Monday, 30 August 2021

1st dine-in : Dolly Dimsum

Assalamualaikum semua..

Esok cuti hari merdeka, hari ni harijadi teman...hahaha..so, for celebration, teman ke Sunway Putra Mall, nak gi makan-makan..

Pertama kali jejak kaki di shopping mall sejak 1.6.21. Pertama kali dine-in sejak dibolehkan. Dah lepas 14 hari vaksinasi dos ke-2. Ramai juga pengunjung di mall ni.

Teringin nak makan dimsum, so kita ke Dolly Dimsum...solo dining..

 

Cuti hari ni sebab ada appointment doktor di Klinik Kesihatan, UTC. Alhamduiillah, cepat habis urusan, so kita brunch makan dimsum..

dekorasi outlet Dolly Dimsum Sunway Putra Mall
 
Yang diorder sudah tiba, lai-lai shek fun..
 
seteko teh puer, yam croquette dan bubur nasi telur masin
 
siew mai, kaki ayam pedas dan spicy beancurd roll
 
Alhamdulillah, syukur..

Wednesday, 25 August 2021

The Little Nyonya

Assalamualaikum semua...

To all drama lovers, pernah tak tengok drama yang buat kita rasa sakit hati, geram je dari awal hingga akhir....hehe..kalau tak pernah, silalah tonton drama the Little Nyonya..

Drama ni ada 2 versi, yang original, drama Singapore yang ditayang pada November 2008. Kemudian ada remake oleh produksi negara China pada tahun 2020.

 The Little Nyonya (2008) versi original

 The Little Nyonya (remake 2020)

Dah sekian lama menonton drama versi Singapore di Netflix. Kemudian tengok pula remake drama China di saluran iQiyi (tak habis menonton, fast forward ke episod akhir). Dua-dua versi ni panjang juga, versi original 35 episod dan remake 45 episod. Jenuh juga nak habiskan, dahlah storyline nya buat stress je..

Watak jahat dalam drama ni sesangatlah jahatnya. Buat kita rasa breathless, helpless, cannot brain..tapi drama ni sarat dengan budaya Baba & Nyonya, dari segi pakaian, hiasan rumah, hiasan diri, makanan, keraian, perkahwinan, pantun..a feast to the eyes..yang paling menyerlah ialah kebaya nyonya..

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina di dalam kumpulan etnik yang dinamakan Peranakan yang tertumpu di negeri-negeri Selat, khususnya di negeri Melaka, Pulau Pinang dan Republik Singapura. Kebudayaan mereka berasal daripada warisan tradisi Cina tetapi mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

pakaian dan perhiasan diri nyonya golongan bangsawan
kerusi meja the nyonya style

Dua-dua drama ni berbentuk naratif dan penceritaan kisah kehidupan. Drama original (Singapore) mengisahkan generasi kelima, Angela datang ke Melaka untuk melawat neneknya, Yueniang. Yueniang kemudiannya bercerita tentang kisah hidup dia dan mak dia (Juxiang). Drama remake (China) cuma dengar suara saja yang bagi naratif.

Yuxiang & Yueniang
versi Singapore (kiri) versi China (kanan)

Drama mengisahkan dua keluarga Baba & Nyonya yang kaya-raya dan ahli perniagaan yang berjaya. Keluarga Huang di Melaka dan keluarga Chen di Singapura. Kisah generasi keluarga dari tahun 1930 hingga selepas perang dunia kedua..

 

Penang Peranakan Mansion 
lokasi rumah keluarga Chen versi Singapore
rumah keluarga Huang dalam versi China

 

Plot utama drama ni ialah kehidupan Juxiang (generasi kedua) dan anak dia Jueniang (generasi ketiga) serta adik-beradik Juxiang. Watak Juxiang dan Jueniang dilakonkan oleh aktress yang sama.

Generasi kedua

Keluarga Huang ada dua-beradik iaitu Huang Yuan (anak lelaki) dan kakak dia, Tua Kor (Big Auntie). Huang Yuan ada 2 orang anak gadis (Meiyu dan Juxiang) dan seorang anak teruna. 

Meiyu ialah anak dari First Madam dan Juxiang (1st heroine) ialah anak gundik (2nd Madam). 2nd Madam dulu ialah orang gaji keluarga Huang. Huang Yuan tu jahat, rogol orang gaji dia (mak Juxiang).

Juxiang sangat cantik dan pandai memasak dan menyulam tapi dia bisu. Disebabkan mak Juxiang dulunya orang gaji, mereka tidak diiktiraf sebagai ahli keluarga Huang dan dilayan seperti orang gaji. Geramnya tengok bapa Juxiang, macam takde backbone..ikut je cakap bini dia tu.

Juxiang dan mak dia jadi orang gaji 
kena layan ahli keluarga Huang

Tua Kor ada 3 orang anak perempuan. Seorang berkahwin dengan anak lelaki sulung keluarga Chen, seorang berkahwin dengan anak lelaki Huang Yuan (kawin sepupu) dan yang bongsu pula jenis gedik dan ada affair dengan abang ipar dia.

