Hello October!!
Berjalan melintasi rumah jiran, ternampak tapak semaian ni, diatas meja dekat koridor.
Biji durian ke ni?..
Hello October!!
Berjalan melintasi rumah jiran, ternampak tapak semaian ni, diatas meja dekat koridor.
Biji durian ke ni?..
Heart to Heart...
Drama Singapore ni layan di viu, menarik juga jalan ceritanya...
Drama berkisar tentang perniagaan, hubungan keluarga dan persahabatan.
Sinopsis
Wenguang, Xiao-na dan Gary ialah tiga sekawan semasa kecil. Semasa mereka berumur 8 tahun. Datuk Wenguang ada restoran tradisional cina yang jual dimsum yang sedap. Restoran Yue Xiang Lou namanya.
Bapa Xiao-Na, Liang Gui bekerja sebagai head chef di restoran tersebut. Datuk Wenguang bagi sepenuh kepercayaan pada Liang Gui, turunkan resepi tapi Liang Gui khianat, dia jual resepi kepada orang luar sebab nak bayar hutang berjudi.
Mak Wenguang pula ada salah faham dengan suami dia, terus tinggalkan Singapore dan bawa Wenguang ke US untuk berubat. Wenguang jadi benci bapa dia sendiri. Pada masa yang sama, keluarga Gary berhijrah ke Hong Kong.
20 tahun kemudian Wenguang kembali ke Singapore dengan tujuan nak sama-sama urus restoran Yue Xiang Lou yang sekarang ni dijaga oleh bapa dan mak tiri dia. Wenguang dan bapa dia masing-masing dapat 50% share dalam restoran tu. Wenguang ni macam jerk, bapa sendiri pun tak kenal, baru datang je, buat perangai bossy, nak tukar itu ini, tak nak berbincang dengan bapa dia..
Restoran Yue Xiang Lou dah tak jual dimsum sebab takde chef yang dapat buat dimsum sedap macam dulu. Tapi Wenguang tetap juga nak kembalikan semula zaman kegemilangan restoran Yue Xiang Lou..kenangan dengan datuk dia..
Xiao-Na bekerja sebagai tukang urut tuina (urut kesihatan cina). Liang Gui ajar Xiao-Na cara-cara buat dimsum resepi Restoran Yue Xiang Lou. Liang Gui dah tak boleh masak sebab dia kaki botol. Deria rasa dia dah tak berfungsi. Liang Gui juga dihantui rasa bersalah pada datuk Wenguang yang dia panggil Master.
Gary juga kembali ke Singapore dan buka restoran Jepun. Mereka bertiga seringkali bertembung tapi tak kenal sesama mereka.
Berjayakah Wenguang kembalikan kegemilangan restoran Yue Xiang Lou? Kena tengok drama ni..hehe..
Bila tengok drama ni baru tahu ada urut kesihatan cina tuina. Lamanya tak berurut badan. Riki-riki di internet, ada pusat urutan tuina di KL. Rasa macam nak try juga..
Sebab tengok drama nilah, teringin nak makan dim sum haritu...haha..pengaruh drama..
Haloo..
Koleksi gambar-gambar makanan yang dimakan sejak kembali ke pejabat, sejak boleh dine-in dan juga at random...
#kes malas nak buat entry..hehe..