Hola!
Rumah kedai yang dibina sebelum perang (pre-war building) yang dipulihara dan dikekalkan imej rundown, comot dan vintage menghasilkan backdrop yang mengujakan. Klasik.
Kafe Kleptokrat di Jalan Tun H.S. Lee satu contoh yang unggul.
deretan pre-war building di Jalan Tun H.S.Lee LOKL cafe disebelah kanan
Kawasan Jalan Tun H.S. Lee yang belah sini dipanggil 'Lebuh Ampang'. Kawasan Lebuh Ampang bukanlah kawasan yang 'happening' di KL ni, tak macam Bukit Bintang dan Bangsar. Bila hari beransur petang dan malam hari serta hari cuti, suasana sepi di sini.
Tapi disebabkan kedua-dua cafe in sangat menarik, ramailah yang berkunjung ke sini. It seems that location is not crucial in this matter. The real estate's mantra 'location, location, location' does not apply here.
Jom tengok preservation dan ubahsuai dalaman bangunan Kafe Kleptokrat.
tingkap yang lejen
kaki lima with arch ceiling
bahagian depan pintu utama
Masuk je, terus jumpa kaunter, order dan bayar di sini.
Ada western, ada malaysian foods...surprisingly, ada jual lontong kering juga
Teman cuma order muffin cempedak dan teh O ais limau. Melihat harga2 semua, pening lalat dibuatnya..on the very high side..takpelah, misi utama datang sini nak riki-riki bangunan je..
Makanan disediakan oleh Timothy Cafe
Kalau diamati dari luar, Kafe Kleptokrat ni gabungan lima buah rumah kedai. Yang paling kanan (corner lot) ialah Timothy Cafe, kemudian ada Mingle yang menempatkan bilik hotel di tingkat atas.
mejanya di sini, disebelah swimming pool
salah satu keistimewaan prewar shophouse ialah ada internal courtyard yang besar, yang membolehkan swimming pool dibina
private room di tingkat bawah, bilik hotel di tingkat atas
Ok, jom tengok dekorasi pula
pelbagai benda old school - blast from the past
ok, makanan dah sampai, kita makan dulu
muffin cempedak & teh O limau ais total damage : RM25.50..fuhh..
Masa untuk layan view di tingkat atas pula
dining area di tingkat satu
Ke tingkat bawah semula, nak keluar lalu depan private room
Ok, dah exit Kafe Kleptokrat, hujan renyai-renyai...ronda di sepanjang kaki lima..
ini Timothy Cafe - old school cafe
lorong di sebelah Timothy Cafe
Menarik sekali konsep cafe-hotel ni, bak kata-kata zaman millenium - very instagrammable, cool untuk photoshoot OOTD..