menyelerakan ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..suka tengok dia makan & bagi penerangan...

      Delete
  4. Moga ada rezeki akak menjejakkan kaki ke bumi Turki apabila semua ini dah reda. Saya memang suka makanan-makanan turki ni. Suka rempah-rempah yang mereka guna dalam masakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin..suka jg masakan turki, tapi cuma pernah makan kebab je..

      Delete
  5. oh ada macam2 jugak makanan dia ya? jujurnya memang terbayang kebab je banyak kat sana hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok byk masakan berasaskan daging, mcm2 jenis kebab..

      Delete
  6. Wah chef Korea recommend makanan turki. Suka juga tengok rancangan Street Food ni. Boleh lah layan Street Food Fighter pulak nanti. Orang Korea ni kalau dia makan makanan luar semuanya nampak sedap. Lagilah makanan yang banyak rempah ratus sebab dorang ni kurang masak guna segala rempah. Semua masakan rebus dan simple je. Nasi Arab dan Kebab je la yang pernah makan pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Recommended tengok rancangan ni..bukan saja makanan turki, makanan malaysia pun tengok chef ni makan nmpk sedap je..hehe..makanan turki kebab & baklava je yg pernah makan..

      Delete
    2. Oh ye? Belum sempat tengok lagi tapi bookmark dah viu dah. Ada masa baru tengok :)
      baklava tak pernah makan lagi. huhu

      Delete
    3. yg episod chef ni gi Penang...

      Delete
  7. Nak jumpa makanan sedap kt turki kena pergi banyak hari dan byk tempat kot, sebab masa saya pergi hari tu jumpa beberapa jenis je dan sayangnya semua tak kena dengan selera sebab makanan dorang banyak rasa masam, hihi..simit tu ada jumpa tapi tak sempat beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena stay lama2 di turki baru dapat rasa byk makanan depa kan..oo..byk rasa masam..huhu..semoga dpt ke sana satu hari nanti..

      Delete
  8. Macam-macam makanan Turki Chef Baek cuba.
    Ada tengok siri Chef Baek tolong peniaga-peniaga tepi jalan di Korea untuk baiki perniagaan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..rancangan yg Chef Baek tolong penjual foodtruck tu..ada tengok..ada part sedih ttg penjual..mengalir gak air mata..hehe..

      Delete
  9. kami hari tu dapat makan simit dan kofte dan beberapa lagi menu yang lain tak tahu nama...In sha Allah habis covid awak boleh lah pergi sana..

    ReplyDelete
  10. KEMBARA MAYA KE TURKEY BANYAK JUGA PENEMUANNYA

    ReplyDelete
  11. mmm time time covid ni terpaksa la melancong secara maya saja. tapi secara maya pun, banyak benda yang boleh kita pelajari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..melancong ke overseas secara online..hehe..through movies, tv program, youtube..

      Delete
  12. Replies
    1. tengok chef ni makan nmpk sedap semuanya..

      Delete
  13. Tahun 2017 travel ke Turki tapi tak puas teroka Istanbul. Plan Jun 2020 nak jelajah Istanbul saja, tapi covidlah pulak. Habis hangus deposit pakej ke sana huhuhuuuuuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah plan gi bulan April..hangus gak duit hotel Istanbul & Cappadocia..huhu..

      Delete
  14. nice2//serooknya dapat mengembara ke negara orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengembara secara maya je Asyiqin..tgk dlm program street food fighter 2..

      Delete
  15. insya Allah ada rezeki ,akak doakan awak kesana..

    ReplyDelete
  16. Aduihhh..dan dan cheq rasa lapaq kebab daging 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan kebab daging...foodpanda ada..hehe..

      Delete
  17. allahuakhbar !!!! bawala daku terbang kesana nak makan nak makan !!!!
    tak puas ritu jjcm sana kak kena pegi lagi.. nak ekottttt !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...jom2..semoga keadaan bertambah baik next year..

      Delete
  18. Boa noite Nohas. Que vontade de experimentar essas delícias.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boa noite Luiz. Todos os alimentos parecem deliciosos. Tenho que ir a Istambul para experimentar estes

      Delete
  19. bilalah ada rezki nak ke sana

    ReplyDelete
  20. bestnya nohas jika dpt ke sana kan.. Inshaa Allah perancgan Allah swt tu sebaik2 perancang..moga nohas berjodoh lg utk ke sana :)

    wow sgt makanan dia..mnyelerakan..lg2 kebab tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..semoga dapat merasai makanan2 tu semua di Turki...kebab nampak sgt yummy!!

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!