Monday, 22 March 2021

Churros Onde-Onde

 Di satu petang di pejabat

ofismate ambik order, sapa nak join beli Street Churros

via foodpanda

Tak sangka ada Churros Onde-Onde...

harga RM8.40

 

Churros onde-onde, perisa pandan

disalut dengan kelapa kering (dessicated coconut), cicah dengan air gula melaka


churros bites

sedap juga tapi macam keras sikit

boleh dicuba

Thursday, 18 March 2021

Eat, Fun & Pray @ Xi'an, China


Assalamualaikum...

Haritu tengok rancangan 'Eat, Fun & Pray' di Xi'an, China, yang dihost oleh Fadzly Fuad. Rancangan makan-makan dan ziarah & solat di masjid-masjid di negara China. Travel dokumentari ni produced by Metrowealth International Group Sdn Bhd..

Bila tengok host mencuba makanan halal di Muslim Quarter, Xi'an, mengimbau kenangan travel di sana pada tahun 2016. Muslim Quarter ialah syurga makanan halal di Xi'an, ramai berniaga di sepanjang jalan depan deretan kedai-kedai.

Jom tengok apa makanan yang menarik di Muslim Quarter ni..a feast to the eyes..jamuan secara virtual..hehe..

 

kuih yang menarik, dari jauh dah nampak
rupa paras macam kuih bingka
tetapi bukan, ni ialah kuih pulut, dengan sos buah delima
 
aktiviti gula tarik
untuk buat kuih bepang
 
kuih bepang kacang & bijan
sedap & lembut bepang Xi'an
tak keras macam bepang Malaysia
 
roti bercorak
 
stinking tofu - sedap
 
abam jual kuih pisang kaki
 
kuih pisang kaki pelbagai inti
manis giler

kole kacang versi cina
 
baozi (dumpling) inti sup kambing
 
mi sejuk kuah kacang
 
Xinjiang chicken dengan belt mee

The highlight - mesti try sate kambing kalau ke China
sedap - secukup rasa rempah ratus nya


dan jangan lupa try kaki kambing..juicy, succulent...
 
makan dengan penuh curiosity
Host Fadzly pun ada makan kaki kambing
 
Ada banyak lagi makanan halal Cina di Muslim Quarter Xi'an..
boleh terjah entry lama..
Ziarah masjid pula..ada lebih kurang 10 masjid di kawasan Muslim Quarter..
termasuk Masjid Besar Xi'an
 
bolehlah masukkan Xi'an dalam bucketlist travel you'all..check it out

Tuesday, 16 March 2021

Kena saman di Cyberjaya

Cerita tahun lepas..

Kena saman dengan Majlis Perbandaran Sepang..haha..sebab parking semborono di tepi jalan, bukan dalam petak parking lagipun..

di sini, di sini..Quill 18 Cyberjaya..

 

ada 2 kereta yang parking secara haram..hehe..
sesekali break the rule
 
bayaran parking takde mahal..tapi sebab malas..adan uke..
 
parking rate at Quill 18
 

 

 Haruslah aku memilih untuk bayar RM10

 dah dekat, moh le kita ke pejabat Majlis Perbandaran Sepang 

peringatan untuk diri sendiri