Monday, 14 March 2022

Borneo Asian Food : Sugar Bun

Salam mesra..salam petang Isnin..

Dari Pulau Borneo ke Semenanjung...dari timur ke barat..makan-makan di Borneo Asian Food by Sugar Bun..outlet di Jalan Tuanku Abdul Rahman..

Sugarbun ni femes di Sabah & Sarawak, dah mengembang sayap ke semenanjung..

Broasted Chicken - Everyday Dusted Everyday Cooked
Everyone favourite chicken since 1979
 
Walaupun namanya Sugar Bun, tapi tak jual pastries ya. Sebaliknya jual ayam goreng sebagai menu utama. Menu ayam gorengnya dipanggil 'broasted chicken'..

Apakah dia 'Broasted Chicken?..kombinasi daripada perkataan 'broil' and 'roast'.  'broasted chicken' ialah ayam yang digoreng dalam pressure cooker, seperti yang ditulis di kain rentang dalam gambar..'Broasted chicken' is pressurefried, to retain moisture and reduce oil content for healthier and much satisfying meal'..

Jom kita tengok apa yang best..dah dua kali lunch di sini..first time pada bulan April tahun lepas..setahun yang lalu..

promosi sos Sabasco
 
order di kaunter
 ada set broasted chicken, giant garoupa fish, fish burger

Menu giant garoupa fish 'temporarily unavailable'..laksa Sarawak pun takde..

yang ada menu eco fish - ikan tilapia merah
 
tiga menu giant garoupa fish not available at the moment
 
special tea from Sabah
 
sos cili Sabasco 
diperbuat daripada cili 'momporok'
yang hanya didapati di negeri Sabah
biji benih clli yang disebarkan oleh burung bulbul
 
 
ok order set eco fish, first time dulu makan set broasted chicken dengan nasi..
 
#1st - set dua ketul broasted chicken & nasi
sedap nasinya
 
#2nd - set borneo eco fish
sedap sambalnya & nasi, ikan goreng biasa
 
Tapau ala-carte broasted chicken untuk dinner
 
 

 3 ketul broasted chicken
sedap, lembut & juicy

Recommended, broasted is better..
alternatif kepada menu ayam-ayam goreng yang ada di pasaran..

Thursday, 10 March 2022

Puisi Perbicaraan Dalam Mahkamah..

Assalamualaikum..

Kita berpuisi hari ni..tapi bukan puisi ciptaan saya. Puisi ni dah lama, saya pernah up entry puisi ni dalam tahun 2013..oo..dah nak dekat 10 tahun. Puisi ni ambik dari blog www.muqreez.blogspot.com..bila diriki-riki, blog tu dah takde..harap dihalalkan ya untuk bacaan di sini..

Kita up balik puisi sebab sekarang ni tengah hangat dengan kes-kes mahkamah, dalam negara dan luar negara...haha..too hot to handle..

*mereka yang ambik law mesti faham puisi ni kan..

 

Dilepas Tanpa Dibebaskan...
(Dedikasi khas untuk dia yang terlepas)

Berdiri aku di tengah ruang lakuna
Tiada locus standi untuk bicara
Bisa hanya berdiam suara
Untuk terus membela diri
Biar tak terbukti prima facie

Tiada waran yang disempurna
Sepina jua tak berpenerima
Sunyi riuh amicus curiae
Bagai di terra nullius, aku sang persona non grata

Bersandar hanya pada mens rea semata,
Dengan kejam telahku dihukum in absentia
Sedang cinta juga wajib dilaksana dan dilihat terlaksana..

Ku kini dimengertikan hakikat res judicata
Cinta agung tak bersatu lazimnya
Milikan eksklusif nan kekal itu, igauan cuma

Telah ku dilepaskan tanpa dibebaskan
Biar di penghujung hujahan pembelaan.....
 

 

Boleh google bahasa-bahasa Latin yang digunakan untuk lebih faham.. 

#staysafe

Wednesday, 9 March 2022

Drama makan-makan Jepun di Netflix

Konichiwa! 

Ada siapa layan drama Jepun ala-ala drama Korea 'Let's Eat' di netflix? 

Drama yang fokus kepada 'hunting kuliner', ada juga diselit genre slice of life, workplace, relationship, keluarga. Plot cerita fiksyen, tapi tempat makan is 'real'..real restaurant..

Pelakon utama dalam drama ni sangatlah 'meh'..tapi foods nya awesome..jom tengok lima yang best.

 1. The Road to Red Restaurant Lists (2020)

Jumlah episod : 12

Mengisahkan Suda, seorang eksekutif yang setiap hujung minggu akan tinggal sendirian walaupun sudah berkahwin dan ada seorang anak perempuan. Isteri dan anak dia peminat tegar kumpulan idol 'Tear Drops'. Mereka berdua akan pergi ke setiap konsert kumpulan tu dan tinggalkan Suda seorang diri dirumah.

Suda pula cipta aktiviti sendiri. Dia akan pergi mengembara seorang diri dengan menaiki kereta. Dia akan keluar pada Jumaat malam dan balik ke rumah sebelum isteri & anak dia balik. Dia akan bercamping dalam kereta.

