Salam mesra..salam petang Isnin..
Dari Pulau Borneo ke Semenanjung...dari timur ke barat..makan-makan di Borneo Asian Food by Sugar Bun..outlet di Jalan Tuanku Abdul Rahman..
Sugarbun ni femes di Sabah & Sarawak, dah mengembang sayap ke semenanjung..
Broasted Chicken - Everyday Dusted Everyday Cooked
Everyone favourite chicken since 1979
Walaupun namanya Sugar Bun, tapi tak jual pastries ya. Sebaliknya jual ayam goreng sebagai menu utama. Menu ayam gorengnya dipanggil 'broasted chicken'..
Apakah dia 'Broasted Chicken?..kombinasi daripada perkataan 'broil' and 'roast'. 'broasted chicken' ialah ayam yang digoreng dalam pressure cooker, seperti yang ditulis di kain rentang dalam gambar..'Broasted chicken' is pressurefried, to retain moisture and reduce oil content for healthier and much satisfying meal'..
Jom kita tengok apa yang best..dah dua kali lunch di sini..first time pada bulan April tahun lepas..setahun yang lalu..
promosi sos Sabasco
ada set broasted chicken, giant garoupa fish, fish burger
Menu giant garoupa fish 'temporarily unavailable'..laksa Sarawak pun takde..
diperbuat daripada cili 'momporok'
yang hanya didapati di negeri Sabah
biji benih clli yang disebarkan oleh burung bulbul
ok order set eco fish, first time dulu makan set broasted chicken dengan nasi..
sedap nasinya
sedap sambalnya & nasi, ikan goreng biasa
Tapau ala-carte broasted chicken untuk dinner
3 ketul broasted chicken
sedap, lembut & juicy
Recommended, broasted is better..
alternatif kepada menu ayam-ayam goreng yang ada di pasaran..
adushhh Lapar perut nmpk menu2 ni
ReplyDeletehe hee mengodaaa
hehe..sedap2 semuanya..ada online jg..
DeletePernah makan Sugar Bun masa waktu tinggal di Labuan.
ReplyDeleteBerkembang menunya. Dahulu tiada ikan.
jarang fast food outlet jual menu ikan goreng...promote local product..
Deletetakda sup sebagai side dish ke? orang sabah kan semua makanan ada sup sebagai side dish tak kira la makanan apa pun 😅
ReplyDeletetakde..kalau ada, best jg..
DeleteKat Conezion ni pun ada outlet dia..bulan lepas bukak..mula2 ada few item dalam menu mmg not available..sabar jer la menanti...
ReplyDeleteoo..ada buka di sana..entah bila nak jalan2 ke Conezion...hehe..
DeleteOh? Ada sos cili Sabasco ? Baru tau!
ReplyDeletesos dari Sabah..
DeleteWah ..ikan goreng garing cicah sambal sedap
ReplyDeleteikan goreng panas2..
DeleteMenarik juga.. Lamanya tak jalan2 area jalan TAR
ReplyDeleteoutlet ni di jalan TAR belah atas, dkt Mydin..
DeleteDl zaman sek dh smp jb sugar bun ni pastu dia hilang.. Now dia msk blk kat kl ye hehhe..
ReplyDeleteoo..dah sampai JB...now in KL..hehe..
Deletewah boleh nikmati selera masakan Borneo di sini
ReplyDeletetapi tulah, dah takde pulak..
DeleteSelamat menjamu selera masakan borneo
ReplyDeleteyang menu masakan borneo tu takde buat sementara waktu..
DeleteDari cara penyediaan masakan tu nampak sedap. Isi lembut dan luarannya rangup. Ingatkan bun roti rupanya ayam.
ReplyDeletemasak guna pressure cooker, isi ayam jd lembut...itulah bila tgk nama, ingatkan jual pastries..
DeletePastu yang kat Sabah semua dah tutup. Bankrap. Dulu awal2 tahun 2000-ish, femes. Pastu tetiba bankrap. Buka lagi 10 years after, bertahan lama juga but came pandemic. Bankrap lagi. Walhal sedap je menu dia semua. Nampak gaya, kena turun Sarawak / WM lah nak merasa.
ReplyDeleteoo..dah tutup di Sabah..2nd time bangkrap sbb pandemik..nampaknya kena makan di KL/Selangor..hehe..
Delete