Tuesday, 24 August 2021

Ketereh itu buah gajus

 Budu oh Budu

Budu cap Ketereh


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. 

Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. 

(sumber: wikipedia Bahasa Melayu)

Menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :

  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut

.sumber: Kelantankini

Tapi budu mengandungi urid asid tinggi, tak sesuai untuk mereka yang sakit gout, kencing manis, darah tinggi.

28 comments:

  1. saya tak boleh budu banyak2 sangat, pening hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. budu ni mkn sikit2, buat penyicah, mmg boleh bertambah-tambah nasi..hehe..

      Delete
  2. Bila dah tua ni abe kie x kerap mkn budu atas faktor kesihatan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo...kesihatan lebih utama, langkah terbaik..

      Delete
  3. Banyak khasiatnya budu, kita tak tahu, selain menambah rasa pembuka selera jugak budu ni..

    ReplyDelete
  4. Teringat makan budu kat depan KL International...

    ReplyDelete
  5. Suka budu tapi jarang dapat makan.
    Apapun kena bersederhana makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..jgn makan berlebihan..
      sesekali beli budu..

      Delete
  6. baru tahu bagusnya budu byk khasiat
    alamak tp cik nur tak reti mkn budu

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk khasiatnya..dulu makan budu dlm nasi kerabu je..hihi..

      Delete
  7. Selain diletak dlm nasi kerabu...budu jugak sedap dimasak tumis..org kelantan panggil tumis budu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah lg masak budu, selalu buat pencicah saja..makan dgn ikan bakar, pergghh..

      Delete
  8. Semalam baru perkena budu ni­čĄúPenangan dia lain macam betol!! Sampai bertambah nasi­čśü

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul, mmg penambah selera, nasi pun bertambah..

      Delete
  9. Ohh ketereh tu gajus rupanya. Tak pandai makan budu kecuali dah letak dalam nasi kerabu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 makan dlm nasi kerabu je, jarang beli sebotol mcm ni..sekrg buat pencicah..

      Delete
  10. Replies
    1. betul, makan sekali-sekala, penambah selera..

      Delete
  11. KETEREH PUN ADA KAT KELANTAN ..SEDAP BUDU KETEREH NI SBG PERENCAH MASAKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, ada nama tempat nama Ketereh..selalu buat pencicah, makan dgn ikan goreng/bakar..

      Delete
  12. oh pahang ada mukim budu..baru tau...budu kalo umh ore klate wajib la ada..budu cap ketereh mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun baru tau bila baca wikipedia bahasa melayu tu...jarang jumpa budu brand lain kt KL ni..

      Delete
  13. Budu cap tereh memang famous, tapi saya tak makan hehehe. Pernah cuit cuit sikit, tapi rasa dia tak kena dengan tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu makan bila beli nasi kerabu, ekrg bolehlah utk cicah..hehe..raaa dia pekat..

      Delete
  14. saya pertama kali mkn budu dgn nasi kerabu..hahaa
    Suami pun ada jual budu cap ketereh ni..nohas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita..rasa sedap je mkn dgn nasi kerabu bila ada budu..mmg gu dia..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!