Monday, 27 June 2022

Majlis Makan Malam RISM kali ke61

Assalamualaikum..salam hari Isnin..

Dah dua tahun, takde annual dinner, gathering semua, malam Sabtu lepas, teman pun merelakan diri hadir ke 61st Annual Dinner RISM di KLCC Convention Centre. Free dinner, company bayor..


RISM stands for Royal Institution of Surveyors Malaysia. Bahasa Melayunya  Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia. Gathering of all surveyors..Property Surveyor, Building Surveyor, Quantity Surveyor and Land Surveyor...

Pertama kali buat di KLCC Convec ni, terbaiklah tempatnya..parking banyak, surau selesa..dekat dengan rumah...

pukul 7.14 masih lengang
 
check lokasi meja
 
pukul 7.50 dah ramai
 
Menu chinese course..makan lauk-pauk dulu..
second last baru makan nasi..
 
starter

sambil dihiburkan oleh Datuk Mokhzani quartet 
featuring Mimi, ada Sham Kamikaze juga
 
my fren nyanyi chorus
lagu Shiela Majid - Antara Anyer dan Jakarta
 
event kat pentas utama
 
Ada pelbagai acara - Young Surveyor Award, Lifetime Achievement Award, Tokoh Juruukur..lucky draw sudah semestinya...but me, seperti biasa, the unlucky one..
 
nombor tak naik
 
Lastly, entertainment dari singer Shahrizan Borhan
 

lagu feveret time majlis dinner..Belaian Jiwa, Kau Ilhamku..
audience pun nyanyi sama 
 
Dapatlah jumpa beberapa staff dari branch yang lain di Klang Valley, kawan-kawan lama, ex-staff..  
 
#tunggu majlis konvo pulak, entahlah BOVEAP buat ke idok.. 
dah beberapa kali kena cancel..huhu..

Thursday, 23 June 2022

Selesai...Chef's Table..

Dokumentari menarik di Netflix...Chef's Table...

"in this Emmy-nominated series, meet culinary stars around the world who are redefining gourmet food with innovative dishes and tantalizing desserts" 

"Some of the most renowned chefs in the world share their deeply personal stories, inspirations, and unique styles. Each chef's discipline and culinary talent is explored while he or she prepares an awe-inspiring creation"

Semuanya ada 6 Volumes, setiap volume ada 4 hingga 6 episod. Menonton dari awal tahun ni, pelan-pelan tengok..

Dokumentari ni mengenai kisah hidup chef terkemuka dunia, kebanyakannya ada Michelin-star restoran. Ada yang memang berasal dari keluarga chef, ada yang bermula dari minat, self-made chef, from zero to hero.

Apa yang menarik kebanyakan chef ni mengolah bahan-bahan mentah yang ada di negara mereka untuk dijadikan menu yang sesuai untuk fine-dining. Chef dari negara Peru, Brazil, Sepanyol, Rusia, Thailand, Korea Selatan, Slovenia, Mexico, India, mostly back to basic. Chef dari Brazil guna umbut batang kelapa je yang boleh meng-wow kan chef2 bertaraf dunia..

Siri ni bawa kita travel ke pelbagai negara dan memaparkan view yang cantik dan memukau pandangan dan melihat budaya pelbagai negara. Kita melawat ladang, kandang lembu/kambing, kebun sayur, kebun anggur, masuk kampung, masuk hutan, naik gunung, ke sungai, ke laut..memang bestlah..camera shot pun cantik..

Antara kisah yang menarik bagi saya ialah kisah 3 chef ni - Tim Raue (sebutan Rawa) dari Berlin, Jerman (Volume 3), Gaggan Anand (dari negara India tapi restoran di Bangkok, Thailand, sekarang di Singapura) Volume 2 dan Ivan Orkin dari US tapi buka restoran ramen di Jepun (sekarang di New York) Volume 3. 

source: netflix

Tim Raue dari broken family, mak bapak bercerai, duduk dengan bapa, selalu kena pukul dengan bapa, kemudian join kumpulan gangster. Minat jadi chef bila cikgu dan kawan-kawan sekelas puji makanan yang dia sediakan sedap.
 
