Monday, 26 October 2020

Cubaan memasak Jjajangmyeon

Salam hari Isnin..semoga semua sihat-sihat walafiat..

Rentetan dari rasa tak puas hati dengan jjajangmyeon yang macam mee hailam dalam entri Sesekali teringin, saya cubalah masak sendiri..

Jjajangmyeon ialah masakan cina yang popular di Korea. Mee dengan kuah likat berwarna hitam.

Benda terpenting nak masak jjajangmyeon ialah sos nya yang dipanggil sos chunjang. Yang ni, saya beli di shopee. ada banyak pilihan, hati tertarik beli yang ni..

sos chunjang dari yayaaiman, klang

"Jajang paste kami tidak perlu ditumis dengan minyak lagi sebab kami dah tumis siap2 bersama minyak cili, bawang putih, halia dan bawang kuning. Bukan sahaja untuk sesuai untuk masak jajangmyun, paste ini jugak sesuai dimasak bersama ikan & ayam"

Resepi jjajangmyeon ada dilekatkan di botol.  

Bahan yang diperlukan: 

600g mee lidi/udon - saya guna mee kuning biasa
100 g daging lembu - saya guna daging ayam
2 biji bawang bombay 
1/2 biji zuccini (timun jepun) - guna kobis & carrot je
2 biji kentang 
1 sudu besar gula pasir 
4 sudu besar air bancuhan tepung jagung - tak masukkan
2 cawan air 
7 sudu besar minyak 
5 sudu besar Chunjang 

Cara membuat Jjajangmyeon: 

Mula-mula, potong daging. Potong dadu bawang bombay, kentang dan zuccini. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu tumis bawang bombay. Kemudian masukkan daging lembu, zuccini dan kentang. Setelah bahan-bahan itu matang, masukkan sos chunjang. Kacau supaya semuanya sama rata lalu tuangkan air bancuhan tepung. Setelah dididihkan selama 5 minit, matikan api. Kemudian, rebus mee. Letak mee dalam mangkuk besar dan tuangkan sos di atasnya. Sajikan Jjajangmyeon bersama dengan pickled radish.

daun bawang - RM1.00, punyalah banyak

sayur kobis, lobak merah dan ayam

hasilnya - guna mee kuning Gardenia je

takde pickled radish, perah limau kasturi. Rasanya? bolehlah, untuk makan sendiri. Kena improve lagi..

Friday, 23 October 2020

Sambal Roselle yang marvellous

Salam Jumaat..

Alhamdulilah, dapat sambal roselle dari blogger Nor Azimah, tuan punya blog Asam Garam Kehidupan. Jazakillahu khairan khathira...terima kasih banyak-banyak, ingat pada saya..

sambal diperbuat dari buah roselle

 

makan dengan nasi ayam goreng kunyit..marvellous..
sedap..ala-ala sambal hitam Pahang
 
Bukan satu, tapi dua kiriman dari Nor Azimah. Sehelai tudung dari Mekah dikirim jua. 
 
 
Alhamdulillah, syukur, semoga murah rezeki Nor Azimah sekeluarga...amiin, amiin.. Ya Robbal alamin...

Wednesday, 21 October 2020

Meeting sempoi di tepi bangunan

Petang tadi, bos kena buat swab test sebab officemate wife dia dah disahkan positive Covid-19. Big bos tak bagi bos masuk pejabat selagi result belum keluar. So, tadi kami meeting department depan main entrance bangunan je.

Meeting nak diskus tentang strategi rotation kerja, siapa yang kena kerja dari rumah, siapa yang kena datang pejabat. Maklumlah KL kena CMCO/PKPB...menteri dah suruh kerja dari rumah bermula hari esok, Khamis 22-10-2020.

Kami ada lima orang, bos cakap jom kita 'lat talilat tali tamplom'..huii..lama sungguh tak dengar..haha..dua orang eksekutif, bos suruh ''oo soom'' atau 'rock-paper-scissors' (terjemahan: batu-kertas-gunting). saja je..untuk release stress..

Budak-budak millenial tau ke idok 'lat talilat tali tamplom'..dulu-dulu, kalau nak cari geng main galah panjang, konda-kondi, lompat getah, selalu guna 'lat talilat tamplom'' ni...

"Rock-paper-scissors'' selalu nampak dalam drama Korea dan program realiti Korea..gemar benor depa ber oo-soom.


Siapa yang menang dalam 'rock-paper-scissors' ?


Antara kertas dan batu : kertas menang sebab kertas balut batu

Antara gunting dan kertas : semestinya gunting menang

Antara batu dan gunting : batu menang sebab batu boleh ketuk gunting

 

OK, semoga semuanya selamat, dijauhi dari pandemik. Selamat bekerja dari rumah...tapi teman kena datang pejabat, 3 kali seminggu, Inshaa Allah.

Tetiba, pukul 6 tadi, ada gambar ni dalam whatsapp group office..dah ada kes ke?..panic attack..


Semua yang ada kat office dah gabra tahap gaban...cepat-cepat packing nak balik rumah, rupanya company level bawah buat swab test untuk staff mereka..haa..legaa..