Monday, 20 September 2021

Aiskrim Gula Apong

Salam semua...selamat hari Isnin..

Minggu lepas, ada urusan bank di Taman Melawati. Sehari sebelum tu dah riki-riki tempat makan best di sini, tetiba nampak ada kedai aiskrim..yeayy...boleh cuba, jarang ada kedai aiskrim local..

Alhamdulillah, urusan bank tak lama sebab dah buat appointment. So masa yang ada, kita terjah kedai aiskrim ni..M Ice Cream di Jalan Bandar 11, Taman Melawati.

Delicious Sarawak's Homemade Ice Cream..

dah buka, jom masuk


ada 5 pilihan
Chocolate Belgium, Red Velvet Honey Bee, Gula Apong Sarawak,
Red Velvet Apong Mix & Chocolate Apong Mix

 

 Topping nya pun banyak pilihan - 2 percuma
chocolate rice, peanut, nestum, cornflakes and choco crunch

yang special ada topping 'honey comb', yang rongga-rongga madu
yang tu kena tambah RM5.00
 
Kita order yang original Gula Apong Sarawak, topping kacang & cornflake
saiz medium harga RM4.70 

sedap, tak berapa manis ais krimnya
manis-manis gula apong

Cafe ni takde dine-in, so kena take-away, ada foodpanda juga

Gula Apong terhasil daripada nira pokok nipah atau dikenali sebagai pokok Apong oleh penduduk lokal negeri Sarawak.

 Recommended, sapot produk tempatan..

Wednesday, 15 September 2021

Forget-Me-Not

Let's talk about flowers..

Suka sangat bunga Lavender sebab warna ungunya yang menarik. Suka juga produk yang base lavender..bathgel, pelembut fabrik, essential oil..suka baunya yang refreshing & calming..

Lovely Lavender (source: pinterest)
 
Bila tengok drama china Mysterious Love, terpikat dengan bunga Forget-Me-Not..warna ungu juga.. 
 

 Forget-Me-Not


di ladang bunga Forget-Me-Not

 
Dalam drama china, Go Go Squid 2 Dt.Appledog's Time, hero lukis mural Forget-Me-Not di apartment heroin, dengan harapan heroin tidak lupakan dia.

mural bunga Forget-Me-Not
 
Bunga Forget-Me-Not dalam dua-dua drama ni ialah versi Chinese. Bunga ni ada 200 species dan ada pelbagai warna, ada warna pink, putih, orange tapi majoriti ialah warna kebiru-biruan dan ungu. Versi lain bunga Forget-Me-Not pun sangat cantik. Subhanallah..suka-suka..
 
 
  
Forget-Me-Not  (source: flowermeaning)
 
pelbagai warna
 

Bunga Forget-Me-Not melambangkan cinta sejati yang tidak berbelah bagi. Daripada website www.flowermeaning.com, diantara lambang bunga Forget-Me-Not ialah:

  • True and undying love
  • Remembrance during partings or after death
  • A connection that lasts through time
  • Fidelity and loyalty in a relationship, despite separation or other challenges
  • Reminders of your favorite memories or time together with another person
  • Growing affection between two people
  • Honoring the Armenian Genocide
  • Helping patients with Alzheimer’s Disease
  • Caring for the poor, disabled and needy 
 
The Armenian Genocide tu yang very shocking, kejadian pada zaman Empayar Othmaniyyah, Turki...huhu..

Bunga yang sweet ni juga dijadikan design purse wanita dan  pinggan-mangkuk di rumah. Ada juga kain English cotton corak bunga ni..sweetnya..



cantiknya..brand Cath Kidston London

 
Bunga Forget-Me-Not ni tak tau dipanggil bunga apa kat sini. Rasa macam pernah jumpa. Lavender and Forget-Me-Not..in love with purple..

Monday, 13 September 2021

Nasi Briyani Kukus Abang Buncit

Assalamualaikum, semoga sihat walafiat..

Dua hari melepek kat rumah. Layan drama. Tengok berita, orang ramai ke sana ke sini, berpiknik, jalan jem..

Kisah nasi beriani kukus yang sedap. Nasi Briyani Kukus Abang Buncit. Selalu briyani depa bagi acar rampai atau acar mentah (jelatah) tapi yang ni ada air asam...boleh buat ketagih katanya..

Gerai depan mini UTC Sentul
 
Pertama kali beli nasi briyani ayam. Sedap rasanya. Second time beli, lauk kambing pula..perghh..enak banget..
 
nasi beriani guna beras basmathi (beras panjang)
sedap dimakan begitu saja
 
yang bawang2 tu lah air asamnya
secoet je, tak sempat nak ketagih...hehe..
 
gulai beriani kambing yang marvelles
harga lauk kambing RM12.90 rasanya
ayam RM8.90, ada lauk daging juga

 Memang sedap, cuma air asam tu je sikit sangat. 
teringin lah pulak..hehe..