Wednesday, 27 January 2021

Blackpink vs Red Velvet..

Blackpink and Red Velvet in your area!!

Berita gembira untuk peminat GG (girl group) Blackpink. Pepsi berkolaborasi dengan quartet Korea Selatan ni untuk kempen "Go All In for What You Love" motivasi untuk generasi muda berusaha mencapai apa yang diminati.

 

Pepsi X Blackpink

complete four member, four bottles, limited edition


 Ada juga dijual di Lazada dan Shopee. Harga RM5.00 sebotol. Harga promosi di 7-Eleven RM2.00. Tak beli pun, ambik gambar je..not a diehard fan..not blink, blink..

Red Velvet? Yang ni saya beli..Oreo Red Velvet..


sedap..tapi seperti biasalah biskut oreo..manis..

Monday, 25 January 2021

Bhuppae Sunniwat (Love Destiny)

Sawadikaa...selamat hari Isnin..

Review drama Thai yang sangat awesome. Genre time-travel. Period drama, cerita di kurun 17. Kingdom Ayutthaya, di zaman King Narai.

Kudos to the scripwriter yang berjaya mengolah cerita fiksyen bersulam dengan sejarah dan politik. Sangat menarik dan tak membosankan. Tak heavy, boleh lah layan..

Pertama kali tonton Thai boran (ancient history), rasa sangat wow, ibarat menyelusuri sejarah Kingdom Ayutthaya bersama female lead.

female and male lead
their chemistry makes your heart flutter, rasa goosebumps
 

Lakonan dan plot drama yang SOLID, takde watak bodoh-bodoh alang, plot filler, extreme villain, balas dendam, love triangle, misunderstanding, boleh katakan plot yang sangat flowing. Cinematografi yang awesome, light humour, serta introduction to Thai culture. 

Cuma bab pakaian yang tak berapa best. Hamba-hamba perempuan yang low-class, semua berkemban, gigi diwarnakan hitam. Lelaki bangsawan masa perjumpaan dengan King, tak pakai baju, berlenggeng je..haishh..

Plot/Storyline

Cerita mengenai roh seorang pelajar arkeologi bernama Ketsurang yang masuk ke dalam badan seorang perempuan bangsawan yang cantik jelita tapi jahat/kejam di kurun 17 yang bernama Karakade. Karakade bertunang dengan Date, golongan bangsawan juga dan anak kepada kawan bapa dia. Bila ibubapa Karakade mati, Karakade tinggal di rumah keluarga Date. Karakade ni sangat jahat sampaikan Date pun benci dia. Date sukakan Yanward yang lemah-lembut. Karakade nampak Date dan Yanward asyik main-main mata, senyum-senyum simpul. Dia cemburu.

Opening drama di kurun 17. Karakade suruh dayang dia buat khianat kepada Yanward dengan menyelam dalam sungai dan terbalikkan sampan. Yanward terselamat tapi dayang dia mati. Date sangat marah. Dia syak Karakade tapi takde bukti. Dia berpakat dengan bapa dia buat upacara 'mandrem'. Masa ni Karakade mati.

Langsung ke kurun 21, Ketsurang dengan boyfriend dia, Reungrit berjalan-jalan dalam kawasan kuil. Tetiba Ketsurang ternampak hantu Karakade. Mereka berdua ketakutan, naik kereta nak balik rumah. Hantu Karakade ikut mereka dalam kereta. Kerana terperanjat, Ketsurang dan Reungrit kemalangan. Ketsurang mati, roh dia ikut roh Karakade. Roh Karakade minta roh Ketsurang masuk ke dalam badan dia dan berharap Ketsurang bersihkan nama dia, buat baik, buat kebajikan supaya roh dia dapat hidup tenang. Ketsurang tak tahu yang dia dah mati dalam accident.

Kembali ke kurun 17, Karakade yang terbaring, tak bernyawa, tiba-tiba bangun sebab roh Ketsurang dah masuk dalam badan dia. Masa ni kelakar giler. Dayang-dayang Karakade sangat takut. Bila Karakade tak mati walaupun dah dimandrem, Date & keluarga serta kaum-kerabat terdekat ragu-ragu, nak percaya ke tidak. Date masih tak percaya.

dinner time

cantik - ukiran buah2an - Thai craft

Bermulalah perjalanan hidup Ketsurang dalam badan Karakade. Ketsurang tak tahu ramai yang sangat benci Karakade sebab dia sangat jahat. Yang bestnya, bila pelajar arkeologi/sejarah kembali ke zaman silam, sangatlah teruja bila dapat merasai secara praktikal subjek yang dipelajarinya. 

 

Ayuthaya dalam drama ni

Ketsurang sangat teruja. Dia nak pergi, nak tengok semua tempat yang dia belajar. Setiap kali dia melawat tempat sejarah atau jumpa orang yang ada ditulis dalam buku sejarah, mesti dia cakap 'Reungrit, saya harap awak ada bersama saya ketika ini". Kemudian flashback ke kelas sejarah Ketsurang, mendengar penerangan pensyarah Ketsurang.

Semua kisah sejarah dalam drama ni ialah sejarah benar Kingdom Ayutthaya. Walaupun Ketsurang tahu apa yang akan berlaku, dia tidak mengganggu sejarah, dia biarkan sejarah terjadi seperti yang sepatutnya, "what will happen, will happen"

jeti depan rumah Date

Berjayakah Ketsurang bersihkan nama Karakade? drama ni happy ending and well wrap-up. Ketsurang akhirnya tau yang dia dah mati di kurun 21, sedih juga bila roh dia kembali ke rumah, tengok mak dan nenek dia tengah bersedih. Boyfriend dia jadi sami, sebab sedih kerana dia yang pandu kereta masa kemalangan tu.

Menonton di netflix, ada juga di website dramacool, kissasian dan dailymotion. Kat neflix semuanya 15 episod, setiap episod lebih kurang 2 jam. Jenuh nak habis. Kat website dramacool, 40 episod. Kat netflix banyak scene kena potong, baik layan di dramacool.

Totally recommended. Happy watching!!

Friday, 22 January 2021

Korean Cold Noodle @ Platenum Cafe

Salam Jumaat...hari yang penuh keberkatan.

Cerita makan-minum di Menara TM, Bangsar. Makan mi sejuk korea di Platenum Cafe..

Platenum Cafe di Menara TM
 
interior
 
di sebelah sana ada outlet Qulu Qulu
yang jual kopi, tapi tutup sementara
 

Order naengmyeon - mi sejuk korea. Minum - teh ais limau

simple dish - ada kimchi, tomato, telur rebus, timun, bijan, chili flakes
 
kuah dia very light & refreshing
 
rasa masam2 sikit sebab ada kimchi, minum pulak teh ais limau, dua-dua masam..hehe..
 
OK, happy weekend...