Assalamualaikum semua..cuti raya, blog pun cuti...hehe..
Kenangan sambutan raya di kuale..
Di pagi raya, solat sunat hari raya di Masjid Raja Permaisuri Bainun, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Taman Chandan Puteri..
dah banyak kereta
Masjid Raja Permaisuri Bainun
Alhamdulillah, selesai solat sunat Eid'ul Fitri
Jom intai dewan solat yang cantik, putih berseri
bergambar kenangan, mak saya je yang lain, malehh..hehe..
anak jiran yang datang beraya motor kapcai tak sempat dibawa keluar
"rasalah 'nasi impit' ini, dengan rendangnya sekali sudilah rasa kuihku, pilih yang mana satu"
"kuih dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang"
Hari raya tak pergi ke mana-mana. Sana-sini jalan sesak, jem padat. Hari Rabu, adik bongsu sekeluarga datang dari Shah Alam. Hari Khamis, adik masak laksa, makan-makan dan melepek kat rumah. Cuaca panas di kuale, takde hujan langsung.
Hari Jumaat, berangkat pulang ke kotaraya KL, naik keretapi ETS. Kakak dan mak nak tinggal di kampung sampai hujung bulan..InshaaAllah..
kereta masih banyak di pagi hari Jumaat
turun dari atas bukit, menuju ke jam besor, berderet kereta
Hari ni dah mula kerja..rasanya ramai yang start kerja hari ni..officemate masih ada yang bercuti..
Itulah saja, cerita raya tahun ni..#startrayaKL pula