Monday, 27 September 2021

Terjumpa bunga seiras virus Covid-19

Salam petang Isnin, 

Semasa cari padang di Taman Botani Perdana, KL

tetiba terjumpa bunga yang familiar ni...uhuh...

gerun pulak menengoknya..haha..

lupa nak check apa nama pokok ni

Friday, 24 September 2021

Piknik @ Taman Botani Perdana

Cuti Hari Malaysia minggu lepas, adik bongsu ajak piknik di Taman Botani Perdana di Taman Tasik Perdana...piknik di padang..

Tiga famili setuju join event kecil-kecilan ni. Famili adik & kakak dari Shah Alam. Dah boleh merentas negeri, sesudah subuh, mereka dah gerak.

 

Alhamdulillah, pagi yang cerah
ikut Jalan Parlimen
 
Banyak jalan tutup dalam kawasan Lake Garden, last2 kena parking di bangunan parkir bertingkat, yang ada Restoran Rebung. Adik dah sampai..perghh..laju benor dari Shah Alam. Dia dah banyak kali datang sini. Hari Sabtu lepas pun ada  datang sini.
 
Jenuh gak cari padang, tapi takpe, exercise...dah lama tak exercise..sambil-sambil melihat kehijauan alam..

mencari jalan masuk ke Taman Botani
 
dah jumpa entrance
 

kena scan juga
 
banyak tempat menarik yang boleh dilawati disini
 
Air terjun Tembusu
 
Setelah berjalan naik bukit, turun bukit, akhirnya jumpa padang yang dicari
 
tak ramai orang lagi
 
port makanan
 
ada nasi lemak, makaroni goreng, kacang kuda rebus
mangga asam boi, kuih karipap, agar2, buah2an
 
breakfast - nasi lemak
 
big boy melayan little boy
 
dah semakin ramai yang datang piknik di sini
berkelompok sana-sini
ada yang buat taichi, ada yang main badminton
ada yang main frisbee
 
biru dan hijau
 
Takde aktiviti khusus, cuma lepak-lepak, tengok pemandangan, hirup udara segar.
Tinggal mak dengan saya, yang lain-lain pergi ronda-ronda kawasan, tengok rusa.
 Saya ada program online haritu
 
sunken garden
 
Ada yang menjual alat permainan belon buih ni, tengok ramai juga yang beli 
bertambah meriah kanak-kanak mengejar buih
 
 
 Dah pukul 10 lebih, bergerak balik. Ikut laluan lain ke tempat parking, perghh..kena mendaki bukit, letih giler, singgah beli air milo di van ni

good business

Driving balik nak keluar dari Taman Botani, banyak pulak jalan tutup, siap ada polis trafik yang jaga. Pusing2, ikut kereta depan..haha..sesat barat..keluar ikut sebelah Masjid Negara. Tengok jalan depan Dataran Merdeka pun ditutup, tak faham betul, kenapa mesti tutup. Tak bagi orang ramai lepak kot time public holiday. Terpaksa pusing ikut Lebuh Ampang, ronda-ronda kotaraya kekdahnya.
 
Sampai di rumah, tak larat sungguh, terus landing atas katil. Tak fit langsung. Lama juga tak exercise, hampir setahun lebih (sejak kena operate bulan 8 tahun lepas), tetiba kena pulak mendaki bukit, memang letih yakamat..hehe..
 
Taman Botani Perdana ni memang sesuai untuk exercise, untuk bersiar-siar, tengok-tengok pokok, mengenali alam semulajadi..

Wednesday, 22 September 2021

Pilih satu antara dua - MPS atau PPC

Bulan Oktober ni, ada dua online seminar berkaitan dengan kerja.

30th Pan Pacific Congress pada 4 & 5 Oktober 2021

14th Malaysian Property Summit pada 13 Oktober 2021

Pan Pacific Congress of Real Estate Appraisers, Valuers & Counsellors (PPC)

Yuran penyertaan : RM550 seorang 
(discount RM500 seorang for 3 peserta dari company yang sama)

Best juga PPC, ketahui property market di negara-negara Pacific Rim, 
the impact of digitalisation, big data on property market

ada speaker dari Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Taiwan

Malaysian Property Summit
 
Yuran penyertaan - RM300
 
Focus on the local property market post-Covid, government policy on MM2H
political, monetary impact, etc..

 

Dua-dua event best, dua-dua event ada speaker from the company..tapi kena pilih satu saja..yuran penyertaan sponsored by company..boleh je gi dua-dua, satu kena bayar sendiri..huhu..

Ikut consensus..go for the highest CPD hours..yeayy!!..see you in PPC..

p/s :Puan Director ISI - main sponsor...jumpa online ya! attend dua-dua ke?