Assalamualaikum semua...
To all drama lovers, pernah tak tengok drama yang buat kita rasa sakit hati, geram je dari awal hingga akhir....hehe..kalau tak pernah, silalah tonton drama the Little Nyonya..
Drama ni ada 2 versi, yang original, drama Singapore yang ditayang pada November 2008. Kemudian ada remake oleh produksi negara China pada tahun 2020.
Dah sekian lama menonton drama versi Singapore di Netflix. Kemudian tengok pula remake drama China di saluran iQiyi (tak habis menonton, fast forward ke episod akhir). Dua-dua versi ni panjang juga, versi original 35 episod dan remake 45 episod. Jenuh juga nak habiskan, dahlah storyline nya buat stress je..
Watak jahat dalam drama ni sesangatlah jahatnya. Buat kita rasa breathless, helpless, cannot brain..tapi drama ni sarat dengan budaya Baba & Nyonya, dari segi pakaian, hiasan rumah, hiasan diri, makanan, keraian, perkahwinan, pantun..a feast to the eyes..yang paling menyerlah ialah kebaya nyonya..
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina di dalam kumpulan etnik yang dinamakan Peranakan yang tertumpu di negeri-negeri Selat, khususnya di negeri Melaka, Pulau Pinang dan Republik Singapura. Kebudayaan mereka berasal daripada warisan tradisi Cina tetapi mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
Dua-dua drama ni berbentuk naratif dan penceritaan kisah kehidupan. Drama original (Singapore) mengisahkan generasi kelima, Angela datang ke Melaka untuk melawat neneknya, Yueniang. Yueniang kemudiannya bercerita tentang kisah hidup dia dan mak dia (Juxiang). Drama remake (China) cuma dengar suara saja yang bagi naratif.
Drama mengisahkan dua keluarga Baba & Nyonya yang kaya-raya dan ahli perniagaan yang berjaya. Keluarga Huang di Melaka dan keluarga Chen di Singapura. Kisah generasi keluarga dari tahun 1930 hingga selepas perang dunia kedua..
Plot utama drama ni ialah kehidupan Juxiang (generasi kedua) dan anak dia Jueniang (generasi ketiga) serta adik-beradik Juxiang. Watak Juxiang dan Jueniang dilakonkan oleh aktress yang sama.
Generasi kedua
Keluarga Huang ada dua-beradik iaitu Huang Yuan (anak lelaki) dan kakak dia, Tua Kor (Big Auntie). Huang Yuan ada 2 orang anak gadis (Meiyu dan Juxiang) dan seorang anak teruna.
Meiyu ialah anak dari First Madam dan Juxiang (1st heroine) ialah anak gundik (2nd Madam). 2nd Madam dulu ialah orang gaji keluarga Huang. Huang Yuan tu jahat, rogol orang gaji dia (mak Juxiang).
Juxiang sangat cantik dan pandai memasak dan menyulam tapi dia bisu. Disebabkan mak Juxiang dulunya orang gaji, mereka tidak diiktiraf sebagai ahli keluarga Huang dan dilayan seperti orang gaji. Geramnya tengok bapa Juxiang, macam takde backbone..ikut je cakap bini dia tu.
Tua Kor ada 3 orang anak perempuan. Seorang berkahwin dengan anak lelaki sulung keluarga Chen, seorang berkahwin dengan anak lelaki Huang Yuan (kawin sepupu) dan yang bongsu pula jenis gedik dan ada affair dengan abang ipar dia.
Keluarga Chen pula ada 2 orang anak lelaki. Yang sulung berkahwin dengan anak Tua Kor dan anak kedua bernama Chen Seng masih bujang. Anak sulung ada seorang anak lelaki bernama Chen Xi (hero).
Keluarga Huang nak jodohkan Meiyu dengan Chen Seng. Keluarga Chen datang ke rumah keluarga Huang kerana ada upacara 'Tok Panjang'. 'Tok' dalam bahasa Fujian ialah 'meja', maknanya ''meja panjang'' iaitu acara makan-makan keluarga.
