Monday, 25 January 2021

Bhuppae Sunniwat (Love Destiny)

Sawadikaa...selamat hari Isnin..

Review drama Thai yang sangat awesome. Genre time-travel. Period drama, cerita di kurun 17. Kingdom Ayutthaya, di zaman King Narai.

Kudos to the scripwriter yang berjaya mengolah cerita fiksyen bersulam dengan sejarah dan politik. Sangat menarik dan tak membosankan. Tak heavy, boleh lah layan..

Pertama kali tonton Thai boran (ancient history), rasa sangat wow, ibarat menyelusuri sejarah Kingdom Ayutthaya bersama female lead.

female and male lead
their chemistry makes your heart flutter, rasa goosebumps
 

Lakonan dan plot drama yang SOLID, takde watak bodoh-bodoh alang, plot filler, extreme villain, balas dendam, love triangle, misunderstanding, boleh katakan plot yang sangat flowing. Cinematografi yang awesome, light humour, serta introduction to Thai culture. 

Cuma bab pakaian yang tak berapa best. Hamba-hamba perempuan yang low-class, semua berkemban, gigi diwarnakan hitam. Lelaki bangsawan masa perjumpaan dengan King, tak pakai baju, berlenggeng je..haishh..

Plot/Storyline

Cerita mengenai roh seorang pelajar arkeologi bernama Ketsurang yang masuk ke dalam badan seorang perempuan bangsawan yang cantik jelita tapi jahat/kejam di kurun 17 yang bernama Karakade. Karakade bertunang dengan Date, golongan bangsawan juga dan anak kepada kawan bapa dia. Bila ibubapa Karakade mati, Karakade tinggal di rumah keluarga Date. Karakade ni sangat jahat sampaikan Date pun benci dia. Date sukakan Yanward yang lemah-lembut. Karakade nampak Date dan Yanward asyik main-main mata, senyum-senyum simpul. Dia cemburu.

Opening drama di kurun 17. Karakade suruh dayang dia buat khianat kepada Yanward dengan menyelam dalam sungai dan terbalikkan sampan. Yanward terselamat tapi dayang dia mati. Date sangat marah. Dia syak Karakade tapi takde bukti. Dia berpakat dengan bapa dia buat upacara 'mandrem'. Masa ni Karakade mati.

Langsung ke kurun 21, Ketsurang dengan boyfriend dia, Reungrit berjalan-jalan dalam kawasan kuil. Tetiba Ketsurang ternampak hantu Karakade. Mereka berdua ketakutan, naik kereta nak balik rumah. Hantu Karakade ikut mereka dalam kereta. Kerana terperanjat, Ketsurang dan Reungrit kemalangan. Ketsurang mati, roh dia ikut roh Karakade. Roh Karakade minta roh Ketsurang masuk ke dalam badan dia dan berharap Ketsurang bersihkan nama dia, buat baik, buat kebajikan supaya roh dia dapat hidup tenang. Ketsurang tak tahu yang dia dah mati dalam accident.

Kembali ke kurun 17, Karakade yang terbaring, tak bernyawa, tiba-tiba bangun sebab roh Ketsurang dah masuk dalam badan dia. Masa ni kelakar giler. Dayang-dayang Karakade sangat takut. Bila Karakade tak mati walaupun dah dimandrem, Date & keluarga serta kaum-kerabat terdekat ragu-ragu, nak percaya ke tidak. Date masih tak percaya.

dinner time

cantik - ukiran buah2an - Thai craft

Bermulalah perjalanan hidup Ketsurang dalam badan Karakade. Ketsurang tak tahu ramai yang sangat benci Karakade sebab dia sangat jahat. Yang bestnya, bila pelajar arkeologi/sejarah kembali ke zaman silam, sangatlah teruja bila dapat merasai secara praktikal subjek yang dipelajarinya. 

 

Ayuthaya dalam drama ni

Ketsurang sangat teruja. Dia nak pergi, nak tengok semua tempat yang dia belajar. Setiap kali dia melawat tempat sejarah atau jumpa orang yang ada ditulis dalam buku sejarah, mesti dia cakap 'Reungrit, saya harap awak ada bersama saya ketika ini". Kemudian flashback ke kelas sejarah Ketsurang, mendengar penerangan pensyarah Ketsurang.

