Assalamualakum semua..
Kisah jalan-jalan naik LRT dan MRT percuma..
Menyambut hadiah dari kerajaan bagi free ride selama sebulan sempena pelancaran MRT Putrajaya Line fasa 1, hari Sabtu baru ni, kami pun jalan-jalan ke Bandar Kajang, nak pi makan sate kajang.
Adik bongsu sekeluarga datang dari Shah Alam. Tinggal kereta di rumah dan kami (8 orang ahli rombongan) naik LRT Sri Petaling dari stesen Sentul Timur ke stesen Masjid Jamek.
Untuk ke platform, boleh guna kad touch n go atau ambil token di kaunter.
di stesen Sentul Timur
Sebenarnya boleh je turun di stesen Plaza Rakyat. Tapi sebab takut kena berjalan jauh ke stesen MRT Merdeka, kami turun di stesen Masjid Jamek. Ambik pula LRT Kelana Jaya line ke stesen Pasar Seni. Satu stesen dengan MRT Kajang line..jalan-jalan dalam stesen je..
dalam LRT Kelana Jaya line
belasah habis-habisan naik LRT percuma..hihi..
Dah sampai stesen Stadium Kajang
Restoran sate Hj Samuri di tepi stadium Kajang
ramai orang, yang beratur ni untuk order
Kaedah untuk makan disini ialah sorang kena cari meja dan sorang lagi kena beratur, kemudian kena habaq nombor meja kat yang beratur. Masa nak order, cashier akan tanya nombor meja sebab depa nak hantaq makanan.
Walaupun nampak penuh tapi jangan gusar. Restoran ni sebenarnya besar. ada lagi tempat di bahagian belakang. Kena tanya waiter. OK, dah dapat meja, ajak yang lain duduk sementara tunggu makanan yang diorder. Orang yang order tu kena pastikan order makanan mencukupi, kalau tak nak beratur lagi (kalau ramai orang lah)..tak habis, takpe, boleh bungkus bawa balik..
Selain satay, ada juga makanan lain seperti nasi ayam, nasi goreng, sup2 dan goreng-goreng. Kami order sate ayam(20), daging(20), kambing(5) & perut babat(5) serta nasi ayam (5) dan air tembikai satu jug. Must eat rice..
Tak sempat ambik gambar makanan, semua dah kelaparan, maklumlah perjalanan jauh, dah hampir pukul 1 tengahari. Habis licin semua..Allhamdulillah..nasi ayamnya sedap...sate..biasalah..sejuk sikit..
masih ramai pelanggan masa kami nak balik
suka abam ni bawa lagu 'Fly Me to the Moon'
Dah kenyang, masa untuk pulang...
yang ni pula medan sate kajang.. ada banyak pilihan gerai dalam ni..
Balik ke KL, kita turun di stesen Merdeka. OKlah, takdelah jauh sangat berjalan ke stesen Plaza Rakyat. Ambik LRT ke stesen PWTC, singgah Sunway Putra Mall pula, ada budak nak air boba. Dari pagi, dok asyik nak air boba, air boba...layan je lah..outlet chatime kat rumah dah tutup..
Sib baik lah transport percuma, jimat le turun naik LRT, MRT...balik rumah terus landing..hehe..
#tak dapat nak komen blog kawan2, google tak keluar, jadi anonymous pula...huhu..