Pada masa yang sama, ada seorang photographer bangsa Jepun dari Singapore bernama Yamamoto, datang ke Melaka kerana dia berminat dengan budaya Baba & Nyonya. Disebabkan satu insiden, dia terjumpa dengan Yuxiang. Tapi dia tak tahu nama sebab Yuxiang bisu. Kawan Yamamoto ajak dia ke acara Tok Panjang di rumah keluarga Huang untuk mengenali lebih dekat budaya Baba & Nyonya. Dia bertemu sekali lagi dengan Yuxiang..
Watak Yamamoto dilakonkan oleh aktor yang sama untuk dua-dua versi iaitu pelakon dari negara China, Dai Xiangyu. Dai Xiangyu ni dulu base di Singapore.
Chen Seng juga jatuh cinta dengan Juxiang tapi biasalah keluarga menentang. Dia kena kahwin juga dengan Meiyu. Bapa Juxiang aturkan Juxiang kahwin dengan Charlie Zhang, seorang ahli perniagaan yang kaya tapi tua, gatal dan jahat.
Juxiang tak nak kahwin dengan Charlie Zhang. Dia lari dari rumah, kemudian kena tipu dengan komplot pelacuran tapi diselamatkan oleh Yamamoto.
Yamamoto bawa Yuxiang lari ke Singapore. Untuk menyelamatkan Yuxiang dari gangguan Charlie Zhang, mereka berkahwin dan dapat seorang anak perempuan yang diberi nama Yueniang (2nd heroine).
Macam-macam penderitaan dialami Yuxiang bila Yamamoto kena balik ke Jepun, tinggalkan dia bersalin seorang diri, jual kuih untuk kelangsungan hidup, bertemu semula dengan Chen Seng. Kemudian Yamamoto balik semula ke Singapore dan juga kisah semasa zaman Jepun dalam perang dunia kedua.
Juxiang dan Yamamoto mati semasa kena kejar dengan askar Jepun. Yueniang balik ke Melaka, duduk dengan nenek dia (2nd Madam) di rumah keluarga Huang. Bermulalah kisah hidup Yueniang yang juga dibenci dan disisih oleh keluarga Huang.
Generasi ketiga
Kisah generasi ketiga ialah kisah hidup Yueniang, Chen Xi, Robert Zhang (anak Charlie Zhang) dan sepupu-sepupu Yueniang - Tianbao, Zhenzu dan Yuzhu (cucu-cucu Huang Yuan dari anak lelaki dia).
Memang sangat tragis kisah hidup Yuxiang dan Yueniang serta sepupu dia yang baik hati, Yuzhu. Drama original ending yang sedih - Yueniang tak bagi Lizzy beritau Chen Xi yang dia terselamat dalam kebakaran. Akhirnya, Chen Xi kahwin dengan Lizzy. Tapi drama remake ialah happy ending - Yueniang dan Chen Xi bertemu semula di rumah keluarga Huang.
he hee cik. nur kalau drama tu buat rasa geram
ReplyDeletesakit hati takkan layan la
tak suka tgk yg mcm tu
sbb suka tengok suasana vintage & klasik dlm drama ni, itu yang bertahan tengok jg..hehe..
DeleteRasanya kalau saya tengok sepanjang cerita emo je. Emo sangat kalau tengok cerita watak jahat dia kejam gila. Jahat sampai habis. Hujung hujung balasan dia dapat mati macam tu je. Itu yang biasanya lah. ALa sedihnya ending dia tragis. huhu
ReplyDeletedrama ni mmg rasa emo je dari mula sampai ending..yg watak jahat, ada yg mati, ada yg dimaafkan oleh heroine..drama ori ending dia sedih, yg remake ok sikit, tak tragis sgt..
Deletesekarang ni layan neflix yg tema tak berat sgt..nak enjoy3 story dia bagi hati byk senang
ReplyDeletesuka tengok budaya baba nyonya dlm drama ni..
DeleteSelamaat mnonton.. Macam best je cerita dia..
ReplyDeletedrama ni best tapi kena bertahan tengok watak jahat..
DeleteItulah kalau tak da backbone ni macam nak marah director, kenapa tak lari, kenapa tak report polis kan, suami dah balik, mati pula..sedih..