Semua kisah sejarah dalam drama ni ialah sejarah benar Kingdom Ayutthaya. Walaupun Ketsurang tahu apa yang akan berlaku, dia tidak mengganggu sejarah, dia biarkan sejarah terjadi seperti yang sepatutnya, "what will happen, will happen"

jeti depan rumah Date

Berjayakah Ketsurang bersihkan nama Karakade? drama ni happy ending and well wrap-up. Ketsurang akhirnya tau yang dia dah mati di kurun 21, sedih juga bila roh dia kembali ke rumah, tengok mak dan nenek dia tengah bersedih. Boyfriend dia jadi sami, sebab sedih kerana dia yang pandu kereta masa kemalangan tu.

Menonton di netflix, ada juga di website dramacool, kissasian dan dailymotion. Kat neflix semuanya 15 episod, setiap episod lebih kurang 2 jam. Jenuh nak habis. Kat website dramacool, 40 episod. Kat netflix banyak scene kena potong, baik layan di dramacool.

Totally recommended. Happy watching!!

36 comments:

  1. drama ni best tapi jenuh juga nak habiskan semua episod. gandingan pope dan bella memang serasi sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..2 jam kt netflix..mmg jenuh..gandingan 2 pelakon tu mmg mantap...rasa goosebumps scene depa berdua..hihi..

      Delete
  2. Tak pernah lagi tengok drama Thai. Tapi Movie Thai seram biasa gak tgk. Komedi seram lah tapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. movie Thai seram yg saya ingat..yang ada Nang Nak tu..

      Delete
  3. Tengah terjebak juga tenguk cerita Thai...so Wayree tak habis lagi layan sebab panjang sangat. baru habis episod 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali layan drama Thai, best jg..dengar bahasa Thai..

      Delete
  4. saya pun suka tengok cerita2 sejarah camni kadang2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa belajar dulu mcm bosan je subjek sejarah..hihi..buat drama rasa best..haha..

      Delete
  5. Replies
    1. menarik NA..recommended for watching tapi jenuh nak habis..hehe..

      Delete
  6. Wah, menariknya jalan cerita! Boleh layan ni.

    ReplyDelete
  7. Biasanya kalau aku nonyon film Thai nontonnya genre horor.

    Tapi sepertinya drama satu ini juga menarik kisahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. genre horror Thai mmg best...drama ni memang menarik kisahnya..

      Delete
  8. seronok juga tonton citer sejarah yg misteri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak, suka cerita yg ada kisah2 sejarah..

      Delete
  9. Wah, cerita thai pun nohas layan juga, ye. Saya dulu tengok juga, drama bersiri thai kat tv.

    ReplyDelete
  10. Adoih jenuh nak baca nama2 watak tu, tergeliat lidah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..belum lagi nama gelaran pembesar..panjang berbelit-belit..

      Delete
  11. Kalau nohas recomended..kena carilah cite ni..tq nohas!

    ReplyDelete
  12. memang cerita zaman2 dulu di Thai best tgk yg tak best pakaian tu.. ala mcm tak cukup kain

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..itulah, tang berkemban tu, segan lak tengok...

      Delete
    2. itu tak kira ada porno sikit.. ya ampun, bahaya kalau ada anak2 join tgk sekali

      Delete
    3. ada porno? tak perasan pulak..tapi tang berkemban tu yg tak berkenan langsung..sbb citer best, bertabah tengok..

      Delete
    4. ada kalau dpt yg tak ditapis. seingat drama2 Thai yg tonton masa zaman sekolah rendah memang ada.
      kena tabah tgk

      Delete
    5. ok jg depa tapis...hehe..

      Delete
  13. Saya dah tonton drama ni. Best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan..tapi jenuh gak nak habiskan..30jam..hihi..

      Delete
  14. Alamak tertarik la plak nak tengok. Sambil tengok boleh belajar sejarah. Pelakon thailand dahla comel-comel. Thanks share kak nohas

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome..recommended! depa cakap pun lemah-lembut..

      Delete
  15. Masa baca review semangat nak tengok tapi bila sampai part episod tu rasa macam nak nangis.. panjang sangat.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jenuh nak habiskan drama ni..hehe..bertabahlah..

      Delete
  16. Replies
    1. Kat netflix, 15 episod, setiap episod 2 jam..kat dramacool, 40 ep..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!