Trip ke Singapura membuka mata dan selera Tim Raue tentang cuisine Asia Tenggara. Jatuh cinta dengan masakan Asia, beliau guna bahan-bahan mentah dari Asia seperti lengkuas, kunyit, teh hijau, wasabi dalam menu dia. Syok tengok Jerman fine-dining food ada lengkuas..

source: Global Indian

Gaggan Anand dari keluarga miskin di India, intern di michelin-star restoran El-Buli, Spain, mengubah suai makanan India jadi fine-dining menu. 
  
Ivan Orkin at Ivan Ramen, his full-service NYC restaurant
- Daniel Krieger (source: www.eater.com)
 
Ivan Orkin berjaya mencipta ramen sendiri setanding dengan chef Jepun. Sedap tengok ramen dia ni.
 
Recommended to view all episodes..jalan-jalan round the world. High quality documentary from Netflix..

Wednesday, 22 June 2022

Free Ride : Makan Sate Hj Samuri di Kajang

Assalamualakum semua..

Kisah jalan-jalan naik LRT dan MRT percuma..

Menyambut hadiah dari kerajaan bagi free ride selama sebulan sempena pelancaran MRT Putrajaya Line fasa 1, hari Sabtu baru ni, kami pun jalan-jalan ke Bandar Kajang, nak pi makan sate kajang.

Adik bongsu sekeluarga datang dari Shah Alam. Tinggal kereta di rumah dan kami (8 orang ahli rombongan) naik LRT Sri Petaling dari stesen Sentul Timur ke stesen Masjid Jamek. 

Untuk ke platform, boleh guna kad touch n go atau ambil token di kaunter.

di stesen Sentul Timur
 
dalam LRT Sri Petaling

Sebenarnya boleh je turun di stesen Plaza Rakyat. Tapi sebab takut kena berjalan jauh ke stesen MRT Merdeka, kami turun di stesen Masjid Jamek. Ambik pula LRT Kelana Jaya line ke stesen Pasar Seni. Satu stesen dengan MRT Kajang line..jalan-jalan dalam stesen je..

dalam LRT Kelana Jaya line
 belasah habis-habisan naik LRT percuma..hihi..
 
di stesen MRT Pasar Seni
 
playing tourists
 
dalam MRT Kajang Line
 
Dah sampai stesen Stadium Kajang
 
Restoran sate Hj Samuri di tepi stadium Kajang
 
ramai orang, yang beratur ni untuk order
 
Kaedah untuk makan disini ialah sorang kena cari meja dan sorang lagi kena beratur, kemudian kena habaq nombor meja kat yang beratur. Masa nak order, cashier akan tanya nombor meja sebab depa nak hantaq makanan. 

Walaupun nampak penuh tapi jangan gusar. Restoran ni sebenarnya besar. ada lagi tempat di bahagian belakang. Kena tanya waiter. OK, dah dapat meja, ajak yang lain duduk sementara tunggu makanan yang diorder. Orang yang order tu kena pastikan order makanan mencukupi, kalau tak nak beratur lagi (kalau ramai orang lah)..tak habis, takpe, boleh bungkus bawa balik..

Selain satay, ada juga makanan lain seperti nasi ayam, nasi goreng, sup2 dan goreng-goreng. Kami order sate ayam(20), daging(20), kambing(5) & perut babat(5) serta nasi ayam (5) dan air tembikai satu jug. Must eat rice..
 
Tak sempat ambik gambar makanan, semua dah kelaparan, maklumlah perjalanan jauh, dah hampir pukul 1 tengahari. Habis licin semua..Allhamdulillah..nasi ayamnya sedap...sate..biasalah..sejuk sikit..

masih ramai pelanggan masa kami nak balik
 
suka abam ni bawa lagu 'Fly Me to the Moon'
 
Dah kenyang, masa untuk pulang...
 
yang ni pula medan sate kajang..
ada banyak pilihan gerai dalam ni..
 
 
Balik ke KL, kita turun di stesen Merdeka. OKlah, takdelah jauh sangat berjalan ke stesen Plaza Rakyat. Ambik LRT ke stesen PWTC, singgah Sunway Putra Mall pula, ada budak nak air boba. Dari pagi, dok asyik nak air boba, air boba...layan je lah..outlet chatime kat rumah dah tutup..

Sib baik lah transport percuma, jimat le turun naik LRT, MRT...balik rumah terus landing..hehe..

#tak dapat nak komen blog kawan2, google tak keluar, jadi anonymous pula...huhu..