Suda mengembara dengan Honda Freed
 

Setiap kali keluar mengembara, Suda mengelak untuk makan di restoran yang femes dan viral. Dia akan cari restoran off mainstream, hidden gems, yang hampir pupus sebab tiada generasi penerus. Semua restoran ni jual makanan yang sedap. Endangered foods, forever..

Mengikut penerbitnya, kriteria restoran yang terpilih dalam drama ni ialah:

  • Elderly owner(s)
  • “Worn out” or aging premises
  • No firm prospects for someone to take over
  • And, most importantly, serves great food

Semasa keluar outing, dia bertemu dengan seorang yang sama minat dengannya tapi lagi kental, yang sanggup berhabis duit untuk modify kereta. Lelaki ni dalam perjalanan nak pujuk isteri dia sebab isteri dia balik kampung. Merajuk sebab tak setuju dia habiskan duit modify kereta...hehe..

pengembara tegar yang habis duit berjuta untuk modify kereta

 

2. The Way of the Hot & Spicy (2021)

Jumlah episod :  12

 

Senak perut tengok drama makan2 ni..ultra pedas..

Drama mengenai seorang eksekutif jualan dari Osaka, Kenta Sarukawa, yang berpindah ke Tokyo. Syarikat dia menjual pelbagai jenis minuman botol dan yang paling popular ialah minuman sukan (sports drink).  

Bos dan rakan sekerja dia di Tokyo semuanya penggemar makanan pedas..bukan pedas biasa-biasa..ultra pedas..Bos dia siap tanam pokok cili habanero, cili yang paling pedas dalam dunia.

 

Kenta yang pada mulanya tak makan pedas, dah terikut dengan tabiat rakan sekerja dia. Drama ni ada diselit juga pahit manis jadi eksekutif jualan serta cabaran dan dugaan dalam bidang pemasaran.


3.  Kantaro : The Sweet Tooth Salaryman (2017)

Jumlah episod : 12

  

Drama mengisahkan Kantaro, seorang IT engineer yang sanggup tukar kerjaya jadi eksekutif jualan/pemasaran untuk syarikat penerbitan sebab nak 'hunting dessert (manisan)'.

Mak Kantaro bekerja sebagai doktor gigi. Kantaro dari kecik memang dilarang keras untuk makan makanan manis. Bila dah besar dan bekerja, dia jadi craving dessert yang popular lagi sedap. 
 
Kerja sebagai eksekutif jualan selalu je keluar pejabat. Setiap kali nak keluar, dia akan riki-riki tempat menarik untuk makan manisan. Lepas habis tugasan, dia akan pergi ke outlet tersebut dan kemudian update dalam blog....haha..macam biasa buat je..
 
Drooling tengok dessert yang dia makan, semuanya jenis premium...chocolate eclair, peach parfait, caramel pudding.. 
 
 
Cara Kantaro describe dessert, bisa bikin penasaran..



4. Izakaya Bottakuri (2018)

 Jumlah episod : 11

 

Yang ni bukan drama 'hunting kuliner' tapi kisah makan-makan dalam cafe tradisional Jepun. Drama berkisar dalam Izakaya Bottakuri yang diwarisi oleh dua orang beradik, Mine dan adik dia, Kaoru. Mine yang chef utama.
 
Walaupun nama tempat makan ni macam scary sikit, 'Izakaya Bottakuri' maknanya 'cafe yang mencekik pelanggan'..mencekik dari segi harganya...tapi ramai pelanggan tetap. Kebanyakan jadi pelanggan sejak izakaya ni dikelola oleh ibu bapa Mine dan Kaoru.

pelanggan tengah malam
tak jadi nak tutup kedai kalau pelanggan cenggini ..haha..

Selain kisah makan-makan, diselit juga kisah kehidupan dan masalah pelanggan tetap yang selalu bertandang.


5. Samurai Gourmet (2017)

 Jumlah episod : 12


Kisah hunting kuliner orang pencen. Kasumi yang dah pencen, mula meneroka kawasan tempat tinggal dia dengan berjalan kaki dan jumpa pelbagai restoran menarik. Episod yang kelakar masa Kasumi jadi 'extra' untuk satu drama, dah petang baru dapat makan, dapatlah makan free dekat set penggambaran...
 
Makanan yang familiar - Oden
 
Kasumi dan wife keluar makan oden di restoran. Cara depa makan oden berbeza dengan kita. Kita makan style berkuah, depa makan isi saja. Tak makan semua sekaligus. Lepas habis makan satu jenis, baru minta yang lain pula. Ada telur rebus juga.
 
----------------------------------------
 
Selain 5 drama diatas, ada juga drama makan-makan Jepun yang lain di Netflix. Tapi teman malas nak tengok. Antaranya drama The Curry Songs dan What Do You Eat Yesterday.
 
The Curry Songs tu adalah tengok sikit. Entah, sakit hati je tengok hero yang asyik nak makan free, kemudian pau orang lain sebab nak makan kari. Lepas tu dia pulak yang over, perangai pelik. Drama What Do You Eat Yesterday, ialah cerita 'gay couple'..pasangan pelangi..baca sinopsis je..tak teringin nak tengok..haha..
 
Menarik drama makan-makan ni...kuliner Nippon..