Thursday, 16 June 2022

Char Kuey Teow sedap @ Malinja CKT

Kisah makan-makan gerai dekat rumah..

Sebelah gerai Pentol Kuah Mantul, ada gerai char kuey teow kerang, Malinja Char Kuey Teow namanya..sedap masakannya..depa jual char kuey teow saja, makanan lain takde..

 lokasi gerai belakang Apartment Melur
 
tukang masak
 
 First time beli, bungkus bawa balik, makan di rumah. Kalau tapau, depa asingkan isi ketiau dan kuahnya. Char kuey teow Melayu ada kuah, jenis basah. Kalau yang Cina, jenis kering, mcm ketiau goreng biasa
 
kuey teow

dah dicampur kuahnya
harga yang biasa : RM6.00
yang special (ada udang 2 ekor) : RM8.00
 
Enak sih, rasanya sedap. Lepas tu, selalu juga beli, makan kat gerai.
 
char kuey teow special, ada udang 2 ekor
 
Recommended sangat char kuey teow ni, sedap!!

Itulah dua gerai yang wujud dekat rumah, sesekali bila boring makan nasi, singgah sini, makan bakso & char kuey teow..Alhamdulillah..

Wednesday, 15 June 2022

Pentol Kuah Mantul

Assalamualaikum..

Balik dari kampung lepas raya haritu, baru perasan ada 2 sidewalk gerai dekat rumah. Dua2 gerai ni di Jalan 7/48A, lokasinya diantara Apartment Melur dan Apartment Mawar di Bandar Baru Sentul..

gerai di belakang Apartment Melur
 
gerai Pentol Kuah Mantul namanya
jual bakso, ada nasi goreng juga
 
Tapau bakso mihun
 
baksonya
 
enak sih, gurih, baksonya ada 4 biji
supnya tak byk bahan perasa, harga RM7.00
 
Sejak haritu, banyak kali juga mampir di sini, beli sup bakso 
 
homemade bakso katanya

yang ni extra bihun, extra bakso, harga RM10.00
makan sambil tengok drama 'Justice' kat hp


 Alhamdulillah, ada gerai bakso yang sedap dan dekat dengan rumah..

Tuesday, 14 June 2022

Hari 2 & 3 di Kantan Cottage, Janda Baik

Sambung cerita family gathering di Kantan Cottage...

Hari baru menjelma, hari Ahad, 5 Jun 2022.. 

Sarapan pagi hari ni ialah laksa kuale dan nasi goreng serta buah-buahan. 

prepare sarapan pagi

Lepas sarapan, bersiar-siar dalam kampung, hiking, tengok kebun orang...

bahagian sungai yg cetek airnya
 
ladang kantan
 
sekuntum bunga kantan
 
merentas desa
 
ladang pokok markisa
 
rumah ladang yang cantik
 
pokok petai kecik
 
Separuh jalan je, tak larat nak mendaki bukit, berpatah balik ke cottage. 
 
dua ekor bulus yang comel

Untuk makan tengahari, adik masak nasi arab guna periuk noxxa, lauk ayam bakar dan side dishes - salad arab (salatoh) & sambal

adik bongu & adik ipar masak roti jala untuk minum petang
makan dengan kari ayam
 
Menu makan malam - nasi putih, ikan siakap bakar, ayam & kambing bakar, sayur kobis goreng, rendang ayam, kerabu sayur
 
team BBQ
 
kerabu kobis, taugeh & kangkung
 
dinner

 Alhamdulillah, hari Ahad dah berlalu. Esoknya, hari Isnin 6 Jun 2022.
 
Sarapan pagi - bihun goreng, cucur bilis, telur dadar & buah-buahan
 
sarapan
 
Around pukul 9.00 pagi, takde air di bilik air. Tapi di dapur outdoor, ada air. Kami pun bermandi-manda di sungai. Untuk kes emergency, kenalah ambik air di dapur..
 
Selepas kemas, bersih dan sapu2 semua, kami pun check out around pukul 11.40 pagi.
 
Sekian, percutian keluarga di bulan Jun 2022. Semua ok, kecuali internet slow..biasalah kan, lokasi dah dihujung kampung. TV ada tapi channel SUKE TV..semedang rancangan jual barang online..hehe..