Keluarga Chen pula ada 2 orang anak lelaki. Yang sulung berkahwin dengan anak Tua Kor dan anak kedua bernama Chen Seng masih bujang. Anak sulung ada seorang anak lelaki bernama Chen Xi (hero). 

Keluarga Huang nak jodohkan Meiyu dengan Chen Seng. Keluarga Chen datang ke rumah keluarga Huang kerana ada upacara 'Tok Panjang'. 'Tok' dalam bahasa Fujian ialah 'meja', maknanya ''meja panjang'' iaitu acara makan-makan keluarga.

keluarga Huang (kiri) dan keluarga Chen (kanan)

upacara Tok Panjang
 
Juxiang dan Meiyu masak kuih nyonya
untuk dipersembahkan kepada nenek Chen
Juxiang masak kuih dadar (kuih ketayap) 
Meiyu masak kuih salat (kuih serimuka)
 

Pada masa yang sama, ada seorang photographer bangsa Jepun dari Singapore bernama Yamamoto, datang ke Melaka kerana dia berminat dengan budaya Baba & Nyonya. Disebabkan satu insiden, dia terjumpa dengan Yuxiang. Tapi dia tak tahu nama sebab Yuxiang bisu. Kawan Yamamoto ajak dia ke acara Tok Panjang di rumah keluarga Huang untuk mengenali lebih dekat budaya Baba & Nyonya. Dia bertemu sekali lagi dengan Yuxiang..

Yamamoto & Juxiang versi Singapore
 

Yamamoto & Yuxiang versi China

Watak Yamamoto dilakonkan oleh aktor yang sama untuk dua-dua versi iaitu pelakon dari negara China, Dai Xiangyu. Dai Xiangyu ni dulu base di Singapore.

Chen Seng juga jatuh cinta dengan Juxiang tapi biasalah keluarga menentang. Dia kena kahwin juga dengan Meiyu. Bapa Juxiang aturkan Juxiang kahwin dengan Charlie Zhang, seorang ahli perniagaan yang kaya tapi tua, gatal dan jahat. 

3 lelaki yang jatuh cinta pandang pertama dengan Juxiang
Yamamoto, Chen Seng & Charlie Zhang 

nyonya2 berkumpul untuk makan kuih

Juxiang tak nak kahwin dengan Charlie Zhang. Dia lari dari rumah, kemudian kena tipu dengan komplot pelacuran tapi diselamatkan oleh Yamamoto.

Yamamoto bawa Yuxiang lari ke Singapore. Untuk menyelamatkan Yuxiang dari gangguan Charlie Zhang, mereka berkahwin dan dapat seorang anak perempuan yang diberi nama Yueniang (2nd heroine).

 

Yuxiang berniaga kuih nyonya di Singapore
 
Chen Seng menikmati kuih nyonya 
yang dimasak oleh Yuxiang
 

Macam-macam penderitaan dialami Yuxiang bila Yamamoto kena balik ke Jepun, tinggalkan dia bersalin seorang diri, jual kuih untuk kelangsungan hidup, bertemu semula dengan Chen Seng. Kemudian Yamamoto balik semula ke Singapore dan juga kisah semasa zaman Jepun dalam perang dunia kedua. 

Yuxiang masak kuih Rempah Udang (pulut udang) 
yang diorder oleh Chen Seng untuk nenek dia
 
askar Jepun dapat kesan tempat persembunyian
Yamamoto, Yuxiang & Yueniang
 

Juxiang dan Yamamoto mati semasa kena kejar dengan askar Jepun. Yueniang balik ke Melaka, duduk dengan nenek dia (2nd Madam) di rumah keluarga Huang. Bermulalah kisah hidup Yueniang yang juga dibenci dan disisih oleh keluarga Huang.

Generasi ketiga 

Kisah generasi ketiga ialah kisah hidup Yueniang, Chen Xi, Robert Zhang (anak Charlie Zhang) dan sepupu-sepupu Yueniang - Tianbao, Zhenzu dan Yuzhu (cucu-cucu Huang Yuan dari anak lelaki dia)

Chen Xi dan Yueniang versi Singapore

Yueniang dan Chen Xi versi China

Memang sangat tragis kisah hidup Yuxiang dan Yueniang serta sepupu dia yang baik hati, Yuzhu. Drama original ending yang sedih - Yueniang tak bagi Lizzy beritau Chen Xi yang dia terselamat dalam kebakaran. Akhirnya, Chen Xi kahwin dengan Lizzy. Tapi drama remake ialah happy ending - Yueniang dan Chen Xi bertemu semula di rumah keluarga Huang.

Recommended for viewing...enjoy budaya Baba & Nyonya..

Tuesday, 24 August 2021

Ketereh itu buah gajus

 Budu oh Budu

Budu cap Ketereh


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. 

Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. 

(sumber: wikipedia Bahasa Melayu)

Menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :

  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut

.sumber: Kelantankini

Tapi budu mengandungi urid asid tinggi, tak sesuai untuk mereka yang sakit gout, kencing manis, darah tinggi.