Thursday, 16 June 2022

Char Kuey Teow sedap @ Malinja CKT

Kisah makan-makan gerai dekat rumah..

Sebelah gerai Pentol Kuah Mantul, ada gerai char kuey teow kerang, Malinja Char Kuey Teow namanya..sedap masakannya..depa jual char kuey teow saja, makanan lain takde..

 lokasi gerai belakang Apartment Melur
 
tukang masak
 
 First time beli, bungkus bawa balik, makan di rumah. Kalau tapau, depa asingkan isi ketiau dan kuahnya. Char kuey teow Melayu ada kuah, jenis basah. Kalau yang Cina, jenis kering, mcm ketiau goreng biasa
 
kuey teow

dah dicampur kuahnya
harga yang biasa : RM6.00
yang special (ada udang 2 ekor) : RM8.00
 
Enak sih, rasanya sedap. Lepas tu, selalu juga beli, makan kat gerai.
 
char kuey teow special, ada udang 2 ekor
 
Recommended sangat char kuey teow ni, sedap!!

Itulah dua gerai yang wujud dekat rumah, sesekali bila boring makan nasi, singgah sini, makan bakso & char kuey teow..Alhamdulillah..

20 comments:

  1. Bertuah dapat jumpa char kuey teow yang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah buka 2 bulan lebih, baru tahu...hihi..

      Delete
  2. bestnya! dah lama tak mkn ni. tempat gee skrg kat mukah srwk jarang ada org buat

    ReplyDelete
  3. Saya peminat CKT, tapi memang jarang jumpa yang menepati selera. Untung Nohas jumpa dekat dengan rumah, senang nak mengulang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada try 2-3 tempat tapi kureng sikit...yang ni tersedap..Alhamdulillah, dah byk kali makan..hehe..

      Delete
  4. Lama bebenor tak makan CKT..kat Putrajaya ni tak jumpa yg best..

    ReplyDelete
  5. oh kalau tapau dia asingkan kuah..xpernh jmpa lg yg jual mcm tu..slalunya tapau mmg siap kuah trus tp tu la kalo tapau kembang dh la..tp kuah asing gini okla

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm n ok, kuah asing...kalau campur, mmg akan kembang...ckt ni lebih sedap dimakan lepas dimasak..panas2..

      Delete
  6. SEDAP CAR KUETIAW BERUDANG BESAR

    ReplyDelete
  7. Untunglah dekat rumah.
    Hehe itu yang tukang masak gerai spesifikkan CKT sebab untung tumpu satu jenis menu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mudah sbb dekat rumah...ada kelebihan & kekurangan jg...tak semua suka CKT..kalau pelbagai menu, boleh tarik ramai pelanggan..

      Delete
  8. Teringat Sani CKT berhampiran Istana Budaya. Pun sedap jugak.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Senang kalau ada tempat makan yang dekat dengan rumah. Sedap tengok char kuey teow dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..senang, jalan kaki je pi makan...bagi saya, sedap ramuannya..kuah dia sedap...

      Delete
  10. Bagusnya dia tapau kuahnya asing.. Tak pernah jumpa penjual yang buat macam nie..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!