Wednesday, 22 June 2022

Free Ride : Makan Sate Hj Samuri di Kajang

Assalamualakum semua..

Kisah jalan-jalan naik LRT dan MRT percuma..

Menyambut hadiah dari kerajaan bagi free ride selama sebulan sempena pelancaran MRT Putrajaya Line fasa 1, hari Sabtu baru ni, kami pun jalan-jalan ke Bandar Kajang, nak pi makan sate kajang.

Adik bongsu sekeluarga datang dari Shah Alam. Tinggal kereta di rumah dan kami (8 orang ahli rombongan) naik LRT Sri Petaling dari stesen Sentul Timur ke stesen Masjid Jamek. 

Untuk ke platform, boleh guna kad touch n go atau ambil token di kaunter.

di stesen Sentul Timur
 
dalam LRT Sri Petaling

Sebenarnya boleh je turun di stesen Plaza Rakyat. Tapi sebab takut kena berjalan jauh ke stesen MRT Merdeka, kami turun di stesen Masjid Jamek. Ambik pula LRT Kelana Jaya line ke stesen Pasar Seni. Satu stesen dengan MRT Kajang line..jalan-jalan dalam stesen je..

dalam LRT Kelana Jaya line
 belasah habis-habisan naik LRT percuma..hihi..
 
di stesen MRT Pasar Seni
 
playing tourists
 
dalam MRT Kajang Line
 
Dah sampai stesen Stadium Kajang
 
Restoran sate Hj Samuri di tepi stadium Kajang
 
ramai orang, yang beratur ni untuk order
 
Kaedah untuk makan disini ialah sorang kena cari meja dan sorang lagi kena beratur, kemudian kena habaq nombor meja kat yang beratur. Masa nak order, cashier akan tanya nombor meja sebab depa nak hantaq makanan. 

Walaupun nampak penuh tapi jangan gusar. Restoran ni sebenarnya besar. ada lagi tempat di bahagian belakang. Kena tanya waiter. OK, dah dapat meja, ajak yang lain duduk sementara tunggu makanan yang diorder. Orang yang order tu kena pastikan order makanan mencukupi, kalau tak nak beratur lagi (kalau ramai orang lah)..tak habis, takpe, boleh bungkus bawa balik..

Selain satay, ada juga makanan lain seperti nasi ayam, nasi goreng, sup2 dan goreng-goreng. Kami order sate ayam(20), daging(20), kambing(5) & perut babat(5) serta nasi ayam (5) dan air tembikai satu jug. Must eat rice..
 
Tak sempat ambik gambar makanan, semua dah kelaparan, maklumlah perjalanan jauh, dah hampir pukul 1 tengahari. Habis licin semua..Allhamdulillah..nasi ayamnya sedap...sate..biasalah..sejuk sikit..

masih ramai pelanggan masa kami nak balik
 
suka abam ni bawa lagu 'Fly Me to the Moon'
 
Dah kenyang, masa untuk pulang...
 
yang ni pula medan sate kajang..
ada banyak pilihan gerai dalam ni..
 
 
Balik ke KL, kita turun di stesen Merdeka. OKlah, takdelah jauh sangat berjalan ke stesen Plaza Rakyat. Ambik LRT ke stesen PWTC, singgah Sunway Putra Mall pula, ada budak nak air boba. Dari pagi, dok asyik nak air boba, air boba...layan je lah..outlet chatime kat rumah dah tutup..

Sib baik lah transport percuma, jimat le turun naik LRT, MRT...balik rumah terus landing..hehe..

#tak dapat nak komen blog kawan2, google tak keluar, jadi anonymous pula...huhu..

26 comments:

  1. Eloklah guna sempena percuma. Masa ada percuma yang line ke Sungai Penchala kitorang ada cuba. Tapikan masih rasa lambat naik MRT. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahli rombongan ramai, dpt free ride, kira jimat....oklah, x jem...hihi..

      Delete
  2. Masih sedap lagi ke satay samuri. Rasanya macam dah kureng kick sataynya. Tapi best pulak tu ada satay babat. Ni kiranya jalan-jalan segala train leh naik. Bukan selalukan dapat free

    ReplyDelete
    Replies
    1. kureng sikit dari yg dulu2..lama x makan sate babat, teringin...belasah naik semua LRT, MRT..

      Delete
  3. Penah buat jugak, masa cuti CNY bulan 2. Naik MRT ke Kajang semata2 nak makan sate hj samuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg buat mcm ni...hehe..lepas makan, ramai2 balik naik mrt..

      Delete
  4. wah jimat belanja pengankutan jalan2 sambil makan2 sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal jg nak pergi balik kajang kalau ramai2 naik mrt...

      Delete
  5. Pertama kali makan sate Haji Samuri di Kajang pada awal tahun 1990-an, zaman belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 sedap..sekrg dah kureng rasanya..

      Delete
  6. memang puas naik LRT sebulan ni. eh..samalah kita, makan apa pun must eat rice. lama tak makan sate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas ke sana-sini naik MRT/LRT...sbb breakfast light2 je..tu yang lapor semcm je..

      Delete
  7. Seronok ni…jalan2 tambang ada yang belanja kiranya.
    Pernah makan kat medan sate kajang, restoran hj Samuri macam belum pernah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai ahli rombongan, byk jg belanja kalau kena bayar tambang semua..

      Delete
  8. dr Merdeka ke Plaza Rakyat kalau jalan speed ammi yang tak berapa nak laju makan 5 minit jugak.. kalau laju lagi confirm mengah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun jalan pelan2...cuma ada satu walkator je, kalau ada 2-3, best jg..

      Delete
  9. tu la tu. da ajak asben naik KL, just bwk anak2 naik mrt. releks...
    punyer la lama adik beradik dok kajang / bangi, hanya sekali aida makan di samuri kajang ni, nohas. abg2 ipar dok tapaw bwk balik rumah aje :) ha ha ha ha ha...
    nice la restoran dia. ramai tapi besar. semua in shaa Allah ada tempat duduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time free ni mmg best naik lrt/mrt ramai-ramai..kekdg bila dekat, tapau & makan kat rumah lagi best, lg rileks...ha'ah besar restorannya, sampai ke bhg belakang tempat duduknya..InshaaAllah, semua boleh makan dgn selesa....

      Delete
  10. syok naik lrt free ...smp2 mkn sate kajang...pjg juga queue tu..pernah juga singgah sini tp waktu malam...skarang dh byk cawangan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...keluar masuk lrt/mrt...ramai jg yg dari KL dtg makan sate kajang...sembang2 time beratur..ha'ah..dah ada beberapa cawangan di klang valley..

      Delete
  11. ni yg original, lepas makan boleh jogging satu pusingan kat trek sebelah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...exercise..gi belah petang/malam boleh lah..

      Delete
  12. Syok juga jalan-jalan naik mrt lrt sementara percuma ni..

    ReplyDelete
  13. Untung dapat jimat belanja transport sebulan. Tak sempat nak ride masa free haritu. Seronok juga ambil peluang jalan jalan dengan family. Pernah sekali je sampai sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..jalan jauh2 berbaloi bila ada free ride..jimat kos transport..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!