ReplyDelete1st heroine tu bisu, mmg susah sikit kalau nak lari, susah nak communicate, masa dia lari pun kena tipu kena sindiket pelacuran..plot drama ni mmg sedih, rasa geram je, sbb heroine asyik kena buli..huhu..
DeleteMemang kaum wanitanya sentiasa pakai kebaya nyonya 24 jam ke..
ReplyDeletedlm drama ni, dua2 heroine mmg sentiasa pakai kebaya nyonya..kecuali waktu tidur je..
Deletecomel pelakon yang versi chinese, cantik diorang pakai baju kebaya nyonya..
ReplyDeleteada ternampak drama ni kat iqiyi tapi malas nak tengok sebab baca konflik dia pun dah stress..haha
heroine versi China ni mmg comel je...mmg stress tengok drama ni..hehe..
Deletehahhaa citer penuh dgn emosi sakit hati je ni...
ReplyDeleteadoii ni klu tengok, jgn BP naik sudah la :p
drama yg sgt tragis...itulah, boleh naik darah kalau tngok..haha..
DeletePueh baca review KakNO tulis ni, dah rasa macam tengok drama tu sendiri dari mula sampai habis. Cecantik belaka para heroinnya 🧐✨
ReplyDeletereview tu baru first part je, kisah 1st heroin, yg 2nd heroine pun tragis jg..huhu..
Deletecantik heroine pakai baju kebaya nyonya..
Saya dah tengok versi Singapore. Memang best!
ReplyDeleteDah lama jugak saya tengok kat tv masa tu.
Saya suka drama camni - yang ala-ala cerita lama, ada unsur budaya (baba nyonya).
check kat wikipedia, drama ni ada ditayangkan di Astro & ntv7 pd tahun 2009..
Deletebetul, suka tengok budaya baba & nyonya dlm drama ni..suka tngok Chen Seng berpantun..
menarik ulasan nohas cerita ada nilai sejarah n budaya baba nyonya..suka tengok kecantikan artis n pakaian mrk menyamai bangsa Melayu...
ReplyDeletedrama ni menarik Kak PI tapi itulah, plot ceritanya sangat tragis...rasa geram je..
DeleteAda tengok episod awal. Haha lepas itu tidak tengok. Betul tengok kebudayaan dan masakan Baba & Nyonya.
ReplyDeleteseronok tengok budaya baba & nyonya dlm drama ni..
DeleteBanyak jugakk episodenyaa, agak jenuh untuk dihabiskan. Tambah pulakk, drama ni memang boleh buat kita stress sakit hati dan sebagainya. Pernah tengok beberapa scene tapi tak tengok full episode sebab macam tak kena dengan jiwa hehehe.
ReplyDeletelama jg nak habiskan drama ni...yg remake tak habis nonton..hehe..
Deleteooo..ada tngok..drama mcm ni kena ada minat, baru ada mood nak tengok..haha..
Ooh ada remake dah rupanya
ReplyDeleteha'ah..ada remake tahun 2020..menarik jg yg remake..tapi akk tak nonton sampai habis..
DeleteMenarik.. Terima kasih untuk review.
ReplyDeletesama2..dua2 versi menarik..
DeleteMcm best je cerita ni. Kena tonton la..
ReplyDeletemenarik Abam Kie..tapi kena tahan hati dgn plot yg tragis..
DeleteRasa macam ternampak kat tv tapi tak ingat tv apa. Tapi sebab tak tenguk dari awal dan tak paham jalan ceritanya jadi terbiar lah gitu. Tapi bila baca review nohas emm macam best je.
ReplyDeletechannel Astro & ntv7 ada tayang tahun 2009, kmdian di channel AEC thn 2019..
Deletedrama ni menarik..tapi kena tahan hati dgn plot yg tragis..
saya pernah tgk kat tv nohas versi singapore xsilap..ok best juga jalan cerita dia..
ReplyDeletejln cerita best tapi sangat tragis...drama yg banyak papar budaya baba & nyonya..
Deletei kalau serial ni ikut mood. kalau seronok tu sampai kan tak tidur tu nak menghabiskan.. hehehe.
ReplyDeleteplot menarik mmg asyik melayan..kekdg tak sedar sampai 2-3 pagi